Dah habis selesaikan blogpost wajib baru la boleh cerita hal-hal lain yang bersangkut paut dengan program bersempena dengan Batam Bahari Festival 2019, 1 - 4 November 2019, Wonderful Sail To Abang Islands Kepri Coral Batam - Indonesia 2019, anjuran dan tajaan dan kolaborasi Batam Tourism Promotion Board dan Kepri Coral yang disokong oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Batam.

Rombongan media seramai 35 orang daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura tiba di Batam Center Point International Ferry Terminal pada 1 November lebih kurang pada 1.30 petang bagi program sehingga 3 November.

Bagi beberapa orang wakil media termasuk den, kami menaiki feri Dolphin dari Puteri Harbour Jetty Johor Bharu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Batam Center Point International Ferry Terminal. 
Cantik view di Puteri Harbour Jetty JB ni
Feri Dolphin yang kitaorang naik ni boleh menampung kapasiti 148 penumpang + 20 tempat untuk VIP sangat okay dengan ruang tempat duduk yang sangat selesa, mempunyai pendingin hawa dan menayangkan movies menarik membuatkan perjalanan 2 jam agak kurang terasa. 
Dengan blogger www.keunggulanwanita.com

Ada jualan makanan ringan macam maggi, kerepek, keropok dan minuman dalam feri ini.
Tapi den tak sempat nak terasa bosan sebab den terus tertidur sebaik saja duduk dalam feri ni hehehheehe. Terjaga betul-betul bila feri merapat di Batam Center Point International Ferry Terminal.
Wakil Batam Tourism Promotion Board, Pak Martin menyambut kami di Batam Center Point International Ferry Terminal sebelum kami dibawa menaiki bas selama 1 jam 40 minit ke KPT Terminal bagi menaiki feri untuk ke Kepri Coral Island.
Pak Martin
Dalam bas, den melayari mimpi indah lagi tidur sakan dengan jayanya hehehehehe.
Seterusnya perjalanan via feri ke Kepri Coral Island tidak lama mana dalam 40 minit, tak sempat nak tertidur hehehehehe. En Edi Sutrisno, Pengarah Eksekutif Batam Tourism and Promotion Board memberikan kata-kata aluan dan taklimat ringkas program selama 2 hari 2 malam.
Pak Edi memberikan taklimat ringkas
Feri berhenti di Kepri Coral Floating Terminal di mana kami dihidangkan dengan minuman teh + halia + serai. 
Terasa macam di spa pula minum air herba macam ni
Kami seterusnya menaiki bot kecil untuk menyampaikan ke Kepri Coral Island. Perjalanan tidak sampai 5 minit.
Sepanjang perjalanan via ferry dari Puteri Harbour Johor Bharu - Batam Center Point International Ferry Terminal - KPT Terminal - Kepri Coral Island adalah perjalanan yang sangat nyaman kerana tidak sekali pun melibatkan sesi meranduk air laut untuk naik feri hehehehhehe. Cumanya waktu nak menunggu waktu feri tiba mengambil masa sedikit.

Lepas check in dan mandi, terus dinner.

Penerangan ringkas tentang Kepri Coral Resort oleh En Edi, General Manager bagi resort tersebut sebelum program pada hari pertama ditamatkan dengan pengenalan kepada zumba dan salzation.
Antara wakil media yang terlibat dengan program ini
Kesimpulan Perjalanan JB - Kepri Coral Island

1. Puteri Harbour Jetty JB via Dolphin ferry to Batam Center Point International Ferry Terminal - 2 jam

2. Batam Center Point International Ferry Terminal  - Terminal KPC via bus - 1 jam 30 minit

3.  Terminal KPC - Kepri Coral Floating Terminal via ferry 40 minit

4. Kepri Coral Floating Terminal - Coral Kepri Island/Resort via bot 5 minit

2 Comments

  1. Tahniah! Anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie. Untuk keterangan lanjut sila layari
    http://www.zukidin.com/2019/11/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html.
    Terima kasih....

    ReplyDelete