Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kedai Projek Buku B5 Johor Street Market - Stadium JDT - Asam Pedas Tepian Sungai - Kulai Mural Street - Kluang Container - Kluang Western Cafe

In sya Allah den cuba habiskan cerita jalan-jalan cari makan bersama konco-konco ke Johor Bharu - Muar - Kluang pada hujung September 2020 pada bulan ini ye.

Hari ketiga sesi berjimbaan dimulakan dengan makan breakfast sedap di Anjung Selera Larkin yang kitaorang terjumpa masa dalam perjalanan hendak ke Kedai Projek Buku. Memang rambang mata tengok banyak kuih tradisional di sini. Memang temanya makan sampai segah perut gitu.

B5 Johor Street Market, Johor Bharu

Destinasi pertama selepas sarapan pagi adalah jalan-jalan cari buku dan makan di B5 Johor Street Market, Johor Bharu. Lama juga kitaorang membelek buku di Kedai Projek Buku sebelum melepak di kawasan lapang di sini. Ada banyak kedai dan café di sini sebenarnya. Sempat tapau Cendol Kampung Hulu dan makan sambil main ting-ting di sini hehehhehehe. 

Stadium JDT

Agenda diteruskan dengan mengambil gambar di hadapan Stadium JDT. Ini hasrat Kak Noris siap dipaksanya den dan Tiqah beli jersey JDT semata-mata hendak bergambar di sini hehehehehehe.

Asam Pedas Tepian Sungai

Lepas bersungguh-sungguh bergambar di depan Stadium JDT, kami makan tengahari di kedai yang kami terjumpa di tepi jalan semasa dalam perjalanan ke Kluang.

Kulai Mural Street

Alih-alih disebabkan chief untuk sesi berjimbaan ini iaitu Kak Noris tertidur, makanya den dan Tiqah telah membawa perjalanan kami ke Kulai padahal kami hendak ke Kluang. Kulai tidak termasuk pun dalam agenda sebenarnya hehehhehehee.

Udah tersampai ke Kulai, makanya kami singgah la bergambar dengan mural yang ada di sini.

Kluang Container

Akhirnya dalam pukul 5 petang kami check in di Kluang Container yang merupakan penginapan pilihan den. Memang agak mahal sedikit daripada hotel biasa tapi berbaloi.

Ada drama sekejap di sini sebab den tertinggal MyKad masa check in. Mujur amoi di kaunter telefon den, memang tidak teringat langsung pasal MyKad yang dtinggalkan sebab udah kepenatan dan excited hendak menginap di sini.

Kluang Western Cafe

Sebenarnya kitaorang rancang hendak tengok wayang tapi panggung yang terdekat adalah di Johor Bharu atau Melaka, makanya kita batalkan je hasrat ini.

Selepas sakan berendam di swimming pool dengan jayanya, kitaorang makan malam di Kluang Western Café, kitaorang melepak bergosipan di kedai mamak sementara menunggu laundry siap (kedai dobi terletak bersebelahan kedai mamak).

Tamat sudah hari ketiga sesi berjimbaan kami bertiga.

2 Comments

  1. Lama dh tak jalan2 johor. Rindunyaaa nk makan masakan sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah hampir 2 tahun ramai yang terbelenggu di rumah akibat Covid19 kan? Semoga ada rezeki kita semua untuk berjalan-jalan selepas dah boleh merentas negeri ni

      Delete