Aktiviti Keluarga Mengecat Cement and Texture Paint

16:59
Semasa bengkel Cement and Texture Paint Worksyop oleh Mr Paint Shop Malaysia dan Suzuka Malaysia pada 14 September lepas, setiap peserta membawa balik cenderahati 1 set cat cement texture (1 premier, 1 texture dan 1 top coat) dan 1 voucher RM50 daripada Mr Paint Shop Malaysia.
Watak utama bagi aktiviti mengecat
Alat yang diperlukan untuk aktiviti ni tapi terlupa masukkan span pula dalam gambar ni
Alang kepalang mendapat 1 set cat free dan ada pertandingan anjuran Mr Paint Shop Malaysia kepada semua peserta bengkel, makanya den membuat kerahan tenaga ke atas 3 orang superheroes yang ada di rumah tuh bagi mengecat satu bahagian dinding di dalam bilik kecil di apartment kami.

Sebelum operasi mengecat, kami tengok dulu video Suzuka Cement Texture Paint/#SCT Application Steps di https://youtu.be/EbRo5WHjB3A

Setengah hari juga diperlukan untuk menyiapkan satu dinding yang berukuran 9 kali panjang x 6 kaki lebar.

Langkah-langkah mengecat Cement and Texture Paint:

1. Gosok permukaan dinding sehingga licin dengan kertas pasir saiz 600.

2. Cat premier satu lapisan pada keseluruhan dinding dan biarkan kering selama 30 minit.
Budak-budak pakai seluar pendek untuk program mengecat ni tapai disebabkan kena la sensorkan juga gambar ni.
3. Cat premier bagi lapisan kedua dan biarkan kering selama 30 minit.

4. Gosok permukaan dinding sehingga licin dengan kertas pasir saiz 600.

5. Gunakan alat skrap untuk skrapkan cement texture coat secara rawak untuk membentuk corak satu lapisan pada keseluruhan dinding.
6. Terus je skrapkan cement texture coat bagi lapisan kedua dan biarkan kering selama 30 minit.

7. Boleh skrapkan cement texture coat bagi lapisan ketiga untuk tekstur yang lebih cantik tapi disebabkan kitaorang kemalasan, kitaorang tak buat.

8. Gosok permukaan dinding sehingga licin dengan kertas pasir saiz 600.

9. Sapu topcoat pada keseluruhan dinding. Patutnya sapu sekali je tapi disebabkan tiba-tiba terajin den sapu 2 kali heheehehehhe.

Nampak macam mudah tapi bila skrapkan cement texture coat memang terasa susahnya sebab tekstur simen yang agak berat.

Anak-anak memang bergelumang dengan cat siap terkena pada rambut, badan bagai.

Kalau dah buat dengan anak-anak of course ada comot dan terpleot di sana sini tapi kami belasah aje la.

Yang penting anak-anak gembira dapat buat aktiviti dengan mak ayah. Mama pun happy dapat dinding dengan cat baru hehehehehehe.

Bagi satu dinding yang berukuran 9 kali panjang x 6 kaki lebar yang kami cat menggunakan set 1 liter cat cement texture (1 premier, 1 texture dan 1 top coat), hanya premier yang habis digunakan sebab kami cat sebanyak 3 lapisan. Texture paint ada baki 1/3 lagi setelah dicat sebanyak 2 lapisan. Top coat hanya digunakan lebih kurang 20% walaupun kami dah buat sebanyak 2 lapisan.
Tada....
Kira comel juga la hasil tangan my superheroes memandangkan semuanya tiada kepakaran mengecat + 2 orang kanak-kanak tuh mengecat ikut suka hati mereka huhuuhuhuhu.
Gambar yang den hantar untuk pertandingan
Kalau menang pertandingan anjuran Mr Paint Shop Malaysia tuh Alhamdulillah rezeki.

Kalau tak menang pun sekurang-kurangnya dinding bilik telah bertambah comel hehehehehehe.

Lagipun kalau tak digunakan cat yang dapat tuh, den takut nanti terlupa langsung pada cat tuh lalu expired.

So ada harapan den nak ceburi bidang mengecat tak ni dengan hasil yang dah terbukti ni? Hehehehehehehehehe.

Korang boleh follow Mr Paint Shop Malaysia di:




Mr Paint Shop ni dah ada 20 cawangan kat Lembah Klang k.

Kalau korang nak melawat showroom Suzuka Malaysia, korang boleh pergi ke 2 tempat iaitu di Meru dan Mont Kiara.

Korang juga boleh follow Suzuka Malaysia di:




No comments:

Powered by Blogger.