Dari Hutan Pinus ke Goa Pindul nih agak jauh juga perjalanannya.
 
Goa Pindul nih kalau tanya den ianya tempat bagi orang yang suka adventure sebab ianya melibatkan aktiviti water rafting (walaupun tidak ngeri sangat) dan memang akan basah. Ada pengunjung yang pernah datang ke sini kata aktiviti di Gua Tempurung ke Gua Kelam (den pun dah lupa) lagi mencabar daripada Goa Pindul nih.

Walaupun dah tau ada aktivti menyusuri sungai dengan pelampung dan water rafting, den tak bawa langsung baju salin pasti la kenapa. Makanya kena la beli seluar, tshirt dan tudung dekat kedai baju di kaunter tiket di situ. 

Tiket untuk aktivti menyusuri sungai dengan pelampung dan water rafting kalau tak silap den adalah Rp 150,000 setiap sorang.

Disebabkan ada dua orang ahli rombongan Cik Kiah tak nak joint aktiviti menyusuri sungai dengan pelampung dan water rafting tuh, makanya mereka ditugaskan untuk jaga semua barang berharga. Hanya 1 handphone dibawa untuk sesi mengambil gambar semasa water rafting nanti di mana ianya diletakkan di dalam bekas plastik khas yang dibeli daripada penjaja yang ada di situ. 

Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti menyusuri sungai dengan pelampung dan water rafting nih kebanyakannya kabur sebab plastik yang melindungi handphone basah terkena air dan banyak juga gambar yang bergoyang sebab tangan tak stabil (nak ambil gambar sambil pegang tali pelampung kawan sebelah di samping nak pastikan handphone tak terjun di dalam sungai).

Seorang kawan tak nak joint aktiviti tuh sebab dia dah pernah datang ke sini dulu. Lagi seorang kawan dia pula adalah sebab dia agak phobia dengan aktiviti berkaitan air. Makanya mereka berehat menunggu kitaorang di ruang menunggu yang cozy yang mana kita boleh melepak sambil makan kudap-kudapan.

Kat sini semua kemudahan ada. Mini restoran, loker, bilik air dan toilet, surau, etc. In sya Allah semuanya selesa cuma surau dia terbuka dan tiada pemisah antara lelaki dan perempuan.

Kitaorang dibawa menaiki trak kecil untuk sampai ke tempat bagi aktivti menyusuri sungai dengan pelampung. Semua orang diwajibkan memakai jaket keselamatan. Setiap orang akan duduk pada satu pelampung. Kita akan diminta untuk memegang tali pada pelampung kawan sebelah supaya tidak terpisah. Kita akan duduk atas pelampung tuh secara sebaris dan ada dua orang pekerja akan mengawal pergerakan pelampung kita (seorang pekerja di hujung pelampung pertama dan seorang pekerja di hujung pelampung terakhir).

Mula-mula kitaorang dibawa menyusuri sungai di dalam gua yang mana kita boleh melihat kelawar, stalagmit dan stalaktit. Sambil menyusuri sungai tuh, dua orang pekerja tuh akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang gua, etc. Den tak bagi perhatian sangat apa yang dia cakap sebab kerisauan kalau-kalau pelampung tuh terbalik dan den tergolek masuk dalam sungai tuh.

Rasanya dalam 20 minit menyusuri sungai di dalam gua tuh. Sampai di hujung gua, kita dibenarkan untuk turun dari pelampung ke dalam sungai yang sedalam paras dada untuk melakukan aktiviti melompat dari tepi batu ke dalam sungai. 3 orang ahli kumpulan joint aktiviti melompat dari batu nih. Den jadi tukang ambil gambar je sebab den memang la tak berani aktiviti melompat-lompat macam tuh.
Mereka yang melompat termasuk orang yang tengah pregnant tuh

Selepas keluar dari gua tuh, kami dibawa ke tempat untuk water rafting pula.
View selepas keluar dari Goa Pindul

Agak mendebarkan untuk den yang memang penakut nih bila kena berjalan atas batu-batuan licin untuk sampai ke spot untuk water rafting tuh. Sama je modus operasinya di mana kita duduk atas pelampung dan pegang tali pelampung kawan sebelah. Ada seorang pekerja akan awasi kita.
Apa yang penting kerjasama

Masa mula-mula dilepaskan pelampung kitaorang tuh, memang sangat mendebarkan sebab arus air sungai laju, makanya terumbang ambing la pelampung kitaorang tuh. Den dah memang menjerit dah sebab ketakutan tapi sekejap sangat arus tuh. Lepas tuh kitaorang menyusuri arus sungai yang perlahan sampai la ke perhentian terakhir.


Sepanjang menyusuri sungai tuh, kitaorang sempat singgah mandi di air terjun kecil yang ada di situ. Ada juga aktiviti melompat dari kawasan tinggi di sini tetapi tiada ahli kumpulan yang berminat nak buat aktiviti tersebut. Makanya kitaorang melepak je la dekat air terjun tuh sebelum meneruskan aktiviti menyusuri sungai sehingga la ke perhentian terakhir.

Best friend in the trip: the kid and the bachelor

Sementara nak tunggu trak mengambil kitaorang, sempat la kitaorang menjamu mata dengan pemandangan sawah padi yang menghijau.

Sesiapa yang suka aktiviti adventure memang sesuai datang ke sini. Untuk orang yang tak nak basah dan tak suka adventure, boleh je kot tak datang sini sebab kita boleh jumpa aktiviti seumpama ini di Malaysia juga. Tema den kalau berjalan ke luar Negara adalah hendak melihat tempat yang tidak jumpa di Malaysia camtuh la.

However, it was still a very nice experience for me.

4 Comments

  1. terbaik xpuas jalan ni banyak tempat menarik kt yogjakarta.. thanx dpt masuk gamba sy jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....jom menabung untuk next trip plak k. Thanks sebab sudi jadi awesome photographer

      Delete
  2. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    ReplyDelete