Sabtu lepas disebabkan den dah booking nak tukar airbag kereta, den booking sekali siap-siap tiket wayang Jurrasic World : Fallen Kingdom Movie. So sementara tunggu turn nak tukar airbag dan operasi menukar airbag tuh oleh pusat servis, takde la melangok menunggu kat ruang menunggu tuh.
Movie pasal dinosaurs mana yang tak best kan? Rasanya semua Jurrasic movies daripada yang pertama best je. Jurrasic World : Fallen Kingdom Movie nih memang best, den bagi markah 8/10. Memang best. Dari mula sampai habis penuh aksi. Fast paced movie. Penting movie yang jalan cerita pantas dan tuntas nih lagi-lagi kalau bawa budak-budak kecil sebab diaorang kan cepat boring.

Movie nih merupakan sambungan daripada Jurrasic World yang ditayangkan pada 2015 yang lepas.

Owen Grady (Chris Pratt) dan Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) bergabung tenaga lagi sekali buat sekian kalinya beserta dengan dua orang sidekicks (Franklin, technician computer dan Zia, paleo-veterinarian) untuk membantu kononnya operasi untuk menyelamatkan semua spesies dinosaur yang dikenalpasti yang berada di Isla Nublar yang diancam bahaya letusan gunung berapi yang sedang berlaku dan memindahkan semua dinosaur tersebut di sebuah pulau yang dipunyai oleh Lockwood’s estate tanpa mengetahui rupa-rupanya mereka akan membantu menyeludup semua dinosaur tuh untuk dilelong bagi pelbagai tujuan (ketenteraan, pertanian, pharmaceutical, haiwan belaan, etc).

Si Owen diperlukan bagi memastikan Blue the Velociraptor dapat ditangkap sebab diaorang perlukan DNA Blue bagi menambahbaik atau menambahganaskan satu spesies dinasour iaitu Indoraptor yang sedang dibangunkan di makmal di Lockwood’s estate. Di permulaan movie, DNA Indominus Rex telah diambil daripada tulangnya di dalam tasik di Isla Nublar yang mana juga hendak digunakan bagi meng enhance kan Indoraptor.
Selepas semua dinosaur dapat dikumpulkan gunung berapi pun meletus dan memuntahkan laharnya. Memang havoc la keadaan kat sini, dengan manusia dan dinosaur masing-masing nak selamatkan diri. Scene masa Owen dan Claire hopelessly pandang dinosaur Brachiosaurus yang berdiri di gigi air laut menjerit sedih sebab tak tau nak selamatkan diri daripada lahar gunung berapi tuh memang sedih k.

Lepas tuh semua dinosaurs tuh diseludup ke Lockwood’s estate dan dilelong, berlaku la kacau bilau bila Owen dan Claire yang ditangkap cuba melarikan diri.

Selepas semua orang jahat habis mati dimakan oleh Tyrannosaurus Rex dan Indoraptor, Indoraptor yang sangat ganas tuh cuba membunuh Owen, Claire dan Maisie (cucu Lockwood) tetapi mereka diselamatkan oleh Blue. Sayang betul Blue tuh dekat Owen.

#Den rasa hero sebenar di dalam movie Jurrasic World : Fallen Kingdom dan Jurrasic World adalah Blue sebenarnya sebab dia yang akhirnya samada membunuh Indoraptor atau membantu membunuh Indominus Rex.

Movie diakhiri dengan Maisie melepaskan semua dinosaur yang terkurung di dalam Lockwood’s estate supaya dinosaur tuh tidak mati terhidu gas hydrogen sianida yang terbebas masa dok kalut-kalut tuh.

So akhirnya semua dinosaurs yang dibebaskan tuh berada di dalam dunia kita. Ada scene kelibat Mosasaurus masa orang dok sakan surfing kat laut, etc.

So untuk next Jurrasic World movie rasanya si Owen dan Claire akan berganding bahu dengan Dr. Ian Malcolm (Jeff Goldblum) di dalam misi menangkap semua dinosaurs dan pindahkan ke sebuah pulau yang dijadikan sanctuary (takde pelawat bagai) atau misi membunuh semua dinasours yang berkeliaran di dunia kita gittew la agaknya. I really hope to see more Jeff Goldblum in the movie sebab watak dia seposen bebeno di dalam Jurrasic World : Fallen Kingdom nih. Aura Jeff Goldblum sebenarnya lagi wow daripada Chris Pratt heheehhehehe.

Memang best movie ni.

Yang tak bestnya adalah menahan godaan bau caramel popcorn yang dimakan oleh anak-anak den sepanjang tengok movie nih huhuhuhuhu.

Den rasa Indominus Rex lagi ganas daripada Indoraptor sebab saiz Indominus Rex lagi besar. Indoraptor nih kecil je, besar sedikit daripada Velociraptor.

Budak-budak especially anak-anak den terutamanya si F tuh memang teruja la tengok movie ni sebab dah dia memang obsess dengan dinosaur tapi si A pun tumpang sama enjoy the movie.

Sila tonton antara movie terbaik bagi tahun 2018 ni dan sabarlah menanti untuk the next movie yang dijangkakan akan ditayangkan pada June 2021, lagi 3 tahun huhuhuhuhu.
Diaorang yang paling happy dapat tengok movie ni

0 Comments