Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berapa darjah Celsius cuaca dekat tempat korang? Dekat kawasan rumah den ni panas terik sungguh cuaca. Belum kira dengan habuk lagi. Memang sekejap je kulit muka akan berpeluh-peluh, melekit, berminyak dan tidak selesa.

Lagi-lagi pula untuk orang macam den yang memang banyak aktiviti di luar samada atas sebab tuntutan kerja atau peribadi iaitu sesi jalan-jalan cari makan.

Ini bukan sedang bercanda ala-ala Kuch Kuch Hota Hai tau. Ini sedang bekerja. Den sedang menyeberangi sebatang sungai Kelas I (maknanya sungai yang awesome) untuk menjejaki kerja pembinaan halangan secara haram di dalam sungai. Yang kuban-kuban aje manusia ni ye.

Macam mana kan kulit tidak berminyak kalau macam begini aktivitinya? Sudah la aktiviti di luar di kala panas terik, sakan pula tu melompat sana sini, memang la kulit muka berminyak siap pakej melekit-lekit. Tetapi konsepnya kita enjoy life to the fullest dan cuci muka kemudian ye.

Kulit Berminyak Cuci Muka Berapa Kali?

Ramai kan yang kulit mukanya cepat berminyak cuaca panas di Malaysia ni. Ini menyebabkan mereka selalu mencuci muka banyak kali sebab hendak membersihkan minyak di muka tetapi kadang-kadang apabila semakin banyak kali muka dicuci, semakin berminyak pula kulit mukanya huhuhuhu.

Korang tahu kan kulit muka kita sememangnya menghasilkan minyak semulajadi iaitu sebum melalui kelenjar minyak pada kulit muka. Apa fungsi sebum atau minyak semulajadi ni? Ianya berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan mencegah jangkitan bakteria pada kulit muka.

Kulit muka akan lebih berminyak apabila sebum dihasilkan lebih banyak daripada biasa yang boleh berpunca daripada genetik, usia yang meningkat, cuaca panas, ketidakstabilan hormon, alat solekan yang tidak sesuai, diet pemakanan yang tidak seimbang, tekanan dan tidak mencuci muka dengan betul.

Jadi berapa kali sebenarnya kita perlu mencuci muka bagi mereka yang kulitnya berminyak?

Kalau kita baca mana-mana tips pencucian muka, disarankan supaya:

1. kita mencuci muka dua (2) kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur di malam hari;

2. menggunakan pencuci muka (cleanser) yang bersesuaian. Ada juga yang menggalakkan kita menggunakan air suam; dan

3. lap muka dengan tuala lembut tanpa perlu menggosok kulit muka.

Kerja den juga melibatkan pemantauan pesisiran pantai. Jadinya memang berminyak-minyak ye muka setiap kali kena bertugas di tapak ni. Jadinya penjagaan muka yang betul sangat penting.

Muka Kering Setelah Mencuci Muka?

Ada juga di kalangan kita yang kulit mukanya terasa kering dan tegang selepas dicuci.

Jadinya memang la di dalam dilema kan berapa kali hendak cuci muka untuk dapatkan kulit muka yang segar, tidak tegang, tidak ketat dan tidak berminyak.

Kenapa muka kering selepas kita mencuci muka?

Salah satu sebabnya adalah pemilihan pencuci muka (cleanser) yang tidak sesuai.

Sebab lain yang menyebabkan kulit muka kering selepas dicuci adalah akibat peningkatan umur, kita kurang cakna tentang asas penjagaan kulit (skincare) dan cuaca panas kering.

Disebabkan den selalu bekerja di lapangan dan sentiasa berada di bawah sinaran terik mentari ni, den memang mengalami masalah kulit muka kering, tegang, melekit dan tidak selesa kerana cuaca panas dan habuk yang melekat di muka den. 

Akhir-akhir ini terjebak pula dengan aktiviti menjelajah gua macam Gua Niah ni walaupun lutut telah terpleot. Tiga jam berjalan di sini memang mengundang perlu dicuci mukanya sebab banyak sungguh debu yang melekat pada muka.

Tips Penjagaan Kulit Muka

Ada beberapa tips yang den cuba guna di dalam penjagaan kulit muka. Antaranya adalah:

1. Memakai pencuci muka (cleanser) yang sesuai 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu malam.

Jangan terlebih mencuci muka kerana ianya akan menipiskan kulit muka yang seterusnya boleh menyebabkan masalah kehilangan sebum yang diperlukan yang akhirnya menyebabkan masalah kulit muka yang lain seperti kulit muka ternyahidrat, jerawat dan sebagainya.

2. Memakai toner dan pelembap

Toner penting bagi membuang lebihan sel kulit mati selepas mencuci muka dan seimbangkan semula pH kulit muka iaitu kepada pH sedikit berasid (pH kurang 5 - 6). pH kulit muka sebegini adalah paling sesuai mengekalkan kelembapan kulit. 

Pelembap sudah tentunya membantu mengekalkan kelembapan kulit muka dan mengelakkan kulit menjadi kering di samping membantu melambatkan kedutan kulit muka.

Bila suka aktiviti luar macam ni memang kena pastikan pilih cleanser yang sesuai dan wajib pakai toner, pelembap dan sunscreen.

3. Memakai sunscreen.

Sunscreen membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang mempercepatkan kedutan, menyebabkan sunburn dan salah satu punca kanser kulit.

4. Sekali sekala bila teringat den akan pakai serum.

Walaupun untuk umur macam ni, serum tidak boleh ditinggalkan tetapi kadang-kadang memang terlupa langsung hendak dipakai huhuhuhuhu.

Serum membantu mengecilkan pori kulit muka, memudarkan parut serta memperbaiki tona kulit muka.

5. Memakai topi atau payung terutamanya bila den kerja di tapak.

6. Banyakkan minum air putih (air suam).

7. Mengamalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

8. Memakai topeng muka (mask) 3 kali seminggu.

9. Sentiasa berusaha memastikan diri tidak berada di dalam keadaan tekanan sebab dunia hari ini memang penuh pancaroba kan.

Jadinya kali ini den akan kongsikan perkara utama di dalam penjagaan kulit muka den iaitu mencuci muka menggunakan pencuci muka (cleanser) yang sesuai.

Kenapa perlu pilih pencuci muka yang sesuai?

Pemilihan pencuci muka yang sesuai adalah penting bagi membersihkan kulit muka terutamanya penyingkiran sel mati, kotoran dan minyak berlebihan, membersihkan alat solekan, mengelakkan liang pori tersumbat dan sebagainya.

Pencuci muka yang sesuai membantu mencuci secara deep clean tetapi memberi kesan lembut dan licin (soft and smooth) dan tidak mengeringkan kulit muka.

Berapa kali perlu cuci muka setiap hari?

Disarankan untuk mencuci muka 2 kali setiap hari iaitu pada sekali waktu pagi selepas bangun tidur dan sekali sebelum tidur.

Walaupun apabila den bertugas di lapangan, terasa ingin mencuci muka selepas balik dari lapangan, kena la menahan diri ye sebab tidak mahu kulit menjadi kering dan lebih nipis nanti. 

Nampak macam sedang berjimba kan? Tapi sebenarnya sedang kerja juga ni. Kerja sebagai seorang blogger.

Apa ciri pencuci muka yang sesuai?

Terlalu banyak pencuci muka yang berada di pasaran samada secara offline dan online bermula daripada harga mampu milik kepada harga kayangan tetapi yang paling penting adalah untuk kita memilih pencuci muka yang sesuai agar kulit muka kita sihat, segar dan lembap.

Jadinya den kongsikan apa yang dikatakan sebagai Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai.

1. Kenalpasti jenis kulit muka

Kita perlu mengenalpasti jenis kulit muka kita samada normal, kering, berminyak atau sensitif kerana setiap jenis kulit memerlukan pencuci muka yang berbeza.

2. Tidak mengandungi bahan kimia dan pewangi yang berbahaya

Pencuci muka yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti paraben, formaldehyde dan sebagainya termasuk pewangi sintetik akan merosakkan kesihatan kulit muka samada menipiskan kulit muka, memberi tindakbalas alergik dan merengsakan kulit muka.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser adalah pencuci muka yang bebas daripada paraben, sulfat, alkohol dan bahan kimia berbahaya yang lain.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser dirumus khas daripada bahan semulajadi menggunakan ekstrak 11 tumbuhan seperti:


3. Tidak mengeringkan kulit muka

Ini den dah cerita di awal tadi yang mana pencuci muka yang mengeringkan kulit muka akan menyebabkan penghasilan sebum yang melebihi keperluan dan akhirnya menyebabkan kulit muka menjadi lebih berminyak.

4. Mempunyai pH yang seimbang atau sesuai kulit muka

Penting ye untuk memilih pencuci muka yang menyeimbangkan pH kulit muka bagi mengekalkan kelembapan kulit muka.

5. Menyingkirkan sel mati dan membuang kotoran kulit muka

Pendedahan kepada cuaca panas lembap di Malaysia ini sememangnya akan menyebabkan habuk, debu dan kotoran melekat pada muka.

Jadinya kita perlu pilih pencuci muka yang berupaya menyingkirkan sel mati dan membuang kotoran kulit muka agar kulit muka kita bersih dan segar.

6. Mempunyai fungsi deep cleansing

Sila pilih pencuci muka yang boleh membersihkan kulit muka hingga liang pori atau deep cleansing. Ini penting ye bagi mengelakkan liang pori kulit muka tersumbat terutamanya bagi mereka yang selalu kerja luar atau membuat aktiviti luar macam den, mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mereka yang selalu memakai alat solekan.

7. Memberikan kelembapan kepada kulit muka

Di samping kerja luar, den juga bekerja di dalam pejabat yang dilengkapi pendingin hawa. Bila di rumah juga den kadang-kadang memasang pendingin hawa sebab cuaca yang panas. Pendingin hawa sememangnya telah dikenalpasti sebagai salah satu punca yang boleh mengeringkan kulit.

Jadinya den akan memastikan den pilih pencuci muka yang akan melembapkan kulit muka. Penting ye kulit muka yang segar dan lembap sebab ianya akan mempengaruhi semangat den untuk membuat aktiviti pada hari tersebut.

Kenapa den pilih pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee?


Den mempunyai kombinasi kulit muka yang kering dan berminyak di mana kawasan T-zone pada kulit muka iaitu dahi dan hidung berminyak. Kawasan pipi memang kering.

Jadinya den memilih ALOE AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee kerana di samping ianya mempunyai 7 ciri pencuci muka yang sesuai seperti di atas, ianya mempunyai tekstur buihnya yang lembut, lembap dan berair

Masa den mencuci muka, terasa lembut dan licin je tetapi ianya membantu mencuci secara deep clean yang membersihkan kulit den mengelakkan liang pori kulit muka tersumbat. Walaupun den tergolong di dalam kalangan mereka yang tidak memakai alat solekan tetapi den terlibat dengan kerja luar dan selalu membuat aktiviti luar.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser mempunyai fungsi deep clean dan ini memang penting untuk den.

Penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser sebanyak 2 kali sehari memberikan den kulit muka yang tidak kering, tidak tegang, tidak ketat dan tidak berminyak.

Kulit muka den terasa bersih, segar, lembut dan lembap. Baru bersemangat hendak pergi ke tapak untuk melaksanakan tugasan harian.

Jadinya untuk memastikan kulit muka kita sentiasa bersih, segar, lembap dan tidak berminyak di dalam cuaca panas terik ni, pastikan korang memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka korang ye.

Untuk maklumat lanjut tentang ALOE AC Clean Bubble Cleanser, boleh layari:

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Twitter: https://www.twitter.com/hansaegee

Review: https://hansaegee.com/category/reviews/

Youtube page: 

https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Selamat mencuba ALOE AC Clean Bubble Cleanser bagi mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, lembap, lembut dan tidak berminyak ye.



 

0 Comments