Satu Kerajinan Secara Tiba-Tiba

15:16
Isnin lepas den MC sebab diarrhea. Suspek utama yang menyebabkan den berulang ke toilet adalah hati ayam yang kurang masak semasa berbuka puasa di luar pada Ahadnya.

Disebabkan dah berehat-rehat je kat rumah, sakan la dok melepak tak buat apa padahal ada je la kerja yang boleh dibuat macam lipat 4 bakul baju, etc tapi disebabkan perut dok meragam + kemalasan, makanya den membongkang main game sambil tengok Facebook. Patutnya baca la Quran banyak-banyak kan tapi haish…perkara lagho juga yang terberkenan di hati ye.

Dalam pada dok melepak tuh, tiba-tiba teringat dekat Biskut Florentine atau Crunchy Caramel Almond Cookies yang jiran sebelah rumah den pernah bagi rasa. Tiba-tiba je ye teringat. Makanya den whatsapp la kawan-kawan pejabat kot-kot ada yang jual tapi tiada siapa yang menjualnya. Den whatsapp pula jiran sebelah kot-kot dia ada buat untuk jualan tapi katanya dia tak sempat buat kuih apa pun lagi sebab sibuk. Dia bagi den resepi Biskut Florentine tuh.

Tiba-tiba tergerak hati pula nak google resepi Biskut Florentine tuh kot-kot ada versi yang paling mudah dan ringkas hehhehehehe. Resepinya lebih kurang sama je la setakat 3,4 resepi yang den tengok.

Langsung terasa bersemangat nak buat Biskut Florentine tuh tak tau kenapa padahal takde la rasa nak makan sangat pun.

Lepas beli semua bahan yang diperlukan termasuklah 2 jenis tepung Florentine yang berbeza brand + kuaci + biji labu + almond flake + walnut (padahal tiada dalam resepi-resepi yang den google tapi disebabkan walnut tuh nampak kacak, den beli je la hehehehhee). Den tak beli bijan hitam sebab takde dalam pack kecil.

Den guna muffin cupcake yang den buat muffin pada tahun 2017 yang lepas. 

#Teruk betul kan? Setahun sekali baru masak cookies ke biskut ke. Hampeh betul hahahahaha.

Disebabkan tepung untuk buat muffin segera telah expired, makanya buong kata kena habiskan semua bahan-bahan yang telah dibeli bagi membuat Biskut Florentine nih sebab dia dah tau kalau den buat separuh je, sure baki bahan-bahan tuh akan end up expired nanti hehehehehe.

Makanya sakan la den membuat Biskut Florentine tuh (resepi versi den nanti den cerita kemudian k) dengan dibantu oleh buong dan F lepas dia balik sekolah. Anak bujang den tuh kan sebenarnya suka je buat cookies ke pizza ke, etc tapi disebabkan omaknya malas, makanya takde la aktiviti baking gittew. Buong siap terluka jari sebab terkena mata pisau chopper yang digunakan untuk hancurkan walnut. Dramatik dan den berpisah tiada.

Bila dah nak habiskan semua bahan, makanya Biskut Florentine kitaorang adalah sangat meriah dengan semua kekacang yang ada sebab kekacang yang dibeli adalah dalam pek sederhana. Kalau kita beli, memang tak dapat la kekacang semeriah yang kitaorang buat ni sebab kekacang ni semua mahal juga rupanya.

Biskut Florentine yang batch terakhir siap dibakar adalah semasa kitaorang sedang berbuka puasa. Den mengambil masa dari 3.30 pm sehingga 7.30 pm untuk gunakan semua bahan yang ada untuk Biskut Florentine tuh. 

Kitaorang end up with 2 balang besar + 7 balang kecil + 2 tupperware kecil yang penuh dengan Biskut Florentine. Boleh la bawa balik ke mak mentua den raya nanti. Sure dia tak percaya den yang buat Biskut Florentine sebab dia kenal benar menantu dia yang tak reti memasak nih hehehehehehe.
Nampak tak biskut Florentine den penuh dengan kekacang
#Not bad eh. Quite an achievement for me la sebab kali terakhir den buat biskut raya adalah pada tahun 2008 iaitu 10 tahun lepas di mana den buat biskut cornflake je pun hehhehehehe.

Dalam pada dok sakan memasak Biskut Florentine, den sempat masak empat (4) hidangan untuk berbuka puasa. Den masak sotong goreng kunyit, tempe sambal kering, sayur buncis + carrot + udang serta ikan goreng. Ha….untuk orang yang jarang masak macam den ni, kira hebat la nih hahahhahahaa. Sebenarnya siap bancuh adunan untuk goreng cucur udang tapi buong kata dah banyak sangat food, so dia suruh masak cucur udang tuh esok je.
Itu je la pun nak cerita. Tak sangka tiba-tiba terbuat biskut raya plak hehehehehe.

#Update blog 1 hari 2 kali pun adalah satu jenis kerajinan yang jarang berlaku juga heehehehhhee.

No comments:

Powered by Blogger.