Rasanya orang lain telah lama mendaftar untuk pergi haji tapi den dengan buong baru je mendaftar dalam tahun nih. Better late than never begitu la ye konsepnya.

Niat di hati hendak mendaftar Haji memang telah lama tertanam di dalam minda cumanya duit di Tabung Haji tidak pernah cukup untuk mendaftar. Ada je urusan yang menyebabkan duit simpanan di dalam Tabung Haji terpaksa dikorek dari semasa ke semasa huhuhuhuhu.

Walaupun terdapat pelbagai saluran yang disediakan bagi tujuan pendaftaran Haji seperti di kaunter Bank Rakyat/Bank Islam dan mesin ATM Bank Rakyat/Bank Islam/Maybank, isu utama bagi sesetengah orang termasuk den adalah hendak menyediakan RM1300 secara tunai.

Baru tahun ini den mendapat maklumat yang kita boleh membuat pendaftaran Haji menggunakan simpanan KWSP sedangkan kemudahan ini telah lama diperkenalkan sejak tahun 2012 lagi.

Alhamdulillah ada pilihan yang bersesuaian untuk den dan buong untuk mendaftar Haji.

Apa Perlu Dibawa Bagi Pendaftaran Haji Menggunakan Akaun KWSP

Hanya 3 benda yang perlu disediakan dan dibawa ke kaunter Tabung Haji bagi pendaftaran Haji menggunakan akaun KWSP iaitu:

1. buku simpanan Tabung Haji;

2. myKad; dan

3. salinan penyata simpanan KWSP.

Mudah sangat kan?

Urusan di kaunter Tabung Haji sekejap sangat bagi pendaftaran Haji menggunakan akaun KWSP. Tidak sampai 10 minit, den dan buong telah berjaya mendaftar untuk pergi Haji dan mendapat slip print out tarikh yang dijangkakan kitaorang dapat mengerjakan haji.

Berdasarkan slip penyata pendaftaran Haji tersebut, kitaorang akan dapat pergi Haji pada tahun 2065. Masa tuh in sya Allah kalau panjang umur, kitaorang  berumur dalam 87 tahun heehehehehee.

Pegawai Tabung Haji maklumkan bahawa sekiranya duit simpanan di dalam Tabung Haji telah mencukupi untuk menunaikan Haji, kita boleh mengemukakan surat rayuan untuk pertimbangan supaya diberi peluang menunaikan Haji sebelum tahun yang telah dinyatakan di dalam slip.

Alhamdulillah pendaftaran Haji telah selesai. Makanya antara checklist yang perlu disettlekan di dalam hidup kitaorang adalah menyediakan duit yang mencukupi untuk menunaikan Haji. 

Jadinya kepada sesiapa yang mempunyai akaun KWSP, moh mendaftar menunaikan Haji menggunakan kemudahan yang tersedia melalui akaun KWSP.
sumber fb Tabung Haji

0 Comments