Optimistic October

Alhamdulillah kita berjaya bertemu Oktober, the third last month in the calendar year.

So apa perancangan korang untuk bulan Oktober ni?

Selain daripada kerja macam biasa selagi mana hasrat nak merealisasikan #roadtoearlyretirement tuh masih kelabu asap, ada banyak juga perkara yang in sya Allah dirancang bagi Oktober ni.

In sya Allah den akan mulakan awal Oktober ni dengan outstation. Of course dah alang-alang outstation tuh kalau tersempat nak jalan jalan cari makan.

Kalau takde aral melintang den akan pergi ke satu kelas baking.

Lepas tuh in sya Allah ada 1 blogger event yang dah confirm mid October.

Checklist yang dibawa dari satu bulan ke satu bulan yang seterusnya yang masih tak selesai adalah:

1. ganti puasa yang masih berbaki 2 hari lagi;

2. puasa Isnin dan Khamis;

3. mula eat clean yang selama ni telah kecundang di tengah jalan…adoi la;

4. baca at least 4 buah buku;

5. looking forward to zumba setelah sekian lama dilupakan; dan

6. cerita tentang trip berjimbaan ke Koh Lipe pada Mac lepas. Ya Allah….tak tau la ingat apa lagi tak pasal trip ni sebab dah lama gila kot. Haish.

Oktober ada banyak most anticipated movies macam Joker (Joaquin Phoenix), Gemini Man (Will Smith), Terminator Dark Fate (Arnold) dan Maleficent Mistress of Evil (Angelina Jolie) yang masuk pawagam. Kalau korang perasan lead character dalam keempat-empat movies ni adalah orang lama. Otai tetap berbisa kan. Otai nih aura dia lain macam. BBNU memang tak dapat menghayati watak-watak camni ha. Tak tau ada kesempatan tak nak tengok mana-mana movie ni kat panggung nanti.

Den doakan bulan Oktober yang bermanfaat dan produktif untuk semua k. Entah kenapa tiba-tiba ending dah macam ayat dalam ceramah gomen plak ye hehehehheheehe.

Moh kita have an Optimistic October.

No comments:

Powered by Blogger.