Ada den terbaca kat FB ke mana entah yang cakap kena cuba breakfast di Arango, Roti Bakar Arang, Kepala Batas yang merupakan antara kedai wajib singgah katanya.

Makanya berbondong-bondong la den sekeluarga mencari kedai makan Arango, Roti Bakar Arang yang terletak di hadapan kawasan Telekom Kepala Batas.
Kena pergi di awal pagi sikit la ye kalau nak rasa nasi lemak yang dikhabarkan memang marvelous itu dan supaya tak panas sangat sebab ianya gerai biasa di tepi jalan. So memang akan kena panas terik mentari.

Kitaorang sampai kat sini dalam pukul 10 am lebih rasanya, dah tidak kelihatan nasi lemak yang diperkatakan itu.

Ada pelbagai pilihan menu yang bertemakan western breakfast di sini yang sebenarnya kalau rajin kita boleh je buat sendiri kat rumah (antara rajin dan tidak je la kan) dan of course mengandungi kalori yang begitu mantap yang tidak sesuai untuk dimakan oleh sesiapa yang sedang berdiet.
Kitaorang cuba 2 menu iaitu Arango Bread dan Arango Sosej Cheese (kalau tak silap).
Melompat kegembiraan lelemak di badan menengok meal ni
Yang specialnya makanan kat sini den rasa disebabkan roti benggali yang digunakan tuh dipanggang atas arang (agaknya la sebab den tak tengok pun depa masak lagu mana) dan sos black pepper yang serious tidak kedekut, melimpah ruah sampai tutup roti tuh hehehehehhe.

Rasa memang okay sedap je la untuk tekak kitaorang anak beranak nih.

Memang famous gamaknya tempat nih sebab masa kitaorang breakfast kat sini, memang tempat duduk penuh je.

#Dah tua-tua nih deria rasa tak beberapa nak ada, selalu je tak tau nak makan apa. Bila makan apa-apa pun rasa macam okay je la. Haish….harus banyak muhasabah diri nih.

0 Comments