RESEPI YANG UPDATED VERSION TAHUN 2019 DI SINI YE.

Mak aiii tajuk panjang gila padahal orang lain dah share resepi Biskut Florentine nih dah lama gila kot hehehehehe.

Disebabkan den memang jarang memasak dan jarang gila pun share sebarang resepi di dalam blog ni, makanya teruja la juganya nak share resepi ni sebab den tak sangka senang gila + adunan menggunakan paper cup muffin cupcake menghasilkan biskut Florentine yang sangat nipis + biskut Florentine tuh langsung tak lekat pada paper cup muffin cupcake + senang dikeluarkan daripada paper cup muffin cupcake tuh.
Nampak tak betapa nipisnya biskut Florentine yang den buat ni
Bahan-Bahan

500 g Tepung Florentine
250 g badam keping (almond flake)
100 g kuaci
100 g biji labu
100 g walnut

ATAU

250 g Tepung Florentine
150 g badam keping (almond flake)
40 g kuaci
40 g biji labu
40 g walnut
Walnut sebenarnya den tak jumpa di dalam resepi-resepi yang den google tapi disebabkan walnut tuh nampak kacak, den beli je la hehehehhee. Boleh je tambah kekacang lain yang kita berkenan rasanya.

Selalu orang letak dalam 10 g - 20 g bijan hitam tapi den tak beli sebab takde plak bijan hitam tuh dalam pack kecil.

Den beli tepung Florentine 2 jenama iaitu Florenta dan Florentine brand Bakerman. Den rasa tepung Florentine daripada kedua-dua jenama nih sama sedap je. Mungkin den bukan baker so den tak reti sangat nak beza rasa macam mana.
Disebabkan den nak habiskan semua bahan sekali hadap, makanya Biskut Florentine kitaorang adalah sangat meriah dengan semua kekacang yang ada sebab kekacang yang dibeli adalah dalam pek sederhana. So macam kekacang menyaluti tepung Florentine, bukannya tepung Florentine menyaluti kekacang.

Cara Memasak

1. Walnut dihancurkan kepada kecil-kecil. Nih memang kena buat sebab walnut kan datang dalam bentuk gedabak.

2. Gaul almond flake + kuaci + biji labu + walnut biar sekata di atas loyang.
3. Bakar campuran kekacang ni di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.

4. Gaul semua kekacang yang telah dibakar semasa semua kekacang masih panas lagi bersama tepung Florentine di dalam satu bekas sehingga sebati.
Anak bujang yang sakan nak tolong
4. Susun paper cup muffin cupcake di atas loyang (tak kisah loyang saiz apa asal muat dalam oven kita).

5. Masukkan satu sudu kecil penuh adunan di dalam setiap paper cup muffin cupcake dan ratakan. Jangan bumbun sangat sukatan tuh, hanya satu sudu kecil penuh sedang elok bagi memastikan biskut Florentine yang terhasil paling nipis.
Den susun paper cup muffin tuh ikut dan je. Takde ruang dalam acuan kita letak je kat luar acuan asalkan paper cup duduk atas loyang.

6. Bakarkan adunan di dalam oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven k asalkan tidak hangus. Mula-mula den bakar adunan pada 10 minit tapi nampak kurang golden warnanya, makanya den tambah lagi 5 minit).

7. Bila keluar dari oven, biar biskut Florentine sejuk sebelum diketuk keluar dari paper cup muffin cupcake tuh.
8. Tadaa…..dah siap dan boleh disimpan di dalam bekas kuih atau tupperware kedap udara.
Den tak pernah cuba buat biskut Florentine guna loyang yang kena potong tuh tapi den rasa guna paper cup muffin cupcake nih serious senang gila sebab:

1. adunan akan jadi sangat nipis;

2. tak perlu risau adunan terlekat pada kertas minyak;

3. senang ketuk keluar biskut Florentine yang telah dibakar dari paper cup muffin cupcake sampai F pun boleh buat;

4. tak perlu juga risau adunan terpecah kalau kita potong tak betul; dan

5. yang paling best adalah biskut Florentine menggunakan paper cup muffin cupcake nih akan jadi sama je bentuknya, bulat-bulat dan sama saiz gittew.

Kena beli paper cup muffin cupcake yang tebal k sebab boleh guna berulang kali. Paper cup muffin cupcake yang den guna ni bertahan selama 10 kali den bakar dalam oven. Sampai habis bakar semua adunan biskut Florentine ni, paper cup muffin cupcake tetap elok, tak koyak ke apa. Sampai buang kat tong sampah la elok lagi paper cup muffin cupcakenya tuh.

So selamat mencuba resepi biskut Florentine yang terpaling ringkas dan mudah k.

55 Comments

  1. Sy kongsi resepi.. Boleh tanya klu jualan sekeping berapa rm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Biasanya kalau dalam balang kecik, di PKNS Shah Alam orang jual dalam RM18-RM22

      Delete
  2. Assalamualaikum... yang kekacang yg puan beli tu berapa gram ye untuk satu pack tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ye baru terperasan komennya. Saya beli satu pack almond flake 300 g, 100 g biji kuaci, 100 g biji labu dan 100 g kacang walnut

      Delete
  3. maaf nakntye bole sertakan harga utk semua bahan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga barang mungkin berubah sedikit mengikut kedai tapi nih harga yang saya dapat ye:
      250 g Tepung Florentine - RM18
      150 g badam keping (almond flake)- RM12
      40 g kuaci - RM 8
      40 g biji labu - RM 8
      40 g walnut - RM 12

      Delete
    2. Maaf bertanya tepung Florentine 250gram rm18? Ingatkan 500gram.

      Delete
    3. Eh sorry tepungnya 500 g RM18.

      Delete
  4. Brape kos untuk satu balang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos bahan lebih kurang RM60 boleh dapat dalam 3 balang besar

      Delete
  5. Knapa sy buat melekat ye. Pastu susah nk keluar kan dari muffin punya cup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti tuan. Muffin cup tuh tebal tak? Kalau muffin cup tebal + lapisan tepung dan bahan2 diletak just nice sesudu kecil, setakat yang saya buat memang tak terlekat.

      Delete
    2. Ataupun tuan kena biarkan adunan tuh dah sejuk baru ketuk keluar k. Kalau ketuk keluar waktu masih panas memang adunan akan melekat pada muffin cup

      Delete
    3. Cuba tengok papercup tu, rasanya papercup yg digunakan untuk membuat florentine ni biasanya jenis yg keras, berkilat dan licin je kat dlm tu. Kalau guna yg papercup yg jenis kertas keras memang akan melekat. Begitu juga kalau gunakan loyang, pastikan kertas alas tu jenis silikon @ non stick parchment paper. Bukan kertas minyak biasa.

      Delete
    4. Terima kasih atas info puan. Nanti saya cuba guna papercup yang keras, licin dan berkilat. Paper cup yang saya guna dalam resepi di atas tuh paper cup kertas biasa tapi tebal sedikit RM4.50 dapat 20 papercup. Nih first time saya baking, saya main bantai je beli papercup apa yang nampak okay kat mata saya. Thanks yar puan for the info

      Delete
  6. Maaf nak bertanya,sekiranya just letakkan adunan dlm papercup tanpa letak atas loyang yg berlubang tu bole x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf puan/tuan.Saya tak pernah cuba lagi bakar adunan dalam paper cup direct. Saya memang letak atas loyang supaya senang nak dikeluarkan dari oven nanti.

      Delete
  7. Puan, saya sangat terhibur baca entry puan. Terima kasih diatas perkongsian resipi ini ya. Semoga puan sentiasa kekalkan keceriaan dalam penulisan. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas komen yang happy dan ceria ni. You really make my day

      Delete
  8. tq puan. saya sedang membakar biskut nih sekarang. harap2 menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck k.Nanti share ye hasil biskut tuh nanti ye

      Delete
  9. Salam puan..nk tanya kalau 1 balang kecil hrga berapa dn berapa keping dn blg bsr jugk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam....saya tak pasti puan sebab saya buat untuk makan sendiri. Tapi di PKNS Shah Alam yang terkini, saya nampak ada dijual dalam RM22-25 bagi balang kecil

      Delete
    2. Dh siap bakar tu nk spu kuning telur ats biskut tu ker

      Delete
    3. Tak perlu sapu apa-apa puan. Biskut tuh memang dah berkilat lepas bakar. Boleh terus makan atau simpan dalam bekas k.

      Delete
  10. Nk tnye bancuhan tpg florentine bersama kekacang tu x perlu cmpur air kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu puan. Just campurkan tepung Florentine dengan semua kacang dan terus bakar

      Delete
  11. Puan. Barang2 tu puan dapatkan di mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli di semua kedai menjual bahan-bahan bakeri. Saya beli di kedai Bake With Yen dan Whisk

      Delete
  12. Assalamualaikum.. Terima kasih info berguna dr puan... Firts sy buat guna loyang melekat... Pastu sy cuba cara puan.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Boleh beli di semua kedai menjual bahan-bahan bakeri. Saya beli di kedai Bake With Yen dan Whisk

      Delete
  14. Boleh tahu guna api ats bawah ke?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Maaf bertanya, kekacang tu perlu dibakar api atas bawah atau bwh shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekacang tuh bakar guna api atas dan bawah

      Delete
  17. Saya nak tanya, tepung florentine ni bila dimasukkan kedalam cup tu memang akan melekat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya tak melekat. Kalau dah melekat maknanya tepung dah lama terdedah pada udara

      Delete
  18. Assallamualaikum. terima kasih share. mcm best jer resepi ni... rasa mcm nk try buat sendiri. tak pernah buat kueh raya sendiri. selalu beli jer. TAPI baca resepi puan terus jadi semangat nak buat sendiri je. TQ ye sbb share kpd semua.

    ReplyDelete
  19. Trima kasih admin sbb share resipi ni..mudah mudahan Allah murahkan rezeki min..in sha Allah aamiin

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Guna cara kertas muffin yg tebal tu lebih mudah. Cuma kalau kita tak nak guna sudu kan, berapa gram nk buat satu keping tu? Lagi satu soalan, masa kita nk masukkan ke dalam kertas muffin tu, kira pakai adunan tadi sekali gus kah? Memandangkan kita nk recycle kertas muffin tu, tunggu sejuk and keluarkan yg dh siap and masuk yg baru menyebabkan adunan tadi sedikit sebanyak terkena udara. Sudu pun dh byk melekat dgn tepung florentin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure berapa gram sebab guna sudu lebih mudah. Lepas masukkan adunan dalam kertas muffin, tutupkan bekas adunan yang berbaki tuh dengan pinggan untuk meminimakan adunan terdedahbpada udara. Yupp sudu memang akan melekat dengan adunan tuh. Kita boleh kikis adunan yang melekat pada sudu tuh dengan sudu lain atau pisau.

      Delete
  22. Salam. Puan oven suhu atas bawah atau macam mana ye

    ReplyDelete
  23. Pekerjaan: Real Estat / keramahan
    posisi: Direktur Utama
    Nama: Najwa Mohammed
    Kota: Miri
    Pinjaman yang saya dapatkan: Rm 1,5 juta
    suku bunga: 1%
     Email saya: najwamohammed369@gmail.com


    Halo, saya berterima kasih kepada Allah SWT atas kebaikan dan berkah yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM awal tahun 2020 ini, saya ingin media ini membiarkan sesama muslim di Malaysia, Tahun lalu saya telah mengajukan pinjaman berkali-kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya melalui berita bisnis menonton saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM dalam wawancara menjelaskan paket mereka dan bagaimana mereka terbang untuk memberikan pinjaman dan dana amal kepada orang-orang yang ingin memulai bisnis tahun ini. Jadi, saya mendengarkan dan saya menghubungi mereka dengan deatail kontak mereka di televisi, saya melamar Rm 1,5 juta, pada tingkat 1% dan pinjaman saya disetujui dan saya mendapatkan pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman dan berinvestasi lebih banyak ke real estat suami saya. suami saya dari indonesia, banjir mempengaruhi rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapatkan pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga. Jika Anda ingin perusahaan pinjaman nyata dan sah Anda bebas untuk mendaftar sekarang dan mendapatkan pinjaman Anda . Selalu ingatkan diri Anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah menyerah. Semakin Anda jatuh, semakin kuat Anda untuk bangun. Jangan pernah menyerah bagaimanapun caranya. Buat janji untuk mimpi Anda seolah-olah Anda berjanji kepada anak Anda. Saya berharap Anda tahun yang lebih besar. Semoga Allah memberkati mereka, Allah

    DAFTAR SEKARANG
    E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp **** + 447723553516

    ReplyDelete
  24. Nama saya Asep Darjat. Mesej ini disampaikan kepada semua warga Indonesia. Biarkanlah pinjaman dari induk kami.
    Saya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM75,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
    Saya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
    Terima kasih banyak - banyak.
    Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
    Hubungi Ibu Deborah melalui
    e-mel: avantloanson@gmail.com
    WhatsApp: +6281334785906

    ReplyDelete
  25. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,
    Nak tanya, satu adunan boleh dpat berapa keping ya?

    ReplyDelete