Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk den yang sokmo ada aktiviti luar baik untuk bekerja atau sesi berjimba, mahu tidak mahu kena juga pakai serum ye sebagai salah satu rutin penjagaan kulit muka lagi-lagi umur den ini sudah hampir menyamai umur JLo ni.

Mula-mula pakai serum, den tertanya-tanya beberapa soalan macam:

Perlu pakai berapa kali sehari serum ni?

Bila masa yang elok untuk pakai serum ni?

Pakai sebelum ke selepas pakai moisturizer?

Bila den baca di beberapa website dermatologi dicadangkan supaya kita memakai serum dua (2) kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam. 

 

Biasanya den pakai serum waktu siang lepas mandi masa bersiap-siap hendak pergi kerja atau berjimba tu.

Kalau duduk rumah tidak ke mana pakai juga serum sebelum tengok cerita Korea ye hehehehe.


Malam memang pakai sebelum tidur la lepas gosok gigi dan basuh muka.

Biasanya den pakai sebelum 20 - 30 minit sebelum tidur.

Menurut pakar penjagaan kulit, seeloknya pakai serum sebelum pakai moisturizer dan selepas pakai toner.

Kadang-kadang den tidak pakai toner pun sebab terlupa huhuhuhuhu.

 

Sapu rata serum pada kulit muka.

Serum ni sebenarnya tidak sampai tiga minit pun hendak pakai. Selesai.

 

Baru-baru ni den berkesempatan mencuba NUViT Quintuple Hyaluronic Acid Serum.

Comel je botol 20 ml nya.  


Apa yang awesome tentang NUViT Quintuple Hyaluronic Acid Serum ni:
 

☘️membantu menyegarkan dan melembapkan kulit den yang kering dan penat;

☘️ membuatkan kulit muka den berseri;

☘️ mudah dan cepat menyerap dalam kulit - pantas la den nak dapat kulit halus mulus macam JLo ye; dan  

☘️mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid berbeza molekul. 

Untuk maklumat lanjut tentang serum ini, boleh layari: 

Website: http://www.nuvit.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/nuvitmy

Instagram: https://www.instagram.com/nuvitmy

Moh kita cuba serum ni ye.


 

 

2 Comments

  1. Dulu kita tak berapa peduli nak pakai serum.
    Apabila umur dan bersiri-siri, barulah sibuk nak calit serum kat muka ... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sama la kita. Baru nak cuba-cuba pakai ni

      Delete