Alhamdulillah……dah masuk bulan Jun bagi tahun 2018. Sekejap je masa berlalu. Rasanya macam baru je mamai-mamai mula bangun sahur, hari nih dah separuh Ramadhan berlalu. Semoga ada rezeki kita semua untuk bertemu Syawal pada tahun ini ye.

So ada apa dengan June 2018?

1. Ada masa lebih kurang 14 hari (2 minggu) lagi untuk merebut pahala beribadat di bulan Ramadhan sebab memang kita telah diperingatkan banyak kali tentang berlipat gandanya pahala di bulan Ramadhan ni. So lets us at least dengar zikir or bacaan Al-Quran.

2. Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan June nih. In sya Allah seperti tahun-tahun terdahulu, akan disambut secara sederhana. Rasanya sejak Allahyarham emak meninggal pada tahun 1988, masa den berumur 10 tahun, den memang tak beriya sangat nak sambut raya. Lagi la sekarang nih dah tua, lagi la tak rasa apa sangat.

3. Walaupun takde la rasa nak raya sangat, tapi tetap la kena settlekan hal yang bersangkut paut dengan hari raya seperti kuih raya (tak sure berapa spesies kuih raya yang sempat bertemu Syawal), baju raya (tema pink tahun ni sebab baju melayu pink F yang 3 tahun sudah si A boleh pakai, buong pun ada baju melayu pink yang berumur 7 tahun, den ada je la baju kurung pink yang dok pakai selalu pergi kerja, so beli baju melayu pink untuk F je la sebab dia dah tinggi….see senang je den pilih baju raya hehehehehe) dan duit raya untuk sanak sedara dan anak kengkawan.

4. Tengah berangan-angan nak bawa kiddos bercuti pendek sempena Aidilfitri cum cuti sekolah ni tapi tengok kepada keadaan kewangan (dah la tak dapat bonus kan huhuhuhu) + kerajinan sebab nak bersesak-sesak dengan ramai orang.

5. Ada check up di Gynae PPUM. Semoga semuanya baik-baik sahaja nanti.

6. Dah booking tiket untuk tengok movie Jurassic World : Fallen Kingdom. Cerita favourite anak-anak den terutamanya si F yang memang peminat tegar dinosaurs. Den cuma nak tengok Chris Pratt  je hehehehehe.

7. Nampaknya blogposts tentang sesi berjimbaan di Hanoi selama 4 hari 3 malam macam tipis je harapannya nak disiapkan sebelum Aidilfitri. So den akan cuba siapkan sebelum Julai ye hehehehehhe.

8. Nak kena korek tabung sebab road tax dan insurance untuk kereta den dan kereta abah dah nak due. Duit duit di mana kau duit….

9. Hopefully urusan berkaitan bank tuh ada progress la paling kurang 50%. Jenuh la nak settle.

10. Nak cuba mengekalkan momentum membaca at least 2 buah buku pada bulan ni.

11. Nak mula berzumba semula lepas Aidilfitri sebab dah lama gila tinggal zumba nih even sebelum masuk Ramadhan. Sure pancit meletops bila mula semula nanti. Haish.

12. Kena mula mengganti puasa at least 2 hari sebulan supaya den dapat ganti semua puasa sebelum Ramadhan 2019 huhuhuhuhuhu.

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita di bulan Jun ni nanti ye.

Lets have an awesome June yar.

0 Comments