Jenama global itu menerima pakai nama panggilannya di Malaysia - Mekdi dan memperkenalkan Nasi Lemak McD sebagai sebahagian daripada sambutan 37 tahun Mekdi di Malaysia.

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya, Mekdi. Papan tanda yang tertera Mekdi - panggilan tempatan bagi ‘McD’ iaitu nama pendek bagi McDonalds kini jelas terpampang di restoran McDonald’s Bukit Bintang yang merupakan lokasi pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982.
“Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Puan Melati Abdul Hai.
Dalam meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versi yang tersendiri. Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, beserta sambal pedas. Pelanggan juga boleh menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.
Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh Negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran menu McDonald’s yang menarik bulan ini, sila layari www.mcdonalds.com.my

Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga telah memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September).

Jom sertai petisyen ini di http://chng.it/LDfjGDJsQs

0 Comments