Kalo nak dihitung rahmat yang Allah bagi kat den nih memang la tak terjangkau dan tak terkira tapi den nih masih lagi dok lagho ntah bila la nak sedaq diri dan kembali ke pangkal jalan camtuh tatau pasai pa intro entry nih sangat panjang. Padahal nak ceite pasai hal biasa-biasa je pun.

Sejak-sejak den terberangan mat jenin nak buat bisnes dinosaur yang ntah bila nak kick off dengan jayanya tuh, Allah bagi den rejki untuk hadir kursus atau event yang membawa kepada den berjumpa dengan ramai orang yang best-best.

Disebabkan 15 tahun dok berjumpa dengan orang yang temanya sama macam den iaitu orang gomen, keterujaan den memang la extra baganza bila dapat jumpa dan berkenalan dengan usahawan berjaya.

Toksah cerita la pasai Dr Azizan ke, Sifu Jamal, Tuan Naza or Cikgu Lily coz depa nih orang yang dok ajaq kita kan.

Nih den ceite pasal usahawan yang den jumpa masa pi kursus yang baru sekupang tuh. Serious best k coz they see the world and life in the different prespective and point of view. Seronok sembang dengan depa, dengaq pengalaman depa membangunkan business depa, dengaq nasihat depa, etc.

Tapi tuh la kan, den nih being an introvert, tak beberapa pandai sangat la nak menyembang. So tak dapat nak korek info banyak padahal depa tuh willing je nak share apa yang depa tau. Their willingness to share tuh memang buat den terkesima.

Terpaling suka sebab depa sangat positif kuasa Ironman.

Den memang happy sangat dapat kenal all these people. Buat den bersemangat nak pergi kursus lagi heheehhehhe. Depa bagi den tengok hidup dengan sisi pandangan yang lebih luas dan berwawasan gittew. Chewah hehehehehhe.

Serious rasa macam lebih positif akhir-akhir nih. Rasa macam apa yang berlaku dalam hidup in sya Allah kita boleh tangani dengan lebih bertenang dan bertabah dan in sya Allah it will turns out okay in the end. Tapi factor umoq pun menyumbang jugak kepada perangai yang dah tak beberapa larat nak merempan dan amik pot banyak sangat tuh hehehhhee.

No wonder pakar motivasi dok kata kita kena surrounded kan diri kita dengan orang yang berjaya dan remove toxic people from our life for a better and sustainable life. Its so true.

p/s 1 my best friend yang den kadang-kadang rasa nak hempuk muka dia tuh dok cakap dengan den pasai pa sakan dok pi kursus tapi takdak progress. Den urut je dada kan sebab tamau masuk jail sebab terkatok dia.

p/s 2 next time bila ada rejki usahawan nih semua den nak tanya la apa nasihat yang terbaik yang depa sudi nak habaq kat den.

0 Comments