De' Ideal Hotel, Kepong

Lepas kenyang bagai nak pengsan makan di Restoran Kari Kepala Ikan di Gombak tuh, kitaorang terus je ke D Ideal Hotel di Kepong untuk bermalam sebelum meneruskan agenda mandi sungai di FRIM Kepong keesokan harinya.
Bagi den hotel nih adalah the hidden gem in Kepong sebab ia merupakan hotel baru (baru setahun beroperasi), bersih, kemas, ringkas dan selesa dengan harga yang amat berbaloi.

Den bayar RM 63 through agoda untuk bilik superior dengan dua katil single.

Disebabkan kawasan rumah kedai nih masih baru dan masih banyak kedai yang kosong, tempat letak kereta in sya Allah tak jadi masalah. Kitaorang dapat letak kereta betul-betul depan hotel.

Hotel nih memang sangat simple dari lobi sampai la ke bilik hotel.

Ruang lobi hotel yang sangat luas menempatkan kaunter pendaftaran dan sofa di ruang menunggu.
Hotel ini ada menyediakan perkhidmatan lif tetapi nak menyampaikan ke lif kena panjat 4 anak tangga. So untuk mereka yang berkerusi roda, ini merupakan cabaran untuk sampai ke lif tuh.
Bilik adalah sangat okay untuk den dan buong. Walaupun bilik dia dan cadar serta sarung bantal, etc warna putih sahaja macam kat asrama, tiada hiasan apa-apa, etc, that were okay with us sebab yang penting bilik selesa, kemas dan bersih.
Bilik adalah sederhana besar dengan kemudahan aircond dan televisyen yang berfungsi.
Toilet pun sederhana besar. Selesa kita nak mandi.
WiFi percuma adalah super laju di hotel ni.

Sepelaung dari hotel ini iaitu lebih kurang 2 minit menapak merupakan kedai mamak. So no problem kalau nak dinner, supper atau breakfast kalau menginap di hotel ini.
Kitaorang memang sangat berpuas hati dengan hotel nih dan kalau ada urusan di Kepong, mungkin kitaorang akan repeat tidur di sini.

No comments:

Powered by Blogger.