Aquarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung, Georgetown, Pulau Pinang

Aquarium Tunku Abdul Rahman ni juga dikenali dengan nama Aquarium Batu Maung.

Ini merupakan kali kedua den datang ke Aquarium Batu Maung ni. Kali pertama den berjalan-jalan kat sini adalah pada tahun 2013, masa tuh F baru 3 tahun lebih. Akhir Februari 2019 den kembali ke sini dengan tambahan si kontot in the tow, si A tuh ha.
Tempat-tempat macam ni memang favourite untuk anak-anak den. Tapi tempat ni bukan sesuai untuk kanak-kanak je, untuk ibu bapa, warga emas semuanya sesuai sebab ada banyak maklumat yang dipaparkan kat sini yang ada yang kita tak pernah tau pun di samping seronok je kot tengok hidupan air terutamanya ikan dok berenang-renang. Tengok hidupan air pun boleh jadi some sort of terapi juga.

Harga tiket memang mampu milik sangat la sebab aquarium ni pun di bawah kendalian Jabatan Perikanan pun kan. Waktu operasi aquarium ni ikut waktu bekerja jabatan Kerajaan dengan 1 jam waktu rehat k.
Semua hidupan yang dipamerkan di dalam aquarium di sini didatangkan lengkap bermaklumat. Antara kita sempat dan rajin nak baca ke tidak tuh je la. Bila dok perati semua hidupan air kat sini memang boleh buat kita tak perasaan masa berlalu sebab tenang je jiwa rasanya. 

Yang buat jiwa kacau adalah bila budak-budak dok kalut nak suruh kita tengok hidupan yang diaorang dok tengok tuh. Dia punya kecoh macam kan nak mula rusuhan heehhehehehe.

Macam-macam maklumat pasal hidupan air ada kat sini daripada senarai pelbagai spesies ikan, projek pembenihan ikan arowana, spesies ikan hiasan popular, spesies hidupan marin yang terancam, spesies ikan asing yang dilarang untuk diimport, etc.
Nampak tak kuda laut kat sauh tuh
Udang lipan
Dah namanya aquarium of course ada ikan, udang, kura-kura, kuda laut, etc yang memang akan menarik perhatian kiddos.
Ada dua bahagian pameran di Aquarium Tunku Abdul Rahman ni.

Pameran yang kat luar bangunan pun menarik juga. Kat sini ada banyak kura-kura dan ikan. Den ambil angin kat sini sambil berehat-rehat sambil melayan budak-budak dok berlari ke hulu ke hilir tengok hidupan air yang ada kat sini.
Tulang ikan paus yang ada di perkarangan kawasan aquarium pun unik dan dah jadi macam port menarik untuk bergambar.
Ada sebuah café kat sini tapi kitaorang tak singgah minum pun sebab nak cepat balik.

Aquarium Tunku Abdul Rahman ni bagi den sememangnya tempat yang menarik dan bermaklumat yang mampu milik tiket masuknya oleh segenap lapisan masyarakat. Tempat riadah berilmiah yang sesuai untuk sekeluarga. Ayat gomen habis hahahahahha.

Tempat ni boleh den kategorikan sebagai tempat wajib lawat apabila ke Georgetown lagi-lagi kalau kita ada anak-anak di bawah 12 tahun coz this place will definitely a heaven to them.

Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis - Ahad (10 pagi - 5 petang)

Rabu: TUTUP


Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No comments:

Powered by Blogger.