Den tertengok movie nih sebab nih je movie yang available masa den dapat mencuri masa nak berjimbaan tuh dan of coz sebab nak tengok the delicious Matt Damon berlakon file mala-ala medieval atau epic nih. First time kot rasanya dia berlakon filem tema camnih.
Filem arahan Zhang Yimou nih mengisahkan pada zaman dinasti Song, si William (Matt Damon) bersama kawan baik dia, Tovar (Pedro Pascal) nih dalam misi nak mencari black powder (serbuk letupan) ditawan oleh sekumpulan askar yang diketuai oleh general Shao (Zhang Hanyu) yang dok berusaha sedaya upaya mempertahankan benteng tembok besar (the great wall) daripada serangan makhluk ajaib yang namanya Taotei yang wujud akibat ketamakan makhluk nih (ala-ala kena sumpahan la camtuh). Taotei nih menyerang setiap 60 tahun sekali.

Masa dalam tawanan tuh, William dan Tovar terjumpa dengan Sir Ballard (William Dafoe) yang dah ditawan di tembok besar tuh selama 25 tahun. Dia tak dibunuh sebab dia jadi tutor ajar tentera berpangkat tinggi kat situ terutamanya Commander Lin Mae (Jing Tian) Bahasa Inggeris.

Seperti yang dijangka, walopun tentera China dah beratus tahun melawan si Taotei nih, si tahanan iaitu William (surprise….surprise) la yang berjaya memberi buah fikiran dan secara tak langsung terpaksa menyelamatkan Commander Lin yang masa tuh dah jadi General Lin menggantikan General Shao yang terbunuh semasa berlawan dengan Taotei dan akhirnya menjadi hero yang berjaya membunuh Ratu Taotei dengan memanah bom pada Taotei yang diumpan tuh. William adalah seorang pemanah yang paling dan teramat terror.

As expected jua, dalam almost semua orang dok kalut menentang Taotei, si Sir Ballard berjaya mempengaruhi si Tovar mencuri black powder dan melarikan diri walopun akhirnya dia mati dalam letupan lepas ditawan dek puak pemberontak, Khitan. Si Willem Dafoe nih ntah bilanye la berlakon jadi baik, sokmo je la jadi jahat.

Ramalanku benar belaka jua di mana walopun pada mulanya William nih berniat nak mencuri black powder tuh tapi lepas dia bantu tentera China tewaskan Taotei, dia macam terjumpa hala tuju baru dalam hidup iaitu menjadi orang yang lebih bermanfaat dalam kehidupannya….camtuh la.

Sinopsis filem nih versi den adalah tatau pasai pa semua tentera China melemau termasuklah general dia (General Shao) sampai terpaksa dibantu oleh tahanan orang omputih iaitu William (Matt Damon) menentang dinosaurs yang telah bermutasi.

Ha….sempoi tak synopsis versi den…hehehheehehe.

Banyak yang den rasa tak beberapa betoi dengan movie nih walopun ianya ceite rekaan. Antaranya:

1. Awat la semua tentera China termasuk general dia melemau tahap gaban, cipan, etc sebab kalo kita pernah tengok ceite drama atau movie pasai tentera zaman dinasti apa-apa pun, tentera dia antara yang mantop terutamanya General nya. Harus General terpaling tegas, garang, paling terror nak mampuih, etc.
Dah macam poster ceite Bourne plak yek

2. Pasai pa Commander Lin Mae (Jing Tian) yang akhirnya jadi General Lin lepas General Shao mati adalah perempuan muda umoq 20an. Zaman dinasti nih, pompuan comei macam nih samada jadi permaisuri, gundik atau dayang-dayang je. Nih bukan isu hak kesamarataaan jantina (gender equality) ke ape tapi nih lebih kepada tolong buat cerita yang logic skit walopun nih ceite rekaan.
Dia nih as General Shao sajak la
Like seriously? Commander dan General perang?
3. Post general atau commander dipegang oleh budak 20an iaitu Comander Lin Mae bagi Crane Troop dan Jeneral Wu (Eddie Peng) bagi Tiger Troop. Posts yang depa pegang nih antara yang tertinggi dalam angkatan tentera kot. Jawatan yang memerlukan pengalaman yang meluas, orang yang telah lalu pelbagai peringkat kerjaya (paham SOP kerja, etc), dah masak dengan pelbagai strategi perang, etc. Melainkan depa nih ala-ala PTD yang naik pangkat cepat gila atau depa memang sangat super excellence.
Jeneral Wu. Like Wat the hell.

4. Uniform tentera-tentera dia sangat colourful k. Warna biru, kuning, merah, etc. Sekali pandang dah macam uniform Power Rangers dah k. Mungkin den terpleot sebab tatau sangat pasal uniform tentera zaman-zaman dinasti nih tapi rasanya baju perang nih kale biasa-biasa je sebab nak pi perang kot bukan nak pi pertandingan pakaian beragam.
Yupp...the said uniforms
5. Maharaja China menyorok belakang singgahsana sebab takut kat Taotei. Walopun Maharaja dia remaja lagi tapi sangat la tak logic Maharaja menyorok camtuh sekali. Maharaja China nih kalo kita tengok drama China daripada umoq toddler pun dah diajaq memanah, dibagi kelas macam-macam untuk menyediakan fizikal dan mental dia sebagai pemimpin. Selalunya bila depa dah remaja, depa dah super matured untuk handle urusan negera termasuk la krisis. Apa la movie nih potray Maharaja pengecut. Bengong betoi.

6. Mahkluk ajaib Taotei yang ganas tuh. Macam malas tau depa nak mereka makhluk nih. Depa just amik mana-mana species dinosaurs (den suspect depa amik Triceratops) lepas tuh depa modified sekupang dua.

Tuh la antara points yang buat den jaki dengan movie nih.

Kalo Andy Lau yang berlakon sebagai Strategist Wang (pakar strategi perang agaknya) boleh berkungfu yang terbang-terbang dan bleh kuarkan power tenaga daripada tangannya macam ceite kungfu yang kita selalu tengok tuh, sure pelakon lain termasuklah Matt Damon tak diperlukan. Sure Andy Lau bley kalahkan Taotei tuh.
Pasai pa tak guna hikmat naga berapi chek oiii
Watak si Eddie Peng (yang pernah berlakon jadi Wong Fei Hung) memang sekupang. Kalo hang terkelip mata, hang tak perasan pun dia berlakon dalam filem tuh.

Den rasa la si Matt Dimon setuju berlakon ceite nih sebab dia tak pernah berlakon ceite epic dan tak pernah berlakon di bawah arahan Zhang Yimou. 

Zhang Yimou plak sebab nak tembus pasaran Hollywood, terpaksa la amik si Matt Damon berlakon sebab dia nih antara pelakon yang box office magnet kot.

Den bagi 4/10 markah untuk movie nih. Sebenaqnya nak bagi 2 markah je tapi bagi lagi 2 markah extra sebab Matt Damon memang handsome pakai baju besi.
Aww....mohon berlakon ceite First Knight ke King Arthur ke yek

2 Comments

  1. Assalam

    Komen hang mmg berisi.. Kipidap

    Tapi xda sentuh sinematografi.. Biasanya wayang sgt bergantung kepada suasana sekeliling.. Mcm Horbbit tuh.. Melainkan drama ..tak perlu sgt background .

    Anyway.. Hang aku bg 7/10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam....thank you for the rating. Movie nih memang sekupang je sinematografinye. Not worth to mention pun. Jauh panggang dari api daripada ceite Hobbit ke LOTR ke.

      Delete