Tomorrow ini ada vibes ala-ala Hotel De Luna, Pop Up Mystic Bar dan The Witch's Diner KDramas serta Along Walk With Gods movies.

Kalau hendak cerita yang santai, hati berbunga-bunga, cinta asyik maksyuk, hero dan heroin pandang memandang 10 minit, etc ala-ala Hometown Cha Cha Cha, Goblin dan CLOY, ini sememangnya bukan dramanya. Jauh panggang dari api.

KDrama 16 episod ini kisah realiti kehidupan rakyat marhaein yang penuh berliku, air mata, keringat, darah, penyesalan hidup, jerit perih bertahan hidup, kehilangan orang tersayang, etc yang menyebabkan ramai yang hendak membunuh diri.

Memang agak stress tengok KDrama yang satu ini. Mengundang jiwa kacau pun iya.

Setiap episod mengajak kita sama-sama menyelami the backstory kenapa seseorang boleh berputus asa sehingga hendak membunuh diri dan mengapa kita tidak boleh menjadi seseorang yang menyumbangkan kepada faktor menyebabkan orang lain hendak membunuh diri. Memang topik berat. 

Berdasarkan statistik, 25.7 orang dalam populasi 100,000 orang membunuh diri di Korea. 13,000 orang Korea membunuh diri pada 2020. Ianya dikaitkan dengan kesan peningkatan ekonomi Korea Selatan yang terlalu pesat.

Pelbagai punca seperti persaingan yang terlalu tinggi dalam pelajaran (contoh SKY Castle KDrama) dan pekerjaan (kalau tengok adegan temuduga kerja depa memang bukan untuk mereka yang berhati tisu la konsepnya), ketidakseimbangan ekonomi (contoh Parasite movie), kes buli, piawaian kecantikan (peningkatan pembedahan plastik), umur yang panjang tetapi tidak sihat dan ada masalah ekonomi (purata hayat mereka dalam 83 tahun) dan lain-lain yang akhirnya membawa kepada isu kesihatan mental dan kadang kala boleh berakhir dengan membunuh diri.

Tomorrow membawa kisah 3 orang Grim Reaper (GR) yang bertugas dalam unit yang baru ditubuhkan, Unit Pengurusan Krisis (UPK) di Jumadeung bagi meminimakan kes bunuh diri. Skop kerja utama adalah berusaha untuk memastikan orang yang hendak membunuh diri membatalkan hasrat tersebut dan berusaha untuk meneruskan kehidupan tidak kira sesukar mana pun.

Penubuhan unit ni ditentang hebat oleh unit-unit lain terutamanya Unit Pengiring Roh (UPR) sebab bagi unit-unit lain, mereka yang membunuh diri ini tidak menghargai nilai nyawa sendiri dan tidak wajar diselamatkan.

Koo Ryeon - pengurus UPK umur 420 tahun yang dressing macam rock star. Mantap betul eyeshadow dan rambut pink dia. Nampak macam tidak berperasaan tapi sebenarnya insan yang tersakiti. Selalu je melanggar kod etika GR dalam hendak menyelamatkan orang yang hendak membunuh diri. Hebat berlawan. Asalnya daripada UPR tapi ditugaskan untuk mengetuai UPK.

Lim Ryung-gu - orang kanan Ryeon. Selalu ingatkan Ryeon supaya buat tugasan ikut SOP. Hebat berlawan. Suka bergaduh dengan Jun-woong. Seorang lagi insan tersakiti. Suka korek hidung😅

Chooi Jun-woong - ahli termuda dalam UPK yang sedang koma dalam alam realiti. Terpaksa bekerja sebagai GR kontrak dengan janji dia akan sedar daripada koma dalam tempoh 6 bulan. Sebelum koma, dia ni cari kerja bertahun-tahun tidak berjaya. Mamat nih bertindak ikut suka hati dia dan selalu peningkan kepala ahli pasukan. Sibuk masuk campur urusan manusia pun walaupun GR tidak dibenarkan berbuat begini.

Park Joong-gil - GR yang tegas nak mati. Ketua UPR dan pernah bekerja dengan Ryeon selama 200 tahun. Selalu tidak sependapat dengan pasukan UPK lagi-lagi Ryeon. Dia muncul sekupang dua setiap episod tetapi setiap kali dia muncul, he sort of steal the scene with his brooding look and charisma. Berlawan pakai suit molek. Bergasak pakai hanbok pun elok. Memang terpana sebentar bila tengok dia berlawan pedang masa era Joseon. Mantap sangat. Totally swoonworthy.

Memang setiap episod kelam, suram dan muram tetapi diselitkan juga adegan-adegan yang buat kita tersenyum macam setiap GR ni ada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi ianya berbeza dengan LNPT gomen (ketua je bagi markah anak buah). LNPT GR ni setiap orang dalam pasukan kena bagi markah kepada semua ahli pasukan termasuk bos. Siap ada GR yang bodek boss hendak dapatkan markah LNPT tinggi ye😅

Masa depa bertiga kena jadi pekerja sambilan di syarikat kosmetik pun lawak juga😅

Ada scene banduan yang sedang dalam perjalanan ke penjara dengan bas penjara cakap 'they take all that tax money, but look at the state of this bus'😅

Banyak pesanan tersirat berkaitan kehidupan dalam drama ni. Berdamai dengan takdir. Menerima hakikat kehidupan. Letting go and move on. Kerja keras tidak semestinya menjamin kejayaan. Membuat keputusan yang sukar tetapi benar VS membuat keputusan yang puas hati tetapi tidak tepat. Menyelamatkan penjahat walaupun secara logik akal dia sepatutnya dibunuh tetapi keadilan perlu ditegakkan mengikut lunas undang-undang. Perjalanan hidup mereka yang miskin VS kaya. Patah hati kerana ada situasi tidak mengizinkan kita masuk campur, etc.

Ditekankan juga tentang konsep kerja berpasukan. Kalau kerja berpasukan tidak boleh ikut kepala dan rasa sendiri je pesan drama ni.

Pesanan ala-ala AADK pun ada. 'Should there ever come a day when your life seems ruined, even then, do anything but dont do drugs. Once you partake in it, there's no going back. You might be alive but you are dead inside'.

Setiap GR ada kisah tersendiri tentang hidup lampau mereka.

Setiap episod buat hati tidak keruan.

Kisah perniagaan yang bangkrup lalu menyebabkan si ayah ambil insurans nyawa lalu hendak bunuh diri supaya keluarga boleh guna pampasan untuk kelangsungan hidup.

Kisah pembuli dan orang yang dibuli.

Kisah boss yang elok disantaukan je kekdahnya dan macam-macam lagi. 

Dalam semua episod, ada 2 episod yang buat den sedih gila.

Episod 6 - Seorang bekas askar Perang Korea yang berumur 91 tahun yang hidup merana selepas perang berakhir - trauma perang (comrade meninggal dunia, cedera parah, etc), mak meninggal masa dia berperang, tidak dapat sambung belajar dan kerja sebab kesan fizikal dan mental akibat terlibat secara langsung dalam peperangan, hidup keseorangan, etc.

Bila GR bawa dia tengok pembangunan Seoul sekarang dan bagitau rakyat Korea tidak akan membangun dan berjaya seperti sekarang tanpa jasa bakti semua yang berjuang mempertahankan Negara pada Perang Korea tersebut, baru dia sedar keputusan dia buat secara sukarela menjadi askar pada masa lepas berbaloi.

Masa dia meninggal dunia, semua GR daripada UPR turun menyambut roh dia untuk diiringi ke alam seterusnya. Tidak dihargai semasa hayat hidupnya tetapi sebenarnya banyak berjasa.

Episod 8 - Anjing yang sakit tenat lari dari rumah sebab tak nak tuan dia bersedih kalau dia mati depan tuan dia. Pandai ye anjing tuh berlakon. Sumpah kalah pelakon-pelakon kayu kita😅

Patut panjang lagi siri ni untuk memfokuskan pasal politik pejabat di Jumadeung. Macam best je kalau diperluaskan lagi jalan ceritanya.

Den akhiri review KDrama ini dengan quote daripada the handsome and aloof Park Joong-gil

Spesies KDrama yang membuatkan den cakap tengok 1 episod je lagi lepas tuh nak tidur. Alih-alih di luar sedar ter binge watch lalu mata rabak dan kepala weng😅

5/5. 

Mungkin akan ulang tengok lagi-lagi scenes yang ada GR Park Joong-gil😅 Sila bagi Lee Soo-hyuk a lead character dalam KDrama akan datang please😅

2 Comments

  1. Yeah puas hati saya baca review sis. Memang kita samalah. Park Jung Gil seen tak banyak pun tapi setiap kali dia keluar lah setiap kali tu tak keruan dibuatnyaa hahaahzha. Harap ada season 2 lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca review kita. Semoga ada Season 2 dengan harapan watak Park Jung Gil diberi lebih banyak screen time

      Delete