Kitaorang makan kat kedai-kedai kat bawah nih je yang mana member den dah kenalpasti menyajikan makanan halal sebelum kitaorang ke Hanoi. Den bahagikan kepada Part 1 dan Part 2 sebab nak share gambar je pun hehehhee.

Kedai makan sebelah/belakang Al-Noor Mosque

Waktu Operasi : 11 am - 9 pm.

Harga makanan kat sini lebih murah kalau nak dibandingkan dengan restoran makanan halal yang lain di Hanoi.
Kedainya comel je. Ada 3 buah meja dengan 12 buah kerusi.
Boleh menggunakan pintu kecil yang terdapat di kiri pintu utama masjid untuk masuk ke kedai ni.

Kitaorang makan sekali je kat sini masa lunch on the first day at Hanoi.
D’Lions Restaurant, Cosiana Hotel

Waktu Operasi : 10 am - 10 pm.

Menyediakan masakan halal Vietnam, Malaysia dan Singapura.
Ada pelbagai jenis menu kat sini. 
Disebabkan ianya terletak di dalam hotel, makanya tempatnya memang selesa, tersedia free wifi, toilet bersih, etc.
Walaupun sempat makan sekali je kat sini sebab ianya terletak jauh sedikit dari hotel kitaorang di Old Quarter tuh, jenuh sikit nak menapak, tapi boleh dicadangkan untuk makan kat sini sebab suasana yang nyaman, food yang ada rasa serta harga yang masih mampu milik.

0 Comments