Den merupakan antara mystery shopper yang terpilih untuk menerima biskut daripada Global Premium Cookies untuk den rasa dan bagi komen tentang cara pembelian biskut secara online di website mereka serta rasa semua biskut yang diberi.
Disebabkan kami sekeluarga terutamanya anak-anak den memang merupakan peminat biskut tegar (setiap bulan mesti akan shopping biskut), makanya pucuk dicita ulam mendatang bila dapat peluang jadi mystery shopper ni.

Langkah-langkah untuk membeli biskut di website www.gprfoodonline.com mudah sangat.

1. Daftar akaun.

2. Pilih set biskut yang kita nak. Sekarang masa promosi ada 5 set biskut (RM20, RM30, RM40, RM50 dan RM60).

3. Masukkan dalam shopping cart.

4. Check out untuk buat pembayaran.

5. Pilih jenis courier penghantaran (Pos Laju, SkyNet, etc).

6. Kalau ada voucher diskaun boleh masukkan. Kalau tak pilih mode pembayaran samada Paypal atau Kad Kredit.

Settle.

Den dapat voucher untuk set biskut RM30. Untuk keluarga 4 beranak memang dah lebih daripada cukup ni.

Harga Mampu Milik

Tak sangka set RM30 dapat 8 bungkus biskut (7 jenis biskut). Memang banyak k. Rasanya kalau beli kat kedai pun macam jarang sangat nak dapat biskut berjenis-jenis macam ni dengan harga begini. Memang berbaloi.

Rasa Biskut/Cookies

Setiap orang seleranya berbeza-beza tapi semua jenis biskut yang den dapat bagi set RM30 ni semuanya sedap-sedap.

Anak den si F memang suka makan apa-apa jenis butter cookies. Jadinya bagi dia butter cookies memang yang paling sedap. Kalau dia kata sedap tu memang biasanya sedap ye sebab anak bujang nan seorang ni adalah very picky eater.
A suka white choco oatmeal. Memang esok habis kat dia seorang je la biskut ni.

Den suka oat cookies (blackcurrent and chocolate chips).

Pembungkusan/Packaging

Den terima cookies ni dalam keadaan yang baik dalam kotak yang utuh.
Packaging yang paling awesome adalah untuk 4 jenis cookies iaitu white choco oatmeal, oat cookies, coconut cookies dan milk shorties original flavour sebab dipeketkan secara individu. Senang nak bawa ke hulu ke hilir. Tak payah pikir nak letak dalam bekas kedap udara ke apa. Den memang suka perkara ringkas macam ni.
British Butter Cookies dalam bekas tin memang okay sangat. Esok-esok dah habis makan biskut ni, kita boleh guna bekasnya untuk simpan set menjahit atau jadikan tabung kan.
Penghantaran

Cepat. Den terima biskut den dalam masa 2 hari bekerja. Terbaik.

Den share kat sini video anak-anak den unboxing the cookies k. Suara latar masa F tengah perkenalkan cookies yang diterima adalah suara si A tengah main dinosaurs heheheheehe https://youtu.be/ZFyI5268YDQ

So kepada semua yang cuba biskut daripada Global Premium Cookies pada harga promosi boleh buat pembelian di laman sesawang mereka ye https://www.gprfoodonline.com

0 Comments