Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, produk berasaskan buah tin semakin mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Lagi-lagi kalau buah tin tersebut, segar, organik serta mempunyai kualiti premium.

Kami memang teruja mendengar perkongsian pengusaha tanaman buah tin melalui jenama Profigs Jengka yang mula dibangunkan pada 2019.

Menurut beliau, permintaan terlalu tinggi untuk produk buah tin sampai tidak berpeluang hendak dipasarkan di luar Jengka setakat ini. Hebat kan orang Jengka?

Kebun Buah Tin Profigs Jengka yang dibuat di sebelah rumah pengusaha walaupun agak comel tetapi telah menanam pelbagai jenis pokok buah tin dan dikunjungi oleh ramai orang yang hendak membeli produk pokok buah tin.

Pada permulaan penanaman pokok buah tin, daripada 2,000 anak pokok yang ditanam hanya 100 lebih pokok buah tin yang hidup.

Projek tanaman pokok buah tin ini mendapat sokongan dan dana daripada Kerajaan Pahang dan FELDA.

Perkhidmatan Yang Disediakan oleh Profigs Jengka

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Profigs Jengka termasuklah:

Menjual buah tin segar.

Menjual anak pokok buah tin.

Memberikan khidmat nasihat penanaman pokok buah tin.

Membina rumah perlindungan hujan.

Menjual peralatan pertanian, tanah campuran dan baja.

Selain daripada menjual produk anak pokok buah tin dan buah tin, Profigs Jengka juga menyediakan produk berasaskan pokok tin iaitu jem buah tin dan teh dari daun pokok tin.

Jem buah tin mempunyai rasa yang masam manis okay juga dimakan dengan roti.

Teh daun buah tin agak sedikit pahit untuk tekak den tetapi tetap juga sedap untuk diminum.

Jadinya bagi mereka yang berminat hendak belajar tentang penanaman pokok buah tin atau berminat hendak berkolaborasi tentang perniagaan atau pasaran pokok buah tin, boleh hubungi Profigs Jengka di:

Facebook: https://www.facebook.com/Profigs-Jengka-103331204686443/ 

Instagram: https://www.instagram.com/profigs 

Tik Tok: https://www.tiktok.com/profigsjengka

   Telefon: 013-9647676

0 Comments