The last two places we visited before kitaorang check out. Den buat satu entry je untuk dua tempat nih coz memang sekejap sangat pun pi kat kedua-dua tempat nih.

Kuta Monument tuh terletak dekat kawasan yang pernah kena bom masa tahun 2002. Kat tugu tuh disenaraikan nama semua orang yang terkorban semasa serangan bom tuh mengikut Negara dan alphabet. Ada 200 lebih kot mangsa yang terkorban. Yang paling ramai adalah dari Australia.

Kalo naik kete nak datang ke Kuta Monument nih agak susah nak cari parking. Disebabkan kitaorang naik motor so bley parking kat tepi monument tuh je la.

Tak lama pun kat sini dalam 10 minit sebab just nak tengok tugu peringatan tuh je tuh.

Lepas tuh terus merempit cari jalan masuk ke W Hotel yang terletak kat Seminyak sebab nak ambil gambo dengan pokok buluh dia yang sangat chantek tuh.

Jenuh jugak nak sampai sini sebab google map tuh bagi jalan yang ala-ala jalan tikus.

W Hotel Entrance nih betoi-betoi kat tepi jalan yang memang takde ruang untuk parking pun. Sudahnya member den tunggu kat motor dan den amik gambo sekupang dua kat situ. Minta tolong pak guard amikkan gambo den depan pokok bamboo tuh. Memang chantek sebab menghijau dan rimbun.

0 Comments