Selepas 19 Tahun

12:13
Alhamdulillah ada rezeki berjumpa semula selepas 19 tahun walaupun tak cukup korum untuk simple dinner Rabu malam lepas. Missing sorang je konco-konco sebab dia balik kampung. Perancangan pun adhoc naw. Selasa pagi rancang. Rabu malamnya dah kejadiannya hehehhheehehe.

Kali terakhir kitaorang jumpa adalah masa graduated pada tahun 2000.

Walking/a trip down the memory lane sungguh mini reunion ni.

Memang tak cukup masa nak sembang segala macam benda dari kenangan zaman belajar dan life sekarang:

1. khabar mak ayah dan keluarga masing-masing;

2. update tentang kawan-kawan lain yang satu batch. Of course ada yang ingat nama tak ingat rupa. Ingat rupa tak ingat nama;

3. sesi menskodeng kawan-kawan lama di FB. Ada yang dah beruban, ada yang kekal awet macam kitaorang belajar dulu, etc;

4. mengenang konco-konco zaman belajar. Yang bantai tidur 2 hari berturut-turut sementara nak tunggu duit biasiswa masuk akaun, yang ada motor Panther, etc;

5. kawan-kawan yang ada PhD (depa sangat terror k. Den ni nak membezakan ayat majmuk dengan ayat tunggal pun berpeluh-peluh);

6. subjek-subjek masa kitaorang belajo dulu. Subjek Kimia Persekitaran yang ramai kantoi;

7. lecturers yang lenient bagi markah, lecturers yang biliknya di Dewan Anwar Mahmud (DAM), lecturer yang handsome tapi telah lupa apa namanya, lecturer pakar gempa bumi (pergerakan plat tektonik bagai), lecturer yang bawa kitaorang pergi kerja lapangan di Pulau Sibu, etc.

8. tesis kulit udang (kitosan) bagai;

9. of course harus la mengenang crush dan cinta yang tak kesampaian di zaman BBNU tuh hehehehehe; dan 

macam-macam cerita lagi la.

Macam berjanji plak depa ni semua bertudung hitam sebab depa ni orang-orang hebat berkaitan pendidikan dan parenthood. Kalau yang lagi sorang tuh dapat joint sekali reunion ni gamaknya dia pun pakai tudung hitam. 

Den sorang je la yang tudung warna warni sebab den sorang je sesat menjebakkan diri di dalam arena mengira dan mengukur gigi dinosaurs. 
Not helping depa semua flawless tapi den dengan muka berminyak-minyak tak mandi sebab datang straight dari ofis.

In sya Allah ada rezeki kita jumpa lagi ye. Kita cuba bagi cukup korum next time.

No comments:

Powered by Blogger.