Legend by Jude Deveraux

09:07
Buku pertama yang den berjaya baca masa bercuti pada 26 September - 1 Oktober 2018.
Don't judge a book by it's cover gittew
Kalau tengok keadaan buku nih dah boleh agak kot dah berapa lama buku nih ada dalam koleksi den dan berapa kali dah den baca buku nih sampai lunyai kot kulit depan buku tuh hehehehehehe.

Sebenarnya den beli buku nih daripada kedai buku second hand kat Kuala Lumpur (kalau tak silap). Masa beli pun dah memang terpleot di sana sini. So bila sampai je kat den yang memang tak beberapa cermat ni, lagi la kondisi buku makin terpleot heheheheheehe.

Siapa biasa baca novel oleh Jude Deveraux nih dah tau yang genre dia adalah romance tapi bukan romance yang cover novelnya harus jejaka sado tapi pakai baju yang terbuka butangnya tuh (tak tau kenapa most of romance novels dulu-dulu cliché camni cover nya).

Den memang bukan peminat movie dan buku yang bercirikan romance all out, memang bukan taste den.

Dalam banyak-banyak novel oleh Jude Deveraux nih hanya 4 buah novel yang den berkenan dooh dari umur den 20an sampai la sekarang iaitu Legend, The Summerhouse, Knight In Shining Armour dan An Angel for Emily. Setiap sebuah buku nih memang ada romance dan agak cliché (hero handsome dan kaya nak mampuih dan heroine jelita tahap bidadari, etc) tetapi setiap buku ada plot cerita yang berbeza dari romance biasa (ada time travel, misteri, etc).

Untuk novel Legend ni, ianya mengisahkan tentang seorang chef yang terror nak mampuih iaitu Miss Kady Long yang boleh masak apa je yang secara tak sengaja termasuk ke zaman silam (1800an) dan beramah tamah dengan penduduk di Legend,Colorado termasuklah Cole Jordan (yang of course sangat handsome sampai sakit mata yang merupakan pemilik bandar Legend tuh).

Letak romance kat tepi, buku nih menceritakan tentang skill memasak Kady yang sangat mantops terutamanya bila dia masak untuk jamuan 3 hari 3 malam untuk penduduk Legend.

Cerita tentang masakan Kady baik semasa reality iaitu di Onion Steakhouse Restaurant di Virginia atau sebarang cerita masakan semasa beliau time travel ke Legend adalah memang sangat best yang menyebabkan kita macam boleh ternampak-nampak rupa dan terasa-rasa kesedapan masakan tuh.

Serious sangat mengujakan k.

Buku romance setakat yang den pernah baca, memang akan happy ending sokmo walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dilalui.

Sama la macam novel Legend nih.

Akhirnya selepas Kady time travel dan berjaya mengubah sejarah bandar Legend daripada tragedy berdarah yang berlarutan kepada beberapa abad kepada kegemilangan yang menakjubkan, Kady akhirnya berkahwin dengan waris Cole Jordan iaitu Cole Tarik Jordan yang ditemui di dunia nyata (poyo sangat nih tapi okay je la kan).

Legend adalah salah sebuah feel good book untuk den sebab dia adalah santai dan ending nya best heheheehehehe.

Yuppp I am sucker for a happy ending. Masih sakit hati dengan ending buku Rage of Angel by Sidney Sheldon and a few lagi yang den dah terlupa tajuknya.

Novel Legend nih memang legend sebab ianya tetapi menggamit kalbu tak kira berapa kali kita ulang baca pun.

#Tip den untuk pastikan dapat habiskan buku yang dibaca masa bercuti semasa kalut dengan budak-budak + sakan menengok GPS nak cari jalan + bersembang dengan your other half, etc adalah pilih buku yang tidak terlalu heavy temanya dan tidak terlalu tebal hehehhehehe sebab biasanya masa untuk membaca adalah hanya masa temankan diaorang bergelinjangan kat pool (tuh pun kalau kita tak terjebak mandi dengan depa la) dan masa sebelum tidur kat bilik hotel (kalau takde movie menarik).

No comments:

Powered by Blogger.