A Sambut Merdeka

12:30
Seperti biasa kitaorang tak tertengok perarakan merdeka kat mana-mana pun, tengok pertunjukan bunga api pun tidak, etc pada sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 61 tahun ini.
Yang terujanya si A tuh je la sebab dia terlibat dengan program taska sempena merdeka. Dengan baju Captain Malaysia nya tuh yang mana jenuh la kitaorang membuatnya (mama siap potong terherot petot, terkecil, etc + papanya terjahit terbalik, terpaksa buka balik jahitan, etc), ceria je la dia tuh masa program padahal masa bangun pagi tuh beriya-iya melalak cakap tak nak pergi sekolah.
Terpaksa diumpan dengan aiskrim dan roti serta tayangan gambar Ultraman, baru la dia setuju nak pergi sekolah. Bertuah betul tau budak seorang tuh.
So den just nak simpan gambar kenangan si A pakai baju Captain Malaysia nih di sini.
Leher baju luas bebeno. Dah menyeksi macam Kylie Jenner plak dah.

No comments:

Powered by Blogger.