Kalau datang ke Indonesia tapi tidak berurut macam tak lengkap sesi berjimbaan ke Indonesia bagi den.

Jadinya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang apabila mendapat peluang untuk memanjakan diri di ESKA Wellness Massage & Spa Salon, Harbour Bay yang merupakan cawangan ke 10 ESKA di Batam ini.
ESKA Wellness Massage & Spa Salon, Harbour Bay merupakan one stop centre bagi rawatan dan terapi diri dari hujung rambut ke hujung kaki yang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada urutan badan, urutan kaki, refleksologi, salon rambut, rawatan muka, rawatan kuku, pelangsingan badan dan sebagainya.

Ketibaan kami disambut mesra oleh Madam Susan Lim yang merupakan Pengurus Besar kepada ESKA Group.
Kami terpaku melihat keindahan dan kemewahan ESKA Wellness Massage & Spa Salon yang terletak di Harbour Bay ini kerana rekabentuk premis yang unik dan menyamankan. Banyak tempat yang instagrammables di sini.
Cantik sungguh tempat urutan kaki ni
Basuh rambut pun dalam sangkar istimewa
Kami dihidangkan dengan minuman teh herba campuran halia, serai, gula merah, pandan, etc yang memang sedap.
Urutan badan selama 1 jam oleh adik manis yang begitu lemah lembut memang sangat mengasyikkan. 

Kalau urutan selama 2 jam memang harus akan tertidur terus diulit mimpi hehehehheeehehehe.
Untuk sesiapa yang mencari tempat merehatkan diri selepas penat melihat keindahan Batam dan membeli belah, boleh singgah di mana-mana 11 cawangan ESKA Wellness Massage & Spa Salon untuk memanjakan diri ye.
ESKA Wellness Massage & Spa Salon terdapat di 10 tempat di Batam iaitu Harbour Bay, Ruko Nagoya Hill, Nagoya Hill Ruko Mall, Mega Mall Batam Centre, Eska Hotel Kepri Mall, Baloi Kusuma Indah, Best Western Premier Hotel, Kompleks Pertokoan Top 100, Grand Eska Hotel & Suites serta 1 cawangan di Ruko Garden Shop Arcade (Jakarta Barat). 

Untuk maklumat lanjut tentang ESKA Wellness Massage & Spa Salon, boleh layari:




2 Comments

  1. Replies
    1. memang cantik. Terima kasih follow. Tak jumpa pula butang follow kat blog dia

      Delete