Perjalanan dari restaurant untuk lunch ke Tam Coc Ecotourism Area adalah lebih kurang 10 -15 minit.
Ada dua aktiviti yang dilaksanakan di sini iaitu:

1. 1 jam 30 minit boat ride melalui sawah padi yang dikelilingi oleh gunung batu kapur dan melalui 3 buah gua; dan

2. 30 - 45 minutes sesi berbasikal di sekitar kawasan kampung dan di batas sawah padi.

Sebuah sampan boleh memuatkan 3 orang penumpang beserta dengan seorang pendayung.
Kitaorang mendapat pendayung wanita. Tak sampai 10 minit kitaorang berlepas dari jeti tuh, dia tukar sampan dengan kawannya di tengah-tengah sungai atau terusan tuh. Dah kitaorang berdebar masa depa nak switch tempat sampan tuh takut sampan kitaorang terbalik lalu kitaorang tergolek dalam air. Tak pasti la kena pendayung tuh bertukar, samada kitaorang terlalu berat untuk dia ataupun dia ada urusan lain. 

Dekat jeti nih terdapat satu deretan resort termasuk café serta beberapa biji rumah penduduk. Memang sepelaung betul dari sungai. Kalau buang sampah dari tingkap rumah, terus je masuk ke dalam sungai gittew.


Tapi luckily sungai nih baunya semulajadi. Takde bau busuk langsung. Memang depa jaga la kot sungai nih bagi tujuan pelancongan.

Sepanjang sesi naik sampan menyusuri sungai ni, memang cantik la pemandangan sawah padi yang dikelilingi oleh gunung batu kapur. 
Kita akan ternampak kerbau dan kambing di pinggir daratan. Kitaorang juga terjumpa babi tengah minum air sungai nih. So jangan la ada-ada rasa nak ambil air sungai nih basuh muka untuk awet muda ye.
Kita just menghayati pemandangan cantik sambil berehat-rehat gittew temanya di sini.

Masa menyusuri sungai di dalam gua tuh, gambar-gambar yang den ambil guna camera canggih den tuh memang banyak yang gelap gelita la.
Penggambaran Filem Kong : Skull Island (2017) dibuat di beberapa tempat di Vietnam termasuklah di kawasan Tam Coc nih tapi the exact spot kat mana tuh tak la diketahui.

Masa menyusuri sungai untuk perjalanan balik ke jeti, akan ada penjual yang jual air, mangga, jajan, etc di dalam sampan-sampan. Dia akan suruh kita belikan untuk pendayung kita kalau kita tak nak makan sendiri. So atas kita la nak beli ke tak k. Diaorang tak marah pun. Cakap je baik-baik ‘no thank you’ sambil senyum kambing gittew.

Disebabkan cuaca mendung, so memang rasa okay je la menyusuri sungai ni. Kalau boat ride di kala matahari lit-lit atas kepala, mampuih la rentung rasanya. 
Akan ada je photographer yang akan ambil gambar kita di sepanjang perjalanan menyusuri sungai tuh, atas kita la nak beli ke tak. Dia akan jual satu album yang ada dalam 5-6 keping gambar dengan harga 6USD. Sila tawar menawar untuk dapatkan harga 3USD ye.

Bila dah selamat sampai ke daratan, sebelum keluar dari sampan, jangan lupa bagi tips at least 50,000VD or 100,000VD ye.

#Ada tak tempat kat Malaysia yang sesuai dibuat aktiviti menyusuri terusan atau anak sungai dikelilingi sawah padi? Ke dah ada tempatnya tapi den yang tak tau?

0 Comments