Changi Village Road - Pulau Ubin - Check Jawa Wetlands - Changi Point Coastal Walk - Changi Airport (Canopy Bridge + Jewel)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun cerita ini sudah basi den hendak cerita juga dalam blog ini😅

Sebelum terjebak dengan blog update slump yang seterusnya.

Marilah kita sambung siri sinetron Bida Travel Sorang Singapura ye😅.

In sya Allah den usahakan untuk habiskan cerita ini pada bulan Julai ye.

 

Disebabkan den tidur di kerusi yang ada di Changi Airport, makanya pukul 5.30 pagi den udah bangun.

Walaupun tidur duduk di kerusi, sakan ye deep sleep 3 jam setengah😅

Sambil terpisat-pisat menggosok mata den dok berfikir berbaloi ke tidak hendak bayar S$20 untuk mandi.

Kalau tukar ke RM dalam RM60++ juga tu.

Selepas mencongak sekupang dua langsung la terdetik di hati baik buat makan je duit tuh.

Makanya den hanya gosok gigi dan cuci muka tukar baju bagai di tandas.

Baru la acah backpacker bila tak mandi nih kan😅.

 

Terus je den menapak ke tempat simpanan beg di Terminal 2 kalau tak silap.

Simpan beg di situ dengan harga S$10 bagi tempoh 24 jam.

Ini memang tidak boleh buat apa-apa sebab jenuh la wei hendak mengangkut beg ke hulu ke hilir.

Memang bukan dasar backpacker sungguh kan😅.

 

Changi Airport - Changi Village Road

Langsung den ke terminal yang ada sambungan hub bas.

Den tunggu bas nombor 29 ke 59 untuk ke Changi Village Road.

Dalam 20 minit menunggu, basnya pun sampai.

Bas 2 tingkat ye.

Ada 2,3 orang je dalam bas tu.

Suka la den duduk dekat tingkat atas acah tourist begitu😅.

Nampak view macam ni dari atas bas sudah buat den happy

Perjalanan dari Changi Airport ke Changi Village Road dalam 20 minit.

Semasa bas melalukan Penjara Changi eh teringat pula dekat mamat yang den terjumpa semasa di MacRitchie Trail yang ingatkan den spesies entiti tuh😅.

Pertama kali dalam hidup den orang ingat den orang bunian😅.

 

Sampai je di Changi Village Road, den terus je pergi ke Terminal Feri Changi Point.

Den sampai sini dalam 8 pagi.

Macam-macam ada cuma den tidak sempat merayap
Antara kedai seafood yang ada di sini

Ada kedai makan di sekitar sini tetapi tidak sempat hendak siasat sebab hendak mengejarkan bot seawal boleh.

Beli tiket untuk ke Pulau Ubin.

Harga tiket S$8 untuk pergi balik.

Masa menunggu bot sampai, den sembang dengan pekerja asing dari India.

Ada 2,3 orang yang den sembang.

Graduan kejuruteraan.

Umur dalam pertengahan 20an.

Datang ke Singapura jadi buruh binaan.

Katanya deme gembira sebab ada kerja.

Dekat India sebab populasi terlalu ramai makanya hendak menjadi buruh pun sakan bersaing.

Sekali pandang persis hero filem Tamil Ajit dan Vijay rupa deme😅.

 

Bila bot sampai den macam terkesima sedikit sebab dia ala-ala bot nelayan macam tuh.

Baru den tau namanya bumboat.

Yang mengoperasikannya warga emas Cina.

Tunggu bot penuh baru bergerak konsepnya.

Ada penumpang yang bawa basikal sejenis harga melebihi RM1K atas bot.

Buruh-buruh binaan persis hero Tamil pun naik bot ini.

Den tidak pasti samada memang tiada jaket keselamatan atau den yang tidak jumpa cari jaket keselamatan tersebut.

Tetapi semua orang tidak pakai jaket keselamatan.

Baik pengemudi bot dan juga penumpang.

Den macam pelik sebab Singapura kan digembar gemburkan sebagai antara negara yang paling berdisiplin dan patuh kepada peraturan.

Udah kenapa tidak pakai jaket keselamatan kan?

 

Sepanjang perjalanan 15 minit ke Pulau Ubin den agar berdebar.

Ada terfikir “ini kalau apa-apa jadi dan semua orang terjatuh dalam air, mampuih la den mati katak sebab dalam kot airnya dan den pun tak tau berenang.”

Tapi sempat la juga den menghayati angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menyapa muka.

Eceh😅.

 

Pulau Ubin 

Sampai je di jeti Pulau Ubin dalam 8.20 pagi, perkara pertama den buat adalah makan.

Selepas melepasi pintu gerbang Pulau Ubin, sebelah kirinya ada kedai makan Melah Café.

Jadinya den brunch di situ.

Suka suki je ambil udang dan ayam.

Amnesia barangkali ye tentang bayaran dalam Singapore Dollar😅.

Tapi Alhamdulillah harganya RM20.

Kira okay la kan?

Sempat sembang dengan tauke kedai.

Dia nasihatkan hati-hati berbasikal ke Check Jawa Wetlands sebab ada kawasan yang monyetnya suka mengejar orang lagi-lagi kalau disyaki kita membawa makanan.

Ah sudah😅.

 

Selepas makan baru den terus je sewa basikal dekat kedai basikal pertama yang den nampak.

Sewa basikal S$15 bagi tempoh 24 jam.

Sewa kunci mangga S$5.

Den terus je mengayuh ke Check Jawa Wetlands.

Walaupun udah tengok peta dan ada papan tanda bagai, den dan sesat bagaikan lagu dan irama.

Tidak bisa dipisahkan.

Tanya 2,3 orang penduduk Pulau Ubin yang den terjumpa, barulah berjaya berada di jalan yang benar menuju ke Check Jawa Wetlands.

Dia sebenarnya ada banyak aktiviti boleh buat di Pulau Ubin ni.

Boleh berkayak.

Boleh berbasikal merentasi bukit bukau.

Boleh bird watching.

Tengok pemandangan kuari tinggal dan macam-macam lagi.

Disebabkan masa den yang sangat terhad dan den bajet den sampai di Changi Airport sebelum 3 petang untuk aktiviti lain yang den udah rancang.

Makanya den hanya mampu buat satu aktiviti sahaja iaitu ke Check Jawa Wetlands.

 

Disebabkan lama tidak bersenam rasa hendak pengsan juga ye berbasikal selama 40 minit hendak menyampaikan ke Check Jawa Wetlands.

Siap berhenti beberapa kali untuk berehat sekupang dua😅.

Bida dan dramatik berpisah tiada.

 

Bila kita telah melepasi kawasan kampung dan memasuki kawasan hutan, memang sunyi teruk ye.

Agak berdebar di situ walaupun Singapura tersenarai antara negara selamat untuk pengembara solo.

Udah tua ni hati memang cepat kecut ye.

Kejap-kejap berdebar macam tuh.

Itulah makanya bila umur 45 tahun baru hendak cuba solo travelling😅.

Orang lain biasanya umur 20an yang pergi merayap merata sorang-sorang.

 

Check Jawa Wetlands  

Lepas meletakkan basikal di tempat yang ditetapkan dan menguncinya bagai, den terus je berjalan di board walk di Check Jawa Wetlands ini.

Den sampai sini dalam 9.30 pagi.

Den rasa ini adalah the highlight of my first solo trip.

Den berkenan dooh berjalan di board walk ini.

Tengok pokok bakau sepanjang pantai.

Melayan hembusan angin laut.

Tengok pemandangan dari menara tinjau Jejawi.

Singgah di House No. 1.

Berhenti tengok orang sedang bird watching.

In sya Allah den cerita lagi nanti di post akan datang ye.

Den lepak di Check Jawa Wetlands hampir 2 jam.

Santai jalan sana sini macam tuh temanya.

 

Masa hendak balik eh udah seat basikal den terpleot pula.

Ada mamat India ni tengok den terkulat-kulat dia bantu den betulkan seat basikal tu.

Mujurnya dia ada bawa tools untuk betulkan seat tuh.

Rezeki den jumpa orang baik-baik.

 

Masa dalam perjalanan balik sempat ye kena kejar dengan monyet.

Sakan ye den mengayuh basikal laju-laju ala-ala MKumaresan masa tu😅.

 

Changi Point Coastal Walk

Dalam 10 minit den menunggu di jeti Pulau Ubin, bot pun sampai untuk bawa den balik ke tanah besar. 

Masa dalam bot nampak banyak kapal layar dok berlayar di sana sini

Sempat singgah berjalan sekupang dua di Changi Point Coastal Walk.

Walaupun banyak tempat yang macam awesome untuk berehat healing bagai tetapi disebabkan hendak mengejar masa memang la hanya pandang dari kejauhan sahaja.

Hendak minum air kelapa pun tak sempat tau.

Tragis sungguh.

 

Den naik bas dan MRT balik ke Changi Airport.

Lupa sudah naik bas apa dan MRT di mana.

Adoi la.

Ini akibatnya kalau tunggu 1 tahun 3 bulan baru hendak bercerita kan😅.

 

Changi Airport (Canopy Bridge + Jewel)

Sampai je di Changi Airport dalam 2.30 petang, den berbelah bahagi samada hendak pergi ke Singapore Botanic Gardens ke idok.

In memang dalam itinerari den.

Tetapi den batalkan hasrat ini sebab tidak mahu terkejar-kejar. 

Jadinya den terus je ke Canopy Bridge.

Ini den udah beli tiket awal di Klook.

Beli tiket Canopy Bridge ni dapat masuk sekali ke Canopy Park (Petal Garden, Topiary Walk, dsb).

Berjalan di atas laluan kaca memang awesome.

Walaupun setakat berjalan-jalan, eh 2 jam juga rupanya den berjalan di sini.

Pukul 5.30 petang je udah rasa hendak tercabut kaki.

Makanya berehat tengok air terjun popular dan aerotrain yang bergerak dari tingkat atas.

Lepas hilang lenguh kaki, baru la den berjalan-jalan sekitar kawasan Jewel.

Tengok air terjun dari jarak dekat apa semua.

Lepak di kawasan Jewel ni dalam 1 jam lebih juga.

Santai tidak buat apa sebab kepenatan.

Sempat la den tolong ambil gambar beberapa orang bagai di sini😅.

Dalam 7.30 pm pergi ambil beg yang disimpan di tempat simpanan beg.

Sempat singgah di kedai-kedai duty free mencuci mata.

Lama den berteleku tengok teh di kedai TWG Tea.

Terkesima den tengok harga the RM100++ ke atas.

Memang teh untuk T20 ni.

Suka tengok packaging warna warni dan nampak ada kelas tersendiri.

Tea set dia pun nampak T20 sangat.

Rasa macam sekejap ke keluar masuk kedai-kedai yang ada di Changi Airport ni.

Eh sekali dekat 1 jam juga rupanya.

 

Disebabkan den hanya makan pukul 8.30 pagi tadi di Pulau Ubin, makanya udah kelaparan.

Singgah makan di food court Changi Airport yang berenyut manusia tidak dapat dibawa berbincang.

Den pilih kiosk yang ada tempat duduk kosong tidak kisah la dia jual apa.

Den makan nasi ayam.

 

Lepas tuh udah tidak larat hendak bergerak ke mana.

Terus je duduk di boarding area dari 9.30 pm.

Alhamdulillah flight tidak delay.

11.25 pm flight balik ke KLIA2.

Dalam flight den nampak banyak kapal laut bawa kargo di perairan Singapura.

Mungkin ini salah satu impak akibat pembatalan Jambatan Bengkok agaknya.

Vessel memilih pelabuhan di Singapura berbanding pelabuhan di Johor dan Port Klang.

 

Begitulah berakhirnya kisah berjimbaan solo den di Singapura 3 hari 2 malam pada April 2023.

Disebabkan ini pertama kali den berjimba seorang diri udah tentu banyak hits and miss di sana sini.

Tetapi I still had a blast.

 

Ramai juga orang kata Singapura ni overated, mahal, banyak tempat bukan semulajadi tetapi buatan manusia, dsb.

Untuk den yang jenis asal boleh ni, den cuba mencari keistimewaan sesuatu tempat yang den pergi.

Hendak ulang pergi ke Singapura?

In sya Allah sebab ada beberapa tempat yang dalam senarai den kalau den terpergi ke Singapura lagi.

Sungei Buloh Wetland Reserve, Singapore Botanic Gardens, The Southern Ridges antara tempat den berangan hendak pergi.

 

Disebabkan Singapura terjadi destinasi pertama den berjimba seorang diri, ianya ada special spot dalam hati den.

Solo travelling has its own charm rupanya.

Solo travelling lagi in the future?

Never say never, I guess.

Tata.

 

0 Comments