"Negeri ini butoh patriot"

"Jika ketidakadilan di depan mata tidak dipedulikan, maknanya kita sudah tiada hati nurani".

"Musuh utama manusia adalah kebenaran yang disembunyikan".

"Rakyat wajar dibiar bodoh supaya negara aman".

"Keamanan berbaloi dan wajar diperjuangkan dan dipertahankan walaupun ianya tidak berpanjangan".

Bait-bait di atas adalah antara intipati filem Gundala.
Filem adiwira Indonesia arahan Joko Anwar dan diterbitkan oleh BumiLangit Studios dan Screeplay Films ini sememangnya antara filem yang den tidak sangka berbaloi untuk ditonton di pawagam.

Mantap kombinasi aksi + lucu + sedih yang menjadikan naskah superhero ini lebih realistik bagi kita di Nusantara.

Jalan ceritanya boleh dikatakan lebih dekat dan mudah difahami kerana situasi atau latar belakang cerita adalah realiti sebenar hidup zaman sekarang terutamanya di Indonesia dan Malaysia serta mungkin juga kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara, iaitu isu survival kebanyakan rakyat kelas pertengahan dan kelas bawah di dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, ketidakseimbangan pendapatan, ahli politik tidak pedulikan rakyat dan korupsi. 

Awal Bismillah cerita sudah bisa bikin air mata menitis.

Aksi berlawan best je bagi den. Mantap memikat. 

Kisah tentang manipulasi dan layanan yang tidak sepatutnya terhadap anak yatim juga dikupas di dalam filem ini. 

Kadang kala penindasan menjadikan kita samada penjahat yang cemerlang atau a reluctant hero. Pembunuh upahan yang berada di dalam kelompok masyarakat mengingatkan den kepada assassins di dalam filem John Wick 2.

Filem ini dibintangi oleh Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki Ramdhan dan Bront Palarae.
Pak Sutradaranya iaitu Pak Joko. Kredit Echolaliapictures
Bront Palarae sebagai the villain dalam filem ini sajak sekali. Boleh difahami kenapa dia jadi villain. Sekilas pandang, kalau tidak kerana humanity, ramai agaknya yang pilih jadi villain sebab tak mahu ditindas dan hendak survive.
Kredit Echolaliapictures
No wonder Indonesia tidak rindu kepada hero Indonesia yang mencipta nama di Hollywood iaitu Iko Uwais sebab mereka ada ramai heroes lagi yang berbakat besar seperti Abimana Aryasatya yang bisa berlawan dengan bagus sekali.
Hero Gundala. Kredit Echolaliapictures
Screentime untuk Ario Bayu mungkin sedikit tapi setiap kali dia muncul di layar, memang akan terpana sebentar. 
Ario. Kredit Echolaliapictures
Si cilik Muzakki Ramdhan sememangnya mencuri perhatian penonton sebab bagus sekali acting nya.

Usah dibandingkan Gundala dengan mana-mana filem superheroes Marvel atau DC atas pelbagai sebab (bajet, teknologi, jalan cerita, etc) walaupun den rasa best je movie ni.

Jangan juga dibandingkan filem ini dengan filem adiwira Cicak Man dan Badang ye. Just please don't okay. Nanti bisa keciwa ya hati rakyat Malaysia.

Semasa sidang akhbar, Pak Joko Anwar memaklumkan bahawa Gundala adalah filem pertama daripada 8 buah movies sehingga 2025 daripada Bumi Langit Cinematic Universe (BCU).
Duduk dari kiri Joko Anwar, Abimana, Muzakki, Bront dan Ario
Gambar terakhir ni kredit kepada Echolaliapictures
Adakah akan ada ala-ala Avengers atau Justice League versi Indonesia akhir kalam nanti? Kita tunggu dan lihat ye.

Gundala yang mengambil masa 48 hari penggambaran di 72 lokasi adalah filem superhero yang awesome untuk ditonton.

Gundala adalah adaptasi daripada karektor komik pertama di Indonesia karya Harya “Hasmi” Suraminata yang diterbitkan oleh Jagat Sinema pada tahun 1969. Komik ini mendapat sambutan hebat oleh para pencinta komik di Indonesia dan telah diterbitkan sebanyak 23 edisi sehingga tahun terakhirnya pada 1982.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 26 Disember 2019.
Sancaka kecil dan Sancaka dewasa
Kredit Echolaliapictures
Gundala telah berjaya menggondol tiga anugerah di Festival Film Indonesia 2019 menerusi kategori Pengarah Sinematografi Terbaik (Ical Tanjung), Penata Efek Visual Terbaik (Abby Eldipie) dan Penata Suara Terbaik (Khikmawan Santosa, M. Ikhsan & Anhar Moha).

Buku komik Gundala akan berada di pasaran bermula 26 Disember 2019 di kedai buku MPH yang terpilih.

ps 1 Andainya security di apartment den sekacak Sancaka, bayar maintenance fee tinggi pun berbaloi-baloi hehehehehehe.

ps 2 Lepas tengok Gundala, langsung teruja nak tengok filem lain karya Pak Joko Anwar.
Haruslah den bias sebab Bront orang Malaysia kot hehehehhee

1 Comments