Sejak dah masuk umur 40an ini, kadang-kadang memang ada isu gusi sensitif. Kadang-kadang tengah gosok gigi, gusi boleh berdarah.

Jadi bila den berpeluang menggunakan ubat gigi GingiLaser, den rasa terpanggil hendak berkongsi pilihan ubat gigi yang boleh membantu mereka yang mungkin mempunyai masalah seperti den.
Gusi den kurang ngilu dalam tempoh 2 hari menggunakan Ubat Gigi GingiLaser.

Ubat giginya tidak begitu manis, kurang buih dan tidak melekit.

Disebabkan den memang menggunakan ubat gigi yang ada di pasaran bagi masalah gusi dan gigi den yang sensitif, Ubat Gigi GingiLaser memberikan kesan yang lebih cepat.

Ubat Gigi GingiLaser boleh membantu mengurangkan gusi berdarah dalam tempoh 48 jam di samping menguatkan dan melindungi gusi, mengurangkan pembentukan plak gigi serta menghalang pereputan gigi.

Ubat Gigi GingiLaser adalah bebas alkohol dan tidak meninggalkan kesan serta sesuai digunakan setiap hari.

Ianya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah gusi berdarah apabila memberus gigi, gusi bengkak, kehilangan gigi, receeding gums,  dan bau nafas busuk yang berterusan.

Boleh cuba Ubat Gigi GingiLaser ini ye.
Untuk maklumat lanjut tentang Ubat Gigi GingiLaser serta pembelian secara atas talian boleh layari:




Ubat Gigi GingiLaser adalah merupakan salah satu produk daripada Lacer yang merupakan pakar di dalam oral dental hygiene, syarikat Spanish Pharma Group https://www.lacer.com/welcome

1 Comments