KLCG Confectionery & Bakery @Dataran - Kuala Lumpur City Gallery The Arch - Dataran Merdeka (I Love DBKL Landmark - Victoria Fountain) - Pejabat Tourism di Bangunan Sultan Abdul Samad - Perpustakaan Kuala Lumpur - Sustainable Development Goal (SDG) Centre Kuala Lumpur - Ikan Bakar Jalan Bellamy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuala Lumpur ni kalau tidak dibelenggu dengan isu banjir kilat dan kesesakan trafik di sana sini serta kesukaran mendapatkan parking sebenarnya merupakan suatu tempat yang memang sangat awesome.

 

Macam-macam ada di Kuala Lumpur ni.

Kita boleh buat heritage trail, banyak tinggalan sejarah.

Memang tidak akan sempat hendak meneroka mercu tanda macam KLCC, Menara KL, dll, dalam masa satu hari.

Muzium yang unik-unik pun banyak.

Riadah dan berehat di kawasan hijau.

Banyak pilihan hotel-hotel butik dengan harga mampu milik.

Instagrammable spots pun banyak sangat di sini.

Tempat membeli-belah lejen pun di sini.

Banyak lagi tempat awesome di Kuala Lumpur ni.

 

Jangan cerita pasal tempat makan ye sebab memang banyak sangat.

Kedai makan yang lejen.

Kedai makan viral.

Restoran dengan panorama indah.

Cafe hipster.

Ada kedai makan harga kayangan.

Ada kedai makan harga rakyat marhaein.

Semuanya ada di Kuala Lumpur ni.

 

Bulan Oktober lepas, den dan seorang konco melepak di kawasan sekitar Dataran Merdeka dari 8.30 pagi hingga 3.00 petang.
Itu pun tidak sempat menjelajah semua tempat menarik di sekitar sini.

Ini baru kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Belum lagi meneroka kawasan lain.

Serious sebenarnya Kuala Lumpur awesome ye.

Asalnya hendak makan di KLCG Confectionery & Bakery @Dataran dan pergi pinjam buku di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Berakhir dengan sakan merayap sana-sini hehehehehee.

 

Kami berdua bergerak dari Shah Alam dalam pukul 8 am ke kawasan Dataran Merdeka.

Jalan raya sekitar Dataran Merdeka ditutup setiap Sabtu & Ahad minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Makanya kami berpusing-pusing mencari parking.

Akhirnya kami parking di dalam kawasan Perpustakaan Kuala Lumpur.

 

Breakfast di KLCG Confectionery & Bakery @Dataran bermula pada 9 pagi.

Breakfast with a view

Makanan ada rasa.

Pemandangan cantik.

Tetapi harga kayangan begitu heheheheehe.

 

Sempat melawat sebentar pameran-pameran di Kuala Lumpur City Gallery The Arch.

Perlu lebih banyak masa di sini sebenarnya.

Serious banyak maklumat.

Berjalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka ala-ala menjadi pelancong begitu hehehehehe.

Siap singgah ke pejabat Tourism Malaysia.

Dapat goodies bag lagi. Yay.

Sakan mengutip peta dan tempat menarik di Malaysia yang entah bila dapat den jejak tuh ha huhuhuhuu.

Melepak di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Sempat baca sebuah coffee table book iaitu Beautiful Terengganu oleh Noraein Mansor.

Pinjam 3 buah buku di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Singgah ke bangunan Sustainable Development Goal (SDG) Centre Kuala Lumpur.

Tak sempat melawat apa sangat sebab macam tutup je walaupun dalam jadualnya buka.

Mungkin den tak cukup menyiasat gamaknya.

 

Lokasi terakhir sebelum kami berdua balik ke Shah Alam adalah menjamu selera ikan bakar di Jalan Bellamy.

Lepas makan ikan bakar, sempat makan sengkuang calit.

Lama gila kot tak makan sengkuang calit.

Den happy banget ye dengan agenda berjimbaan ke sekitar Dataran Merdeka yang dirancang oleh jiran den yang comel lote tuh.

 

Moh kita melawat Kuala Lumpur ye.

Tapi kena tengok ramalan cuaca supaya kita tidak terperangkap di dalam banjir ye.

0 Comments