Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu.

Tidak lama lagi budak-budak akan cuti akhir penggal.

Seusai sebelum Ramadhan 2023, mereka akan mendaftar ke sesi persekolahan baru.

In sya Allah dua orang anak bujang den akan memasuki tingkatan 1 dan darjah 3.

 

Cerita pasal anak-anak hendak masuk sekolah ni memang tidak akan lari daripada pertanyaan ‘hendak membeli belah kelengkapan sekolah di mana?’

Sejak dulu lagi den memang membeli baju harian budak-budak di Pusat Pakaian Hari Hari sejak mereka kecil lagi.

Sama juga dengan kelengkapan persekolahan.

Memang akan beli di Pusat Pakaian Hari Hari.

Lima (5) Sebab Kenapa Den Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari

Ada lima (5) sebab kenapa den shopping di Pusat Pakaian Hari Hari:

Pelbagai pilihan pakaian dan barangan

One stop center

Kualiti yang molek

Harga mampu milik

Layanan mesra

 

One Stop Center dan Pelbagai Pilihan Pakaian dan Barangan

Senang membeli kelengkapan di Pusat Pakaian Hari Hari kerana ianya ala-ala pusat sehenti di mana semua jenis pakaian dan barangan ada di sini.

Jadinya pergi satu tempat boleh dapat semua pakaian dan barangan.

Tidak perlu ke kedai lain.

Jimat masa dan tenaga.

Dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk pakaian dalam serta aksesori persekolahan seperti beg sekolah, botol air, alat-alat tulis dan sebagainya semua ada di sini.

Ada banyak pilihan pula tu.

Tidak kena gaya memang boleh jadi rambang mata lagi-lagi kalau hendak pilih beg sekolah hehehehhee.

Bagi pakaian sekolah, ada pakaian untuk sekolah menengah dan sekolah rendah.

Pakaian untuk sekolah agama pun ada di sini.

Kasut sekolah aneka corak dan pilihan tersedia.

Pakaian sukan, tudung, anak tudung, stokin, pakaian dalam, vest, singlet, sapu tangan semuanya ada.

Untuk baju sekolah tidak kira kemeja atau baju kurung, terdapat pilihan kain kapas atau kain licin.

Sama juga untuk baju sekolah agama.

Soalan den pada adik manis yang sabar melayan den adalah ‘baju mana yang kalau tidak diseterika pun kurang berkedut?’

Dasar emak rajin begitulah hehehehehehe.

Tersedia bilik persalinan untuk mencuba baju di Hari Hari tapi disebabkan emaknya sangat rajin, kita sarungkan aje la baju dan seluarnya ye.

Tetapi untuk anak sulung den, memang dia mencuba baju dan seluar di dalam bilik persalinan.

Untuk sesi membeli belah fasa pertama ini, den fokuskan kepada kelengkapan baju sekolah menengah untuk anak sulung dan kelengkapan baju sekolah rendah untuk anak bongsu.

 

Selesai mereka membeli baju sekolah, den minta dioarang pilih kasut sekolah pula.

Kedua-duanya tidak mahu kasut bertali sebab katanya leceh.

Jadinya adik memilih kasut yang lekat-lekat.

Abang lagi sempoi, dia pilih kasut yang serlum terus ala-ala kasut kungfu.

Kalau ada yang suka kasut bertali ada je di sini, macam-macam corak lagi.

Kasut yang lekat-lekat pun ada yang lekat satu, lekat dua dan lekat tiga.

Sabar adik manis yang melayan kami sebab den sudah terlupa berapa saiz kaki anak-anak den.

Rasa macam kaki diaorang tiada la besar mana tetapi dua, tiga kali juga la mencuba kasut-kasutnya sehingga jumpa saiz yang sesuai.

 

Bukan ada kelengkapan sekolah je tau di Pusat Pakaian Hari Hari ni.

Baju harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak pun ada.

Banyak pilihan juga daripada baju siang hingga ke baju tidur.

Semuanya ada.

 

Pakaian dan Barangan Berkualiti Pada Harga Mampu Milik

Selama den shopping di Pusat Pakaian Hari Hari baik baju sekolah atau baju harian, in sya Allah semua pakaian dan barangan yang dibeli kualitinya memuaskan hati den.

Jenis kainnya molek (terutamanya kain seluar sekolah yang tahan lasak) dan jahitannya kemas.

 

Harga semua pakaian dan barangan di Pusat Pakaian Hari Hari in sya Allah semuanya mampu milik.

Layanan Mesra Pelanggan

Masuk la mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari Hari, pastinya kita akan disambut dengan ucapan “Selamat Datang”.

Bila kita selesai membeli belah, kita akan diberikan ucapan “Terima kasih. Sila datang lagi”.

Nampak macam simple kan tetapi berapa banyak kedai kelengkapan pakaian yang berbuat begini.

Konsep layanan pelanggan sebegini biasa diamalkan di Jepun (berdasarkan pembacaan den) di mana pelanggan yang datang ke kedai sentiasa diberi layanan dengan penuh mesra.

Selama den shopping di Pusat Pakaian Hari Hari, kakitangannya sentiasa bersedia membantu terutamanya bab mencari saiz baju dan kasut.

Semoga Pusat Pakaian Hari Hari mengekalkan konsep ini di dalam melayan pelanggan.

 

Banyak Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari di Seluruh Negara

Mudah hendak shopping di Pusat Pakaian Hari Hari sebab ada banyak cawangan di seluruh negara.

Mesti korang pelik kan kenapa duduk di Shah Alam tapi pergi shopping di Pusat Pakaian Hari Hari Bandar Seri Iskandar.

Memang selama ini den membeli belah di Pusat Pakaian Hari Hari Shah Alam.

 

Sabtu lepas den pergi Pusat Pakaian Hari Hari Shah Alam bukan main ibu bapa sedang membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, jadinya den cuba pergi Hari Pusat Pakaian Hari di cawangan lain pula.

Belum cuti sekolah pun sudah ramai orang shopping baju sekolah, kalau sudah cuti sekolah nanti mahu sesak sungguh nanti.

 

Kebetulan pula den pergi ke Perak, makanya marilah kita membeli belah di Pusat Pakaian Hari Hari Bandar Seri Iskandar.

Pergi pula masa hari bekerja.

Memang heaven orang tak ramai hehehehhehe.

Terdapat 95 buah Pusat Pakaian Hari Hari di seluruh Malaysia.

Korang boleh semak di sini ye www.hari.com.my/locator

 

Kalau yang hendak shopping secara atas talian pun boleh juga. Boleh layari:

Laman sesawang Hari Hari http://ehari.com.my

Hari Hari Shopee http://shopee.com.my/harihari_

Hari Hari Lazada http://lazada.com.my/shop/hari-hari

 

Moh la kome kita shopping baju sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari Hari ye.

Kalau hendak shopping sekali dengan baju raya pun boleh saja sebab tinggal tidak sampai sebulan setengah lagi kita hendak menyambut Ramadhan kan?

Elok benar kalau kita shopping sekarang kan?

#PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #hariharisekolah #kembalikesekolah #backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #bajusekolahOnline #ehari

4 Comments

  1. wahhh rindunya nak beli pakaian sekolah untuk diri sendiri...bertahun lama tinggalkan sekolah...dulu ibu selalu beli baju Cuya di bandar Melaka... tak silap namanya Beeloon. Rinduuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhee anak ikan rupanya Cuya ni. Boleh buat gathering dengan kawan2 tema baju sekolah supaya boleh shopping baju sekolah

      Delete
  2. Liez pun beli baju anak-anak dekat hari-hari.. senang semua bwh satu kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang man 1 tempat boleh beli semua benda

      Delete