Tergerak hati nak ke sini masa siasat tempat menarik yang tak beberapa jauh dari Thamrin Residence untuk dilawat sempena sesi berjimbaan ke Jakarta nih sebab nak tengok Istana Anak-Anak sebab macam very the fairytale camtuh.

Biasa la sebagai peminat cerita Disney masa kecil-kecil dulu memang la akan ada perasaan teringin nak pergi tengok castle. 

Dari Mangga Dua Mall ke TTMI nih mengambil masa hampir 1 jam. Kitaorang bayar Grab Rp 70K @ RM 23 untuk perjalanan sejauh 45 km.

Tike masuk ke TTMI nih adalah Rp 10 K je seorang.
Tertarik dengan papan tanda nih sebab ada maklumat kera dilarang dibawa masuk ke sini. Mungkin kat indonesia nih kera dikategorikan sebagai haiwan peliharaan gamaknya ye

Ada pelbagai tempat menarik di dalam TTMI yang berkeluasan 155 ekar nih. Ianya dibahagikan kepada beberapa tema iaitu Museum, Rumah Adat, Water Park, Taman Burung, pelbagai taman, air terjun, kereta kabel, keretapi, pulau di tasik yang membentuk peta Indonesia, etc. Memang macam-macam ada kat sini ye. Ada persembahan bagai.
Banyak tempat menarik kat sini. 1 hari suntuk belum tentu selesai menyinggah kat semua tempat.

Setiap tempat menarik di dalam TTMI ni dikenakan tiket masuk yang berasingan.

Untuk bergerak di dalam kawasan yang sangat luas nih, kita boleh bawa masuk kenderaan sendiri (kereta atau sapeda motor. Ada tiket lain yang dikenakan) atau sewa basikal (ada yang boleh naik 2 orang dan 3 orang) atau sewa motor (Rp 70K untuk 2 jam) atau sewa kereta atau naik bas atau tram yang berhenti di hampir setiap lokasi (tiket Rp 10K seorang di mana tiket boleh diguna untuk 2 kali naik dan turun). Atau untuk lebih adventure boleh je berjalan kaki tapi memang akan terpleot la sebab kawasan dia luas sangat.

Mula-mula kitaorang makan tengahari dulu di CFC (macam KFC) sebab dah kelaparan sangat. Singgah toilet sekali. Rp 2,000 sekali masuk. Toilet yang bersih.

Lepas tuh terus naik kereta kabel. Harga tiket bagi seorang adalah Rp 50K atau RM 16. Perjalanan satu pusingan kereta kabel nih mengambil masa lebih kurang 15 minit. Walaupun kawasan kereta kabel nih tidak setinggi kawasan kereta kabel di Langkawi tetapi disebabkan spesies gayat, tetap la juga ada perasaan berdebar-debar camtuh.

Den rasa kereta kabel nih wajib naik bagi first timer macam kitaorang sebab kita boleh nampak pemandangan dari atas bagi kawasan yang dilalui oleh jaringan kereta kabel nih. Kita boleh merancang nak pergi mana dan mengagak jarak perjalanan tempat yang kita berangan nak pergi tuh. Masa naik kereta kabel nih baru la tau jarak dari stesen kereta kabel dengan Istana Anak-Anak yang kitaorang nak pergi tuh memang jauh kot.
Pulau-pulau nih membentuk peta Indonesia katanya
Istana Anak-Anak yang menyebabkan kitaorang datang ke sini dari pandangan atas
Kapal terbang Indonesia yang pertama

Turun je dari kereta kabel nih kitaorang terus je pergi ke tempat hentian untuk tunggu bas atau tram bagi ke Istana Anak-Anak. Kitaorang memang tak pergi tempat lain walaupun nampak menarik sebab dah tak larat (sebab bawa barangan hasil tangkapan di Tanah Abang dan Mangga Dua) + mengejar masa (tak nak gerak dari sini petang sangat sebab nak cari tempat urut badan).

Den sharekan gambar-gambar tempat-tempat menarik yang diambil dari bas dan tram ye. Entry untuk Istana Anak-Anak den letak satu entry khas sebab banyak gambar hehehehehe.
Library
Replika Tugu Monas

Tempat nih memang sesuai untuk keluarga bersantai. Perlu satu hari untuk habis ronda di semua tempat. Tempat yang sangat menarik.

Kalau den terdatang Jakarta nih bersama buong dan kiddos, in sya Allah den akan bawa mereka ke sini.

2 Comments

  1. Kakak pergi ya dah lama berarti yaa, sebab skr masuk ke TMII tidak boleh pakai kendaraan mobil atau motor. Semuanya wajib pakai kendaraan listrik yg sudah disediakan di dalam. Ada yg gratis, ada yg berbayar. Yg gratis ofkors antrian panjang.

    Boleh juga kalau nak naik rollerskate sendiri.. sekalian olahraga.

    Kera itu monyet kak. Bahasa lainnya yg kami pakai 😄. Memang tak bisa bawa hewan peliharaan ke dalam.

    Saya belasan tahun di JKT, sampai skr tak pernah injak kaki ke TMII. Padahal tempat ini tak jauh dr rumah saya hahahaha

    Kalau naik cable car itu, memang akan kliatan peta Indonesia di danau buatan, lalu rumah tradisional dari semua propinsi di Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya....saya ke sini tahun 2017 kalau tidak silap. Udah lama sekali. Udah banyak yang berubah ya. Kadang-kadang tempat yang dekat dengan kita yang kita belum sampai kan? Tempat yang lebih jauh kita jejak dulu begitu ye

      Delete