One Day Trip To Singapore Tour Night View


Lepas breakfast dengan jayanya kat hotel, kitaorang tunggu tour guide fetch kitaorang dalam pukul 10 am ++ ke trip satu hari ke Singapore yang telah kitaorang booking sebelum Ramadhan lagi.

1 MPV dengan 6 orang tourists iaitu den bertiga, sepasang suami isteri dan seorang cikgu dari Jempol. Just nice je la.

Jem sikit di Imigresen Singapura tapi okay je la. Yang bestnya bila naik van ni kita tak perlu nak keluar dari kenderaan untuk berurusan di kaunter imigresen. Kalau naik bas memang la kena turun lalu naik escalator bagai untuk sampai ke kaunter imigresen nya.

Trip satu hari suntuk ni memang la best cumanya disebabkan den tetiba demam awal bismillah program, makanya terpleot juga la rasanya nak berjalan ke hulu ke hilir. 

Moodnya udah ke laut sebab tak larat, rasa macam nak tidur je tak lalu-lalu nak menguit. Udah la tertinggal pula ubat kat hotel. Tak jumpa cari panadol di Singapura tuh. Bertahan dengan minyak rimau je sampai melecet-lecet hidung huhuhuhuhu.

On the way balik ke hotel dari Singapura, jam teruk sebab ada accident, rasa macam nak nangis pun ada sebab badan dah tak lalu beno rasanya.

Den sharekan gambar sekupang dua yang sempat diambil masa trip tuh ye.

Singapore Zoo / River Safari / Night Safari. 
Arab Street, Mesjid Sultan, Malay Heritage, Haji Lane.
Late lunch at Rest Zam Zam. 
Shopping at Bugis Street. 
USS, Garden By The Bay, Merlion Park & Marina Bay Sand.

Studio 8 Jalan Ampas. 
Korang boleh contact FB Makan Angin Singapore https://www.facebook.com/makan.angin.singapore/

atau En Shafie 0127437779 untuk tanya pasal pakej yang ditawarkan k.

Tour guide nya memang ramah tamah, rajin melayan soalan kitaorang, bagi tips kat mana nak shopping, etc. Siap bawa kitaorang cari klinik once dah sampai JB. So memang okay banget untuk kitaorang.

No comments:

Powered by Blogger.