Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang telah lama menghilangkan diri sekian lama muncul memperkenalkan baja DDR bersama media baru-baru ini.
DDR yang merupakan baja organik kombinasi formula bio dan laut yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik teknologi terkini diperkenalkan untuk membantu petani meningkatkan hasil tanaman ke tahap optimum, sekali gus menjana pendapatan petani.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din menceburi bidang pertanian sebagai alternatif setelah melihat sektor pertanian berdepan masalah hasil berkurangan dan serangan makhluk perosak yang berulang. 

Bagi membantu mencari penyelesaian kepada isu pertanian tersebut, beliau bekerjasama dengan rakannya yang merupakan seorang pakar kimia dalam polimer di dalam menghasilkan baja yang dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian melalui penyelidikan dan pembangunan selama 2 tahun.

“Pada peringkat permulaan, baja diberikan kepada rakan terdekat untuk digunakan. Selepas melihat kesan yang positif, kami mula meluaskan pasaran baja. Pasaran baja ini dipromosikan dari mulut ke mulut di kalangan petani yang telah menggunakannya. Dari situ pengguna baja ini terus meningkat dari masa ke semasa,”kata Datuk Dr Che Rozmey. 

DDR merupakan baja yang diekstrak dari kulit udang dan cangkerang ketam menerusi teknologi berupaya:

1. meningkatkan hasil tanaman 30 sehingga 100 peratus;
  
2. perkembangan buah dan tanaman memuaskan;

3. menggalakkan pertumbuhan akar, serapan air dan baja yang efektif;

4. menjadikan tanah subur dan gembur yang kaya dengan organik dan bakteria baik;

5. membantu penyerapan nutrient dalam tanah; dan

6. menggalakkan pertumbuhan tanaman. 

Menurut beliau, DDR juga boleh merawat serangan penyakit bermula dari akar, batang hingga hasil yang seterusnya boleh mengurangkan kos baja dan rawatan pokok serta meningkatkan pendapatan petani.
Sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun 2018, DDR menerima sambutan menggalakkan di kalangan petani terutamanya pesawah.

Antara maklumbalas yang diterima daripada pesawah adalah hasil padi sebanyak  80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) bersamaan 2.3 tan hingga 2.5 tan berbanding dengan hasil padi sebelumnya iaitu sekitar 1.3 tan hingga 1.5 tan.

Datuk Dr Che Rozmey memaklumkan bahawa beliau kini di dalam proses rundingan bersama beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DDR sebagai pembekal utama baja kepada petani.

Beliau yakin pasaran sector pertanian mempunyai peluang yang besar dengan sebahagian besarnya masih belum diterokai oleh syarikat tempatan. Beliau yakin dalam beberapa tahun lagi, mereka mampu meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organic kepada petani.
DDR didatangkan dalam saiz 1 liter RM65 bagi kegunaan 1.3 hektar sawah semusim dan 4 liter RM199.

Selain DDR Bio Grow terdapat dua lagi produk lain yang dihasilkan iaitu DDR Bio Shield dan DDR Ocean. 

DDR Bio Shield adalah racun serangga semulajadi yang membunuh serangga perosak tanaman organik tanpa bahan kimia berbahaya.
DDR Ocean merupakan pewangi domestik yang boleh digunakan untuk membasmi bau busuk dan secara tidak langsung untuk menghalang gigitan nyamuk, lintah dan pacat.
Untuk sebarang maklumat dan pembelian, boleh melayari:



0 Comments