Alhamdulillah diberikan rezeki oleh Allah untuk melalui tahun 2020 ini walaupun ianya merupakan tahun yang menggetirkan untuk semua. 

Pengajaran dan peringatan yang paling utama di tahun 2020 adalah kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Period.

Siapa sangka siapa menduga akronim yang mewarnai kehidupan kita pada tahun 2020 bukanlah KUL - PNG atau BKI - LGK tetapi adalah PKP, PKPB, PKPP dan PKPD. Sehingga saat entry ini ditulis, Malaysia masih lagi dibelenggu dengan akronim-akronim ini.

Sebagaimana pepatah “every cloud has its silver lining but it is sometimes a little difficult to get it to the mint”, makanya den akan membuat imbasan kembali tahun 2020 yang sudah pasti diwarnai dengan graf naik turun sebab itu adalah kehidupan kita di dunia ini. Imbas kembali ini adalah untuk kenangan den dan juga sebagai reminder for me to always look into the beauty within all the chaos that happened in my life.

Ada imbas kembali yang memerlukan satu entry yang tersendiri kerana ada banyak perkara hendak dicoretkan dan gambar yang hendak diabadikan.

Kesihatan - Alhamdulillah kami seisi keluarga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun kecuali sekali sekala demam, batuk dan selesema menjengah. Walaupun den menjangkakan paras kolesterol den samada tidak berubah atau semakin mengerikan tetapi tahun ini den tetap happy semuanya sihat walafiat sepanjang tahun.

Kerja - Tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar bagi kes-kes pencemaran sumber air sebab kekerapan loji rawatan air yang terpaksa ditutup akibat pencemaran sumber air oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mengakibatkan bekalan air terawat terputus. Memang jadi aktiviti bulanan. Rasanya tahun 2020 ini den turun site dengan jayanya.

The silver lining? Baru den tahu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai beberapa klausa di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) berkaitan dengan pencemaran sumber air.

Setelah 19 tahun 6 bulan bekerja, tahun 2020 membuatkan den rasa berlapang dada dengan banyak perkara yang berlaku di pejabat. Terasa macam it’s not so bad, I can go through this. Mungkin sebab umur makin meningkat barangkali tetapi sesi umpatan bersama konco-konco tetap diteruskan seperti biasa sebab itu adalah terapi minda hehehhhehehehe.

Gaya hidup sihat - Ini antara the lower point dalam hidup den sepanjang tahun 2020 ini. Tidak dapat berzumba dengan jayanya kerana Covid19. Hendak berzumba sendiri macam tiada feel pula kan? Galak sungguh beralasan ye. Percubaan eat clean yang langsung ke laut dalam. Gamaknya rolled oat yang dibeli pun telah penuh berkutu huhuhuhuhuhu.

Baking - walaupun terpleot di sana sini tetapi tahun ini den berjaya baking sekupang dua. Den berjaya baking fancy sugar cookies dan tart nenas bentuk buah-buahan.

Trying to write - den mencuba untuk menulis atau lebih tepat menggoreng maklumat berkaitan institusi dan perundangan yang berkaitan dengan pengurusan sumber air. Sudahnya muntah berdarah hendak menyiapkan penulisan tersebut. Lagi pernah berangan suatu ketika dulu hendak sambung PhD muhahahahaha. Kesimpulannya adalah hendak menulis blog pun asyik ada writer’s block syndrome lagi kan pula hendak menulis perkara ilmiah, memang bukan my cup of tea.

Membaca - ini adalah perkara yang paling mengerikan dan menyedihkan bagi tahun 2020 sebab den tidak mencapai target hendak membaca buku. Serious agak patah hati di sini. Tidak pasti kenapa tidak membaca dengan jayanya padahal ada banyak sangat masa terluang semasa PKP Mac - Jun 2020. Salah satu sebabnya adalah den terjebak kembali dengan Korean Drama setelah berapa tahun ditinggalkan. Drama bersiri seumpama ini kalau tersangkut memang agak susah hendak kembali ke pangkal jalan hehehehehheehehe.

Blogging - ini agak ke laut dalam juga sebenarnya tidak pasti kenapa kerajinan untuk bercerita semakin malap sedangkan ada banyak perkara yang den berangan hendak coretkan di blog ini. Haish.

2020 adalah tahun yang mengajar den untuk lebih bersyukur dan trying my best to be present.

I wrapped up the last day of 2020 by spending time with people who help me navigated 2020 more beautifully.

Thank you 2020 for the lessons, experiences and memories.

0 Comments