Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Glamping atau glamorous camping sememangnya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Menurut maklumat daripada Tourism Malaysia, trend aktiviti glamping semakin meningkat setelah Covid19 berakhir.

Pengusaha glamping semakin ramai di seluruh Malaysia.

Lokasi glamping semakin panjang senarainya.

Komuniti glamping juga semakin bertambah ahlinya seiring masa.

 

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, glamping diterjemahkan sebagai perkhemahan mewah.

 

Baru-baru ini komuniti aktiviti luar Malaysia Naturehike (Naturehike Outdoors Community Malaysia) menganjurkan sesi glamping besar-besaran seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66 selama 3 hari 2 malam pada 31 Ogos - 2 September 2023.

Perhimpunan ini mengumpulkan ahli-ahli yang menggunakan peralatan glamping Naturehike di Felda Residence Hotspring Sg Klah, Sungkai Perak.

Program ini disempurnakan oleh Encik Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia.

Peserta Naturehike Outdoors Community Malaysia Mega Gathering 2.0 bersama Tourism Malaysia dan media

Tujuan program perkhemahan kali ini adalah untuk mengumpulkan peminat-peminat glamping daripada pelbagai jenis khemah daripada jenama Naturehike.

Sebagai komuniti yang berkonsepkan kekeluargaan, Mega Gathering 2.0 ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim mereka yang mempunyai minat yang sama di samping bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66.

Program ini disokong oleh Naturehike, Tourism Malaysia, Tourism Perak, Pusat Pungutan Zakat, Campguru, Felda Residence Hotspring, Ecoflow, NewEra dan Over Malaysia.

Sebanyak 52 khemah dengan 300 orang peserta dengan pelbagai tema dan hiasan telah didirikan di perkarangan kawasan di sini.

Perhimpunan Naturehike Outdoors Community Malaysia Mega Gathering 2.0 melibatkan penyertaan kumpulan keluarga daripada seluruh pelusuk Malaysia.

Yang uniknya, ada ahli Naturehike Outdoors Community Malaysia tidak pernah bersua muka sebelum ini.

Mereka hanya berkenalan di alam maya melalui FB Page Naturehike Outdoors Community Malaysia yang mempunyai dalam 15 ribu ahli.

Den kongsikan aktiviti-aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam Naturehike Outdoors Community Malaysia berkampung di Felda Residence Hotspring Sg Klah, Sungkai Perak.

 

Hari Pertama (31 Ogos 2023, Khamis)

Ketibaan semua ahli Naturehike Outdoors Community Malaysia di Felda Residence Hotspring Sg Klah, Sungkai Perak.

Sesi mendirikan dan menghias khemah mengikut tema masing-masing.

Dimaklumkan ada khemah yang mengambil masa 5 jam untuk disiapkan.

 

Walaupun hujan turun dengan agak lebat pada petangnya, ahli komuniti Naturehike Malaysia tetap bersemangat untuk terus glamping di sini.

Selepas makan malam yang enak siap kambing golek, sesi ice breaking atau berkenalan antara setiap peserta Naturehike Outdoors Community Malaysia Mega Gathering 2.0.

Program diakhiri dengan persembahan bunga api.

 

Hari Kedua (1 September 2023, Jumaat)

Hari kedua dimulakan dengan sesi mengeluarkan peluh melalui aktiviti aerodance.

Sempat singgah Kaunter PPZ yang ada di sini.

Kome kena jadi sahabat zakat tau sebab ada banyak manfaat macam info zakat terkini, cenderahati eksklusif dan cabutan bertuah di lokasi kaunter.

Den dapat voucher KFC😊. 

Kami seterusnya dibawa melawat khemah-khemah yang terlibat di dalam Naturehike Outdoors Community Malaysia Mega Gathering 2.0 ini di mana pemarkahan diberikan kepada setiap khemah bagi menentukan khemah yang terbaik. 

Juri-juri adalah Encik Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia dan wakil Campguru.

Sesi pemarkahan semua khemah yang mengambil bahagian

Semua khemah dihias indah dengan kreativiti dan citarasa masing-masing.

Kalau den jadi juri memang pening kepala hendak pilih pemenang sebab terkesima melihat setiap khemah yang den sempat singgah dan jengah kerana kesemuanya molek banget yang memerlukan kesungguhan dan minat untuk dilengkapkan sebegitu rupa.

Kalah jauh tertinggal bertiang-tiang hiasan di rumah den huhuhuhu.

Den kongsikan beberapa gambar khemah-khemah yang den sempat rakamkan keindahannya melalui lensa telefon den ye.

Sempat juga kami singgah minum di salah satu khemah dan bersembang sekejap dengan pemilik khemah dari Cheras iaitu Puan Awin yang pertama kali menyertai Naturehike Outdoors Community Malaysia Mega Gathering 2.0

Memang win sangat air oren di kala panas terik. Kalau den jadi juri, den bagi markah lebih sedikit dekat khemah ni hehehehehehe

Selepas program dirasmikan oleh Encik Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia, semua peserta disajikan dengan persembahan sape.

Dari kiri wakil Campguru, penganjur program, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dan wakil Felda Residence Hotspring Sungkai

Selepas BBQ Dinner, program Bersama Ustaz Don Daniyal iaitu pengisian khas yang dibawa oleh Pusat Pungutan Zakat memberikan banyak ilmu melalui penyampaian ceramah yang bertajuk Keluarga.

 

Antara intipati utama program adalah malam 'Gala Night' yang bertemakan Patriotik.

Meriah peserta dengan bersemangat pakai baju Patriotik.

 

Pengumuman khemah terbaik disambut meriah.

Pemenang khemah tercantik:

1. Pinkkie Glam Camp 

Dalam banyak-banyak khemah, den ambil gambar dengan khemah yang satu ini sahaja sebab macam comel ada reben dan a touch of pink. Sekali juara khemah terbaik. Adakah maknanya den ada ciri-ciri untuk menjadi juri juga hehehehehe

2. The Origami Camp 

3. Irrena

4. AK Campz

5. Eja x Iftaz

 

Hari Ketiga (2 September 2023, Sabtu)

Hari terakhir program adalah program santai dan persediaan untuk sesi mengemas khemah, etc.

Tourism Malaysia dan rakan media hadir menyokong perkhemahan keluarga secara glamping yang sudah mencapai satu tahap memberangsangkan pasca pandemik Covid 19. Ianya berkembang sebagai fenomena percutian secara perkhemahan dengan pelbagai aksesori terkini untuk menjadikan percutian secara ini sangat selesa serta selamat.

Tourism Malaysia bersama wakil media. Terima kasih atas jemputannya. Next time jemput lagi ye😅

Semoga glamping akan terus berkembang di masa hadapan. 

Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada den menyertai program ini.

Acik yang gembira diberi peluang oleh Tourism Malaysia untuk menyertai program ini


 

2 Comments

  1. wahh..menariknya. saya tak pernah lagi bawa anak anak glamping ke.. camping ke.. belum yakin lagi

    ReplyDelete
  2. Budak-budak sure enjoy kan kalau dapat camping ke glamping ke mandi sungai ke. Tapi kena tengok cuaca dan tempat. Kalau musim hujan elok kita jangan pergi dulu

    ReplyDelete