99 Selayang Park

Sebelum den mula mengarang tentang trip ke Perth dan yang latest Langkawi, den nak habiskan dulu cerita jalan-jalan di Kepong dan Selayang pada hujung Ogos lepas ye huhuhuhuhuhu.

Sejak taman ala-ala garden in the city mengelilingi tasik nih baru dibuka untuk orang awam, den memang berangan nak bawa budak-budak ke sini. Dok bertangguh-tangguh je sebab tak pernah ada urusan di belah-belah Selayang dan Kepong.

Akhirnya kitaorang ada rezeki juga untuk membawa kiddos ke sini akhir Ogos lepas sejurus sebelum habis cuti sekolah.

Kitaorang sampai sini dalam lepas Asar. Lepak kat sini sampai dalam pukul 8 malam.
Dah nak balik baru teringat nak ambil gambar entrance
Kawasan nih bukan je sesuai sangat untuk budak-budak tengok binatang tapi sesuai juga untuk orang dewasa bersantai sambil bersenam sebab kawasan nih agak besar dan memang akan berpeluh ketiak juga la nak berjalan tapi tempat nih memang best untuk kita spend masa dengan family baik dengan our parent atau our kiddos.
Camnih la kalau laki den yang mengambilkan gambo. Tiada ciri-ciri instagramable langsung.
Harga tiket dan waktu operasi adalah seperti gambar di bawah ye.
Bagi den, harga tiketnya berbaloi dengan kemudahan dan attraction yang ditawarkan.
Antara attraction dan kemudahan yang disediakan
Untuk kiddos tempat nih memang best la sebab ada pelbagai spesies binatang yang diaorang boleh tengok. 

So antara aktiviti yang budak-budak sempat buat kat sini adalah:

1. Tengok kura-kura dan bagi makan kepada kura-kura.
Trying to take photo with your kiddos be like. Pipi mama dah macam pau yang dipam-pam
2. Memberi makan kepada itik dan angsa (makanan pellet dijual RM3/sebekas kecil atau RM10 untuk 4 bekas).
3. Tengok pelbagai spesies burung, ayam, arnab, ular, iguana dan unggas lain di kawasan Bird Island.
Antara point tempat menunggu buggy
Tak pasti la burung undan atau pelican nih memang dibiar bebas berkeliaran atau sebenarnya dia terlepas dari sangkar ke apa.
4. Bergambar dengan pelbagai replika haiwan macam naga, harimau, ular, tikus, etc.
5. Memberi makan kepada rusa (1 bekas makanan RM 5).
Disebabkan kitaorang stay sampai malam, kitaorang sempat tengok sunset di sini serta keadaan di tempat nih pada waktu malam yang bagi den lebih happening sebab bergemerlapan dengan kerdipan lampu ala-ala iCity.

Pemandangan di kawasan ini dari waktu senja hingga waktu malam memang superb, dengan lampu di air pancut di tasik yang bertukar-tukar warna, suasana nyaman dan sejuk sebab tiada cahaya matahari, etc.
Kalau sesiapa yang buat photoshoot pre-wedding kat sini pada waktu malam memang cantik rasanya.

Bila datang waktu malam juga, baru la kita nampak keindahan Golden Waterfall di mana ianya merupakan dinding yang dicat dengan warna gold dan apabila dilimpahi dengan cahaya lampu di situ, baru la nampak happening warna keemasannya tuh.
Ruang yang menempatkan beberapa kiosk makanan serta ruang meja makan nampak agak happening. Disebabkan kitaorang tak beli sebarang food kat sini, makanya den tak pasti harga makanannya macam mana.
Ada juga kiosk menjual permainan yang memang akan menggoda hati kanak-kanak dan meresahkan hati ibu bapa di sini heheheheehhe.
Anak-anak den terutamanya the dinosaur whisperer, si F sangat teruja tengok 4 ekor dinosaurs yang ditempatkan di sebuah taman. Nak-nak pula dinosaur animatronic yang boleh gerak sikit-sikit serta ada suara ngauman tuh kan, so diaorang memang sangat happy. Lepak kat sini je adalah dalam setengah jam.
Kitaorang akhiri sesi berjimbaan di sini dengan menaiki cruise di tasik yang mana harga tiketnya adalah RM 5 untuk 13 tahun ke atas. Bawah 12 tahun adalah masih percuma setakat ini.
Kitaorang tak sempat nak cuba kids electric car ride dan paddle boat ride, next time in sya Allah.

Kemudahan toilet dan surau serta kedai makan disediakan di dalam kawasan ini.
Toilet dan surau
Jika kita tak larat nak jalan, kita boleh naik free buggy ride yang ada 3 stations kalau tak silap yang akan bawa kita meronda di kawasan ini cumanya buggy nya ada 2,3 je rasanya. So kena beratur panjang sikit la kalau nak naik buggy nih.
Tapi kalau kita sihat je dan tak penat, den sarankan untuk berjalan kaki perlahan-lahan menikmati keindahan tasik serta tengok binatang yang ada kat sini sebagai salah satu terapi minda serta senaman ringkas gittew.

Serious bagi den kawasan rekreasi nih best untuk kita bersantai. 

Kalau ada banyak masa, boleh spend masa dalam 5 jam kat sini untuk: 

1. enjoy semua attraction yang ada kat sini dan baca info tentang semua unggas, etc yang disediakan;

2. take your own sweet time bagi ikan, itik, angsa, etc makan;

3. lepak tengok sunset sambil makan aiskrim sambil duduk di kerusi yang disediakan di tepi tasik;

4. take a very slow stroll along the lake;

5. minum petang atau makan malam di tepi tasik; dan

6. naik cruise.

Make sure kalau datang waktu siang yang matahari lit-lit atas kepala bawa topi, payung, air mineral, etc sebab kawasan nih kawasan terbuka, memang akan terasa bahangnya nanti.

The best time to come here for me adalah waktu pagi atau petang di mana mentari tidak begitu panas.

Tempat ini memang sesuai untuk keluarga.

So kepada sesiapa yang berkelapangan atau masih mencari-cari tempat nak bawa keluarga beriadah, bolehlah datang ke sini sementara harga tiket masih mampu milik hehehehhehe.

No comments:

Powered by Blogger.