Aloha.

Ha begitu perasaannya bila den tengok semua corak baju yang Bob Rock Clothing BRC perkenalkan di dalam Koleksi Bahamas.

Terasa vibes percutian dan santai di tepi pantai.

Walaupun kita mungkin belum berpeluang untuk memakai Koleksi Bahamas berinspirasikan Hawaiian shirt plus size ini dan bercanda di pasiran pantai di Hawaii, tetap juga kita boleh menggayakan Plus Size Aloha Shirt ini di pantai-pantai di Malaysia.

Sesuai sahaja kalau kita memakai Plus Size Beach Shirt ini dan mengejar ombak dan membiarkan diri dihembus bayu di pantai yang terdekat dengan kita.

Empat Tema Koleksi Bahamas

Baju Koleksi Bahamas yang sesuai digayakan secara kasual, semi formal dan santai ini didatangkan di dalam empat tema di mana setiap satunya didatangkan di dalam dua (2) warna yang berbeza.

Bahamas Beach Shirt

Baju Bahamas Plus Size Beach Shirt yang disediakan di dalam dua warna iaitu peach dan navy blue ini memang sesuai sangat dipakai semasa bersantai di tepi pantai baik semasa bercuti bersama keluarga atau aktiviti BBQ bersama kawan-kawan.

Baju yang selesa dengan pelbagai gambar berasosiasi dengan pantai dan pallete warna yang cantik ini pasti nampak menonjol di dalam gambar-gambar kenangan semasa bercuti.

Bahamas Humming Shirt

Dalam empat (4) siri Koleksi Bahamas, Bahamas Humming Shirt yang tersedia di dalam dua (2) warna iaitu hitam dan putih ini adalah favourite den sebab den memang suka hummingbird atau burung kelicap yang comel itu.

Di samping selesa dan tampak bergaya dipakai ketika berjumpa teman dan keluarga, baju ini juga akan menarik perhatian kanak-kanak kerana corak burung kelicap yang pelbagai aksi berada pada baju ini.

Boleh jadi brownies point kalau hendak mengambil hati kanak-kanak ni.

Bahamas Summer Shirt

Bila tengok je corak dan warna Bahamas Summer Shirt ni, den terus teringatkan Hawaii sebab aura Hawaii sangat ni.

Jadinya den kategorikan Bahamas Summer Shirt yang berwarna biru dan kuning ini sebagai Plus Size Aloha Shirt atau Hawaiian Shirt Plus Size.

Bahamas Summer Shirt berwarna biru seolah-olah gambaran pantai Hawaii di bawah langit membiru dan kombinasi warna laut biru dan turquoise.

Bersantai di pantai di kala remang senja apabila matahari mula terbenam sangat sesuai digayakan dengan Bahamas Summer Shirt berwarna kuning.

Nampak begitu into the scene kan?

Bahamas Luke Shirt

Bahamas Luke Shirt yang boleh didapati di dalam dua (2) warna coklat dan putih rasanya molek digayakan apabila beramah mesra bersama sahabat dan keluarga sambil menjamu selera.

Walaupun coraknya berbunga-bunga tetapi pemakainya tetap akan tampak maskulin.

Apa Yang Awesome Tentang Koleksi Bahamas?

Plus Size Shirt Bahamas Bob Rock ini adalah seangkatan dengan seperti baju Hawaiian, Baju Pantai, Baju Aloha dan Baju Resort sesuai digayakan secara kasual, semi formal dan juga acara santai kerana corak bajunya bertemakan alam semulajadi dan fabriknya yang menyerap peluh.

Sesuai juga digayakan untuk mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai semasa hari perayaan.

Fabrik baju daripada kain kapas satin ini bukan sahaja selesa tetapi ianya ringan, lembut dan tidak mudah berkedut.

Fabrik sebegini sesuai untuk orang yang tidak suka menggosok macam den nih ha.

Potongan baju jenis A-Cut bagi memberi keselesaan ruang pada perut.

Plus Size Shirt Bahamas Bob Rock ini boleh didapati di dalam saiz XL sehingga 6XL.

Setiap baju Koleksi Bahamas ini RM109 sehelai.

Kalau hendak tengok semua baju Koleksi Bahamas, boleh lihat di sini ye:

Website bob rock –  https://www.bobrock.com.my/

Koleksi new arrival –  https://www.bobrock.com.my/collections/new-arrivals

Bahamas Summer – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-summer

Bahamas Humming – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-humming

Bahamas Luke – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-luke

Bahamas Beach – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-beach

Shopee - https://shope.ee/8euaeo19BS

Lazada – https://bit.ly/3DY0UqG

Apa Ada Di Bob Rock Clothing, BRC?

Apa yang kita boleh shopping di Bob Rock Clothing, BRC ni?

Macam-macam ada ye.

Bob Rock Clothing, BRC merupakan butik yang menjual pakaian saiz besar yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia bagi memenuhi permintaan dan keperluan mereka yang bersaiz besar dengan ketinggian orang Asia.

Butik pakaian saiz besar lelaki paling ohsem di Malaysia!’ ini menawarkan pakaian bersaiz besar bermula daripada saiz XL hingga 6XL.

Pelbagai jenis pilihan pakaian bersaiz besar termasuk pakaian harian termasuk seluar, kemeja dan tshirt, pakaian pejabat, pakaian tradisional seperti Baju Melayu, kurta, pakaian santai, pakaian untuk riadah dan lain-lain terdapat di sini.

Bob Rock Clothing mengalu-alukan kedatangan semua ke kedai mereka di

Lot F-15, Aras 1,

PLAZA SHAH ALAM,

Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E

Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

Operasi kedai: 10 pagi hingga 10 malam

Khidmat Pelanggan: 011-10091302

Waze/Google: Bob Rock

Selamat shopping di Bob Rock Clothing.

#BobRockClothing #BRC #MensPlusSizeClothing #PlusSizeFashion #PlusSizeClothingOnlineMalaysia #PlusSizeBeachShirt #PakaianSaizBesarLelaki #KedaiBajuSaizBesarLelaki #PlussizeBahamasshirt #PlussizeshirtBahamas #Hawaiianshirtplussize #PlusSizeAlohaShirt


 

3 Comments

  1. Ok almost there .. nanti dah boleh beli baju bahamas ni :D

    ReplyDelete
  2. Senanglah untuk mereka2 yg susah nak cari pakaian yg bersesuaian...baju pon lawa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie suka baju yang ada tapak sulaiman tu

      Delete