Tempat Makan Sedap Perak 2024: Kafe Suhaimi Silibin, Ipoh
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini ada sebuah café di Ipoh yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi😅.
Bila hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, tahap kesabaran tidak boleh dibawa berbincang.
Kami datang sarapan pagi di sini pada hari Ahad😅.
Jenuh berputar mencari tempat meletak kereta.
Rezekinya kami sampai sini agak awal dalam pukul 8.30 pagi.
Makanya tidak perlu beratur untuk mendapat tempat duduk.
Tidak perlu menunggu lama juga untuk memesan makanan.
Dalam 15 minit semua makanan kami sampai.
Jadi julung-julung kali den dapat ambil gambar semua makanan dalam sekeping gambar biarpun ada makanan yang telah dijamah.
Kira boleh la daripada tidak dapat kan😅.
Apa Kami Makan
Disebabkan menunya boleh tahan pelbagai, makanya kami main taram je pesan makanan.
Nasi lemak sudah tentu menjadi pilihan pertama.
2,3 tahun lepas kalau tidak silap, ada undian untuk mencalonkan nasi lemak sebagai makanan kebangsaan.
Tak tau jadi apa kepada undian itu.
Nasi lemak asal nasi tidak mentah, santan secukup rasa, sambal tidak terlalu pedas udah ngam untuk kami.
Set yang ada burger, telur, sosej, cheese dan baked bean mungkin ala-ala big breakfast kot😅.
Lupa sudah apa nama set ni.
Budak-budak yang pilih set ni.
Lepas tuh deme tidak makan baked bean nya.
Den juga la yang kena habiskannya.
Set roti dan kari ayam biasa sedang elok untuk tekak den.
Spagetthi carbonara ni kami tersalah pesan sebenarnya.
Dalam fikiran hendak pesan spagetthi bolognese.
Tetapi lisan yang terlantun adalah carbonara.
Begitulah kita hanya merancang kan.
Eceh😅.
Ini pun den yang kena habiskan sebab budak-budak ni tidak lalu makan sos yang agak muak macam ni.
Den pun tidak lalu makan sebenarnya tetapi sayang kot harga berbelas-belas ringgit kalau tidak dimakan.
Restoran Besar, Santai dan Bersih
Restoran ini ambil 2 lot kedai.
Itu pun penuh ye.
Persekitaran santai dan bersih.
Jadinya nyaman hendak menjamu selera.
Semasa kami selesai makan, ternampak ada pelanggan yang sudah mula kena beratur di luar kedai.
Lokasi dan Waktu Operasi
Waktu operasi setiap hari kecuali Selasa dari 7.45 pagi - 12.30 tengahari.
Lokasi
Jadinya moh la kome datang jalan-jalan cari makan di Ipoh nih ye.
0 Comments