Galeri Tuna, Aquarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung, Georgetown, Pulau Pinang

Galeri Tuna yang mula beroperasi pada April 2018 ni terletak bersebelahan dengan Aquarium Tunku Abdul Rahman (di dalam perkarangan yang sama).
Tiada bayaran setakat ini dikenakan untuk melihat pameran, video, etc di dalam Galeri Tuna ini.

Memang comel je bahagian yang menempatkan Galeri Tuna ni tapi kecil-kecil cili api gitu sebab maklumat yang berkaitan dengan ikan tuna sangat lengkap di sini dari maklumat bergambar pelbagai spesies ikan tuna, kaedah pembiakan ikan tuna, kaedah penangkapan ikan tuna, produk yang dihasilkan daripada ikan tuna, etc.
Yang best nya ada tayangan video tentang penangkapan dan industry berasaskan ikan tuna. Jangankan budak-budak, den pun suka tengok video ni.
Pelbagai jenis mata kail yang digunakan untuk menangkap ikan tuna juga dipamerkan di sini.
Ada juga replika vessel (kapal) yang digunakan untuk menangkap ikan tuna dan model sangkar tenggelam bagi pembiakan ikan tuna. Memang menarik untuk kiddos.
Of course ada replika ikan tuna kat sini. Besar juga ikan tuna rupanya ye.
Den rasa satu kerugian kalau melawat Aquarium Tunku Abdul Rahman tapi tak tersinggah ke Galeri Tuna ni sebab maklumat, replika, video serta semua maklumat yang ada di sini memang menarik.
So kalau dah memang melawat Aquarium Tunku Abdul Rahman, den sarankan untuk singgah ke Galeri Tuna ni sebab kedudukannya yang sepelaung sangat dari Aquarium dan maklumat di dalam ni lebih spesifik tentang ikan tuna.

Den rasa waktu operasinya sama macam waktu operasi Aquarium Tunku Abdul Rahman.

No comments:

Powered by Blogger.