Movie nih dikatakan sequel daripada Skyline movie yang den tak pernah tengok dan tau tentang kewujudannya.

Den berminat nak tengok movie nih pun sebab ada the macho man iaitu Frank Grillo.

Tema movie adalah human vs alien yang den tak beberapa minat sangat tapi tak sangka movie nih agak menarik. Walaupun jalan cerita macam biasa ditemui di dalam movies aliens yang lain, tapi still movie nih seronok untuk ditonton, penuh aksi dari mula sampai habis.

Jalan ceritanya adalah manusia perlu menyelamatkan diri daripada ditawan oleh alien yang menculik manusia lalu dibawa ke dalam kapal angkasa alien di mana ketua alien akan mengambil otak manusia untuk dimasukkan ke dalam badan askar aliens yang ada.

Lakonan Frank Grillo sebagai hero utama (Mark Corley) best je la sebab dia nih memang selalu berlakon cerita aksi pun. Cuma den rasa dia nih tak berezeki nak setanding dengan The Rock dan Vin Diesel walaupun mantop je lakonan dan aksinya. 

Yang den nak cerita adalah pelakon Indonesia yang menjadi sparring partner kepada Frank Grillo di dalam movie nih.

Masa first scene dia dalam movie nih masa dia berlawan dengan polis pakai topi keledar, den terasa macam ‘eh tak kan si Tony Ja kot’ sebab gaya lawan dia sangat mantop k.

Sekali bila dia dah buka helmet, orang lain rupanya. Pelakon yang den tak pernah tengok dia berlakon. Langsung la google ‘siapakah mamat berotot kekar, bermuka jawa tetapi tangkas berlawan nih’. Nama dia Iko Uwais. Seorang pelakon Indonesia yang memang ada skill silat.

Serious cantik gaya dia berlawan nampak padu dan tangkas.

Scene masa Frank Grillo berlawan dengan Iko Uwais dekat sawah padi tuh nampak didominasi oleh Iko Uwais tuh. Rasanya kalau tak kerana ada polis tiba-tiba muncul kat situ, mau Frank Grillo kalah dengan Iko Uwais nih.

Boleh pergi jauh lagi si Iko Uwais nih, tak lama lagi boleh sebaris dengan Tony Ja dah. Kalau ada rezeki, boleh la Indonesia buat international movie bertemakan silat dengan pelakon utamanya Iko Uwais nih.

Watak sampingan yang memang rupa jawa habis dan kurus kering tetapi tetap cantik aksi lawannya. Walaupun scene Yayan Ruhiyan nih dalam 15 minit je tapi jelas kelihatan yang dia memang boleh berlawan dengan sangat mantop.

Kalau den ulang tengok lagi movie nih pun, den nak tengok fighting scene antara Ito Uwais dengan alien tuh. Serious mantop.

Jalan cerita 3.5 star. Iko Uwais 5 star.

#harus cari movie Triple Threat yang menggandingkan Iko Uwais dengan Tony Ja nih. Sure mantop diaorang berlawan.

0 Comments