Den mengambil masa 2 minggu lebih untuk menghabiskan membaca buku yang mengandungi 51 bab dengan 417++ muka surat. Phew…Memang jenuh nak menghabiskannya. 

Secara jujurnya, den tak pasti bagaimana nak memberi summary kepada buku ni sebab semua maklumat yang terdapat di dalam buku nih begitu ilmiah dan best sangat. Den tak pasti maklumat mana yang nak dikongsikan sebab macam semua maklumat dalam setiap bab pun penting dan menarik.

Disebabkan ringkasan dan review den tentang buku nih adalah tersangat panjang yang pernah den buat dalam hidup den, makanya terpaksa den bahagikan kepada 3 bahagian ye.

Masa den mula-mula baca buku nih dalam 2, 3 bab yang pertama den macam nak berputus asa sebab maklumat dalam nih adalah sangat bersejarah dan heavy bagi orang yang selalu baca buku fiction macam den nih ha. Alhamdulillah den paksa diri juga untuk membaca buku yang sangat bermanfaat ni. Terlalu banyak maklumat di dalam buku nih menyebabkan ini menjadi buku yang pertama di dalam hidup den yang paling banyak den tandakan mukasuratnya.

Den pasti memang terdapat maklumat di dalam buku nih yang den kurang faham atau tak faham. 

Semasa membaca tentang Melaka terutamanya bab 28 (Wasiat-Wasiat Sultan Melaka Menjelang Kemangkatan), bab 29 (Menghancurkan Mitos Melaka Tumbang Kerana Senjata Api) dan bab 30 (Laksamana Hang Nadim : Pejuang Kemerdekaan Kota Melaka), den rasa sebak-sebak siap tergenang air mata sebab membayangkan betapa hebatnya Kesultanan Melayu Melaka dan begitu perkasanya perjuangan orang Melayu pada zaman dahulu. 

Ada pelbagai teori yang menyebabkan den tersebak bila membaca pasal Melaka ni. Antaranya:

1. den terbandingkan pemimpin pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan pemimpin pada masa sekarang nih; 

2. tak sangka orang Melayu begitu hebat pada zaman kegemilangan yang den tak pernah tau dan nak ambil tau berbanding orang Melayu sekarang nih; atau 

3. I am getting old. Dah umur-umur nak menjangkau 40 nih memang lebih mellow camtuh. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang masih kecil. Kerisauan di hati memang ada lagi-lagi dengan keadaan pemerintahan di Malaysia sekarang nih.

Den siap bersembang dengan buong pasal buku ni sebab maklumat-maklumat di dalamnya boleh dikatakan 98% tidak pernah den ketahui. Serious buku yang sangat best untuk diperbincangkan. Jarang den sembang pasal intipati buku dengan buong. Rasanya kali terakhir den sembang dengan buong pasal buku adalah masa den dok asyik membaca buku-buku Harry Potter.

2 Comments

  1. Kat mana saya boleh dapatkan buku ni ya? Jenuh nak cari :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli online melalui FB The Patriots ye

      Delete