Jalan Jalan Cari Makan Jawi - Jelapang - Bandar Sri Iskandar

Weekend 2 minggu lepas masa ada urusan di belah utara, kitaorang sekalikan la dengan agenda jalan-jalan cari makan gitu.

Merata sebenarnya cari makanan tapi disebabkan kepenatan melampau memang banyak la makanan yang tidak diambil gambar huhuhuhuhu.

Kitaorang lunch dua kali di kedai makan kat Jawi yang sebenarnya dah berapa kali di situ tapi tak ambil pot pun kedai tuh nama apa hehehehehe. 

Kitaorang makan roti bakar telur goyang, nasi puyuh goreng garing, nasi ayam cincang, nasi ikan kembung dan nasi ayam (set kanak-kanak) di sini. Makanannya memang cukup rasa. Harga pun mampu milik.
Utapam di kedai mamak Jawi
Masa on the way ke Bandar Sri Iskandar, kitaorang melalukan Jelapang. Alih-alih ternampak durian RM6/kg.

Sanggup ye buat u-turn walaupun agak jauh demi durian RM6/kg tuh.

Alhamdulillah memang berbaloi u-turn sebab bukan je dapat beli durian tapi dapat tapau sekali cempedak goreng, pisang goreng, donut dan cucur udang (tak sempat ambil gambar sebab semua dah serbu makan hehhehhehe).

4 biji durian yang diambil dari Bukit Gantang dengan harga RM 25 tuh adalah sangat awesome. Isi banyak gila dan lemak manis pahit. Maksud sebenar makan durian sampai tak lalu berlaku pada hari itu.
Serious sedap sangat. Macam nak kena pergi beli lagi ni hehehehehe
Lepas check in di Hotel Amigo buat sekian kalinya sebab hotel tuh yang terpaling murah di Bandar Sri Iskandar (family room with queen and single bed dengan harga RM100), kitaorang dinner kat restoran berdekatan sebab nak habiskan 2 bekas durian lagi.

Kat sini kitaorang makan roti bota, butter prawn dan char koey tiaw udang sedap.
Gambar 4 potong kek berbeza spesies dan beberapa jenis makanan lagi memang tidak terambil gambar.

Bila jalan-jalan cari makan camni yang buat lupa daratan bila makan tuh. 4 hari 3 malam punya cerita makan ni boleh buat berat naik 3 kg ye. Berat tuh satu hal. Yang paling mengerikan adalah kalorinya tuh.

Haish camne nak mengadap Dr di PPUM awal November nanti ni kalau cenggini la SOP mengketedarahnya.

No comments:

Powered by Blogger.