Thamrin Residence nih terletak di sebelah Thamrin City Shopping Mall. Boleh nak buat last minute shopping kat sini sebelum check out. Sebenarnya takde la jauh mana dari Tanah Abang tuh, dalam 3 km je rasanya. Tapi senang je nak dapat Grab ke sini. So kenderaan untuk ke Tanah Abang dari sini, in sya Allah tak jadi masalah. Kalau nak bersenam berjalan kaki pun okay je.
Memang ada je hotel lain yang lebih dekat dengan Tanah Abang, yang sepelaung je tapi masa survey harga hotel, Thamrin Residence nih yang agak mampu milik. Lagipun ada Thamrin City Shopping Mall sebelah dia in case kitaorang berangan nak tengok wayang ke ape lepas penat bershopping tapi nan hado la ye sebab memang kepenatan sangat berjalan ke hulu ke hilir.

Apartment nih nak masuk keluar kena ada access card. Lebih selamat dan privacy.

RM 375 untuk 2 malam atau RM 187.50 untuk satu malam sangat berbaloi dengan kemudahan yang ada. Ada 2 bilik dengan setiap bilik dilengkapi sebuah katil Queen dan almari. Satu bilik yang den tidur ada televisyen lagi dalam bilik tuh. Ada televisyen di ruang tamu, meja makan, peti sejuk, airconds, etc. Yang takde cuma iron je ke den tak jumpa cari tak pasti la pulak kan.

Sebuah bilik air yang pressure air sangat laju. Best sangat dapat mandi air panas dengan pressure air macam tuh selepas penat berjalan ke hulu ke hilir.

Apartment ni kalau nak duduk 5 orang pun okay sebab besar. 4 orang boleh tidur dalam bilik dan seorang lagi tidur di sofa empuk di ruang tamu.

Ada disediakan kemudahan swimming pool, jakuzi dan bilik sauna. Den tak sempat ambil gambar tempat-tempat nih sebab ingatkan nak ambil gambar on the last day masa melepak kat sini sebelum check out. Alih-alih tak jadi pulak melepak di sini.

Di kawasan bangunan utama yang ada Grand Lobby, ada beberapa kedai makan, 2 kedai serbaneka, ada bar, ada 1 tempat urut, etc.

Kalau tak nak makan kat sini, boleh berjalan ke Thamrin City Shopping Mall untuk makan di beberapa restoran yang ada di sini termasuk berjalan mencuci mata tengok jualan yang ada kat sini.

5 bintang untuk apartment ni. Boleh dipertimbangkan untuk menginap di sini lagi nanti bila terdatang Jakarta. Eh macam nak datang lagi je ye? Hehhehhhheheee.

0 Comments