Sejak terbaca tentang BookXcess yang membuka kedai buku yang beroperasi 24 jam di Cyberjaya di dalam Facebook awal Jun lepas, den memang ada rasa terkinja-kinja nak ke sini tapi ditahan-tahan perasaan tuh sebab bulan Ramadhan kan.

Makanya semalam, sebagai penutup hari terakhir sebelum sesi persekolahan bermula, berjaya la den ajak buong tengok kedai buku ni.
Walaupun bangunan yang menempatkan BookXcess ni masih belum siap sepenuhnya tapi telah ada beberapa kedai yang beroperasi di sini. Serious cantik tempatnya, ala-ala konsep garden in the city gittew. Meletops landskapnya.

Ada kedai yogurt nama Yzen, kedai dobi, kedai newsroom dan satu kedai donut rasanya yang telah beroperasi sepelaung dari premis BookXcess ni.

Coming soon katanya ada Village Grocer nanti dan den pasti akan ada pelbagai kedai lagi yang akan beroperasi sebab banyak sungguh shoplots yang masih kosong.
F cakap malam-malam sure ada Europasaurus dan Magyasaurus menyorok kat celah-celah pokok nih. Haish la anak bujang tuh. Tak habis-habis dengan dinosaurs dia.
BookXcess daripada kejauhan
Serious cantik tempatnya k. Untuk bergambar ria kat sini pun memang sesuai sangat.

#Langsung terasa macam kalau den banyak duit, den nak beli satu apartment kat sini yang berkonsepkan moden tapi dalam kehijauan tapi tuh la….duit-duit di mana kau duit huhuhuhuhuhuhu.

BookXcess di Tamarind Square ni dikhabarkan sebagai kedai buku yang terbesar di Malaysia seluas 37,000 kaki persegi dan menempatkan 500,000 buah buku. Memang bila masuk sini seluas mata memandang la buku-bukunya. Buku di sana sini gittew. Selautan buku gitulah perumpamaannya.

Dah bawa budak-budak memang la tak dapat nak berfoya-foya taking my own sweet time nak tengok buku-buku yang ada sebab dok sibuk mempesoh diaorang bergelinjangan di sana sini. Kebanyakan gambar yang diambil di sini adalah agak blur sebab sebelah tangan pegang kamera, sebelah tangan lagi dok melayan si A yang dok berpaut di kaki den seperti anak beruang koala huhuhuhuhu.
Sakan memilih buku nak mengepaw mama. Yang F of course dengan buku dinosaur nya. Si A plak dengan buku superheroes dia.
Books always make me happy.

Berada di sekeliling berenyut-renyut buku menyebabkan kegembiraan tuh berganda-ganda gittew.
Di BookXcess Tamarind Square ni, ada disediakan beberapa buah meja untuk pelanggan membaca atau membuat kerja. Ada juga disediakan 3,4 biji bean bags untuk kita melepak. 
Disediakan juga WiFi percuma tapi tak sempat la den nak menggunakannya sebab dok bersilat dengan anak-anak den tuh.

Yang masih belum siap adalah kafe dan ruangan aktiviti untuk kelas seni dan kraf serta pertandingan mewarna.
Aktiviti untuk kiddos this coming July sekiranya berminat
Menurut staff BookXcess Tamarind Square ni, kafe dan ruangan aktiviti akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Julai.

So kepada sesiapa yang berhasrat nak datang ke sini selepas semua komponen BookXcess Tamarind Square nih siap, better la datang pada bulan Ogos ke atas ye.

Sama seperti BookXcess di cawangan yang lain seperti di Amcorp Mall Petaling Jaya, Fahrenheit88 Bukit Bintang, The Starling Damansara Utama, dan Centro Mall Klang, kedai buku BookXcess menawarkan buku-buku pelbagai genre daripada fiction, non-fiction, hobbies, travelling, haiwan, landskap, architecture, cooking books, pelbagai buku kanak-kanak, etc dengan harga 50% hingga 80% lebih murah daripada harga buku di kedai-kedai buku yang lain.

Kalau kita jadi member BookXcess, kita akan dapat 5% -10% diskaun bagi setiap pembelian dengan jumlah minimum tertentu.

Nih buku-buku baru tau. Bukan buku second hand.

Di samping jualan buku-buku, ada juga barangan lain yang dijual seperti stationaries, buku nota, simple toys untuk kiddos, puzzles, poster pop art, etc.

Hello Loki
Untuk ulat buku macam den nih ha, BookXcess tak kira di mana pun merupakan book heaven gittew.

#Setakat nih den selalu pergi ke BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya. Den tak pernah sampai lagi di BookXcess di cawangan yang lain.

BookXcess Tamarind Square nih bagi den special sebab landscape dia. Layout dia pun lebih moden dan penuh berlengkuk di sana sini.

Dalam pada tak sempat nak tengok buku apa sangat yang ada sebab dok kalut dengan kiddos, sempat la juga den sambar 3 buah buku. Buong yang hasut den beli juga buku sebab dia kata macam rugi je kalau tak beli sebuah buku pun dah alang-alang sampai. Den pun apa lagi, walaupun ada sebeban buku-buku yang dibeli masih belum dibaca, sangat teruja bila dihasut untuk membeli buku hehehehehhee.
Hasil tangkapan semalam
In sya Allah ada rezeki nanti, den nak spend masa bersendirian kat sini, melepak bersantai gittew.

So kepada peminat-peminat buku, silakan melawat BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya nih ye.

Sempena pembukaan BookXcess Tamarind Square ni, BookXcess menawarkan kepada 14 orang pembaca yang bertuah untuk merebut peluang mendapatkan sebanyak buku percuma yang mereka boleh di dalam tempoh 3 minit (three-minute basket dash). Untuk melayakkan diri bagi cabutan bertuah pada hujung Julai ini, kita perlu berbelanja RM 50 di mana-mana cawangan BookXcess dari sekarang sehingga 22 Julai 2018 ye.
So kepada sesiapa yang berhajat nak melawat BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya ni, alamatnya adalah seperti berikut:

Tamarind Square

L3M-04, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia, Cyber 10,
63000, Cyberjaya.
Waktu Operasi : 24 jam setiap hari
Telefon : 03 -27262438

Parking untuk masuk ke kawasan ini setakat ini masih percuma sebab bangunan belum siap sepenuhnya.

6 Comments

  1. Wow..x tau pun pasal kedai buku ni di Cyberjaya. Ni yang buat nak pergi ni. Lagi2 dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik kedai buku nih dengan persekitaran ala-ala in nature gittew. Buku pun ada pelbagai genre dengan harga yang in sya Allah mampu milik. Enjoy your time there

      Delete
  2. Nasib baik sempat lawat BookXcess Raya lepas - mmg awesome! Baguslah kalau ada byk kedai buka kat situ, lebih meriah. Waktu we went there Raya lepas, senang betul dapat parking. Actually, I thought tpt tu looked like abandoned building - rupanya konsep garden in the city pulak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...mula-mula memang ingat bangunan tak siap lagi sebab masih ada construction di sana sini tapi rupanya ada bahagian yang dah berfungsi. Best kan BookXcess kat sini.

      Delete
  3. i need to go bookxcess cyberjaya & spendt all my money :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. you will definitely spend more that you thought here:DDD

      Delete