Buku nih menceritakan perjuangan lawyer yang terkenal dengan perangai tak beberapa nak semenggahnya iaitu Robert Flak mendapatkan keadilan bagi client nya iaitu Donte Drumm, seorang budak kulit hitam yang telah ditahan di penjara selama 9 tahun bagi menunggu hukuman mati akibat disabitkan bersalah merogol dan membunuh Nicole Yarber, seorang cheerleader berkulit putih.

Pembunuh Nicole yang sebenar adalah Travis Boyette, seorang lelaki berkulit putih yang sememangnya bermasalah dan mempunyai beberapa rekod berkaitan kesalahan seksual. Apabila Travis Boyette mengetahui dia mempunyai tumor di kepala yang akan menyebabkan kematian dalam jangka masa yang singkat, dia macam kesian kepada Donte Drumm yang disabit bersalah atas kesalahan yang Travis Boyette buat.

Travis Boyette meminta bantuan Paderi di tempat beliau bermastautin iaitu Paderi Keith Schoreder untuk membantu beliau berjumpa peguam dan membuat pengakuan bersalah atas kesalahan merogol dan membunuh Nicole Yarber dengan harapan mahkamah akan membebaskan Donte Drumm.

Walaupun Travis Boyette telah menerangkan secara terperinci bagaimana dia merogol dan membunuh Nicole Yarber dan mengaku melakukan semua kesalahan tersebut, Gabenor dan Mahkamah Rayuan tidak mengambil endah pengakuan tersebut sebab Donte Drumm akan dijatuhkan hukuman mati pada keesokan harinya.

Buku nih memang penuh dengan twisted plots. Den memang bermati-matian ingat Donte Drumm akan berjaya diselamatkan dan Travis Boyette akan disabitkan kesalahan.

Dalam buku nih menceritakan tentang sistem perundangan termasuklah kuasa Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, etc. Buku nih juga menyentuh tentang pengurusan death penalty. Ianya juga menyentuh tentang perasaan normal sebagai manusia apabila berdepan dengan penjenayah. Walaupun paderi sebenarnya kena lebih neutral tapi bila kejahatan tuh terlalu dasyat, jauh di sudut hati paderi tetap ada rasa sakit hati camtuh la.

Disebabkan den baca buku nih sejurus lepas den baca buku Gray Mountain, makanya memang jelas la buku The Confession nih lebih mantap dan best.

Den ambil masa seminggu untuk habiskan baca buku nih sebab ada bahagian yang den terpaksa ulang baca untuk memahamkannya terutamanya yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah, kuasa Gabenor, etc (+ bila dah baca buku masa hari-hari biasa yang sibuk dengan kerja kat ofis dan kerja rumah bila balik rumah, memang la akan ambil masa lama sebab tak sempat sangat nak pegang buku tuh)

3.5 star. Tak akan diulang baca.

0 Comments