Nasi Goreng Udang Ipoh Mari

Pagi-pagi lepas breakfast dah gerak ke IOI Mall Putrajaya bagi menghadiri roadshow Dumex Dugro, Lebih Lagi Detik Bermakna Bersama. 

Lepas settle program di sini dari 11 pagi hingga tengahari, terus je gerak ke Ipoh.

Sampai Ipoh dekat-dekat pukul 4 petang. Terus late lunch di Kedai Mee Udang dekat Ipoh tuh. 

Den ambil nasi goreng udang + sotong. Memang melimpah ruah udang dan sotongnya tuh tapi nasi goreng dia pedas gila. Tak tau la kalau sebenarnya okay je tahap kepedasan tuh tapi untuk den memang boleh tersedak la pedasnya tuh. Sup tulang dia boleh tahan sedap. Yang paling best dah tentu la air kelapa sejuk yang diminum dalam cuaca panas berdenting tuh.
Lepas makan terus je check in di Hotel D Eastin, Ipoh. Walaupun buong dah banyak kali pesan kalau pergi Ipoh tak perlu booking hotel sebab banyak gila hotel kat sini tapi tetap la jua den booking through Agoda sebab den risau hotel penuh sebab cuti sekolah dah bermula kan. An okay hotel. Den cerita kengdian ye pasal hotel nih.

Sekali tuh dah menjelang malam lapar la pulak. Menapak la ke kedai mamak yang terdekat berdasarkan google map tuh. Dekat tak dekat dalam 10 minit juga la berjalan kaki. Okay je la sekali sekala bersenam camtuh tapi disebabkan bawa budak-budak, depa dok sakan bising penat berjalan.

Sempat pula tersinggah kat satu kedai jual pakaian dan beg on the way nak ke kedai mamak tuh. Beli satu sport bag untuk letakkan kasut dan baju zumba den. 

Buong dan kiddos beli sweater, untuk digunakan masa tengok movie kat pawagam katanya padahal tengok movie setahun 2 kali je kot hehehehehehe.

Lepas late dinner terus je la balik hotel lalu tidur pengsan.

No comments:

Powered by Blogger.