Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Tiba sudah kita di bulan Ogos, bulan kemerdekaan Malaysia.

In sya Allah tanggal 31 Ogos 2024, Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 67.

Alhamdulillah.

 

Walaupun Malaysia ini beraneka dramanya.

Kos sara hidup semakin tinggi.

Gaji takat di takuk itu.

Ramai doktor dan pakar perubatan berhenti daripada sektor kesihatan awam.

Sketsa politik yang tidak berkesudahan.

Kisah sektor badan beruniform yang berwarna warni.

Pengangkutan awam yang kadang-kadang terpleot.

Indeks rasuah yang haish.

Isu alam sekitar.

Lambakan pendatang asing.

Tanah dipijak milik orang.

Jurang pendapatan antara golongan elite dan rakyat marhaein, dsb.

 

Tetaplah juga hanya Malaysia yang kita ada walau bumi ini terbentang luas.

Lagi-lagi untuk rakyat marhaein macam den.

Yang tidak pernah terfikir hendak berhijrah.

Yang tidak berkemampuan untuk berhijrah.

Yang tidak mahu berhijrah atas pelbagai sebab, dsb.

 

Mahu tidak mahu kita perlu berdamai dengan takdir yang kita akan meneruskan kehidupan di Malaysia tercinta ini ye.

Bersyukur ke idok menjadi orang Malaysia?

Alhamdulillah in sya Allah sangat bersyukur.

Walaupun mengharapkan kualiti kehidupan yang lebih baik di Malaysia.

Sementara menunggu Malaysia yang lebih gemilang, banyak perkara yang perlu disyukuri.

 

Kepelbagaian kaum, adat, budaya dan seni (ayat gomen teruk ni😅).

Syurga makanan oh my cholesterol😅.

Banyak cuti umum😂.

Pengangkutan awam (bas, ETS, LRT, MRT, ERL, dsb) walaupun banyak ruang untuk penambahbaikan.

Hospital awam yang Dr Pakar nya bukan kaleng-kaleng.

Tandas awam yang kebanyakannya bersih.

Hentian R&R yang selesa, bersih dan banyak kemudahan.

Perpustakaan awam yang banyak buku awesome.

Banyak peluang pekerjaan.

Kepelbagaian biodiversiti.

Ancient cities acknowledged by UNESCO - Pulau Pinang dan Melaka.

Anuar Zain eh😅.

Anuar Zain yang kekal muda macam ni ada dalam ingatan

Banyak lagi perkara yang perlu kita syukuri tetapi tiba-tiba otak den blank pula hendak berfikir.


Alhamdulillah pasukan den menerima seorang ahli baru setelah kehilangan seorang ahli yang mendapat peluang kerjaya lebih baik di tempat lain.

Muda belia orangnya, lahir tahun 2001.

Tahun 2001 den mula bertugas di agensi sekarang.

Tua dah den ni ye😅.

Hampir separuh abad dah umur.

Ngeri ke idok semakin menua ni?

Den berpegang kepada satu quote yang pernah den baca.

Kita perlu bersyukur dapat melalui proses penuaan kerana ramai orang yang tidak sempat tua kerana dijemput ajal pada usia muda.

Cumanya seiring peningkatan umur harapnya akan berusaha bersungguh memperbaiki diri kerana setiap hari kita semakin dekat dengan lubang kubur.

 

Akhir bulan Julai 2024 ada insiden henti tugas 4 loji rawatan air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran bau dari poly methacrylic acid.

Jadinya jangan la kome membuang apa-apa pun dalam sungai ye.

Sebab akhirnya kita semua yang tidak ada bekalan air bersih sebab sungai, loji rawatan air, dsb adalah saling berhubungan.

Cintailah sungai kita ye.

Janganlah kita menjadi makhluk yang membuat kerosakan di muka bumi.

 

Seperti biasa kalau cerita bab keroje memang tidak akan bisa habis😅.

Kita kena bersyukur masih mempunyai pekerjaan di kala ramai orang masih berusaha mendapatkan kerja.

Jadual lawatan tapak udah berjujuk-jujuk.

Banyak betul pembangunan belah Sabak Bernam dan Tanjung Karang ni.

Bila lawatan tapak di belah-belah sini boleh den singgah minum di tempat viral.

Eh😅.

 

Ada bersusun juga buku-buku perpustakaan yang perlu dibaca sebelum dipulangkan.

Rasanya selepas ini kena berhenti dulu dari meminjam buku dari perpustakaan.

Kena membaca buku-buku yang dipinjam dari kawan.

Buku-buku sendiri di rak buku pun banyak yang tidak terusik😅.

Lagi pun sudah terasa hawa-hawa reading slump bakal menjengah ni.

Antaranya sebuah buku lama gila hendak dihabiskan walaupun nipis dan tidak berat temanya.

Misi hendak mencari 2 buah buku yang den berangan hendak ulang baca tapi tidak terjumpa letak di mana pun harus diusahakan.

 

Setakat ni tiada sesi berjimbaan yang dirancang.

Tetapi den memang udah sinonim dengan perangai terberjimba secara tidak dirancang.

Jadinya kita tengok nanti macam mana kejadiannya ye.

Tidak la ke mana pun biasanya.

Paling kuat bawa anak-anak mandi sungai atau laut.

 

Apa harapan dan rancangan kome di bulan Ogos ni?

Semoga Ogos 2024 adalah Ogos terbaik untuk kita semua ye.

Harapannya jangan la ada lagi henti tugas loji bulan Ogos ni.

Semoga ramai sedar tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai.

Ayat gomen teruk ni😅.

Jaga diri semua.

 

 

 

0 Comments